Wednesday, October 19, 2011

ubat sakit hati


adakah kita sebagai bakal doktor bakal mengamalkan ajaran Islam dalam kerjaya kita?

Monday, October 17, 2011

BASAHKAN LIDAHMU DENGAN ZIKRULLAH


Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan”:


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM – pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.


ALHAMDULILLAH
 – Pada setiap kali habis melakukan sesuatu.


ASTAQHFIRRULLAH HAL A’ZIM – Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


INSYA ALLAH
 – Jika berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


LAHAULAWALA QUATAILLABILLAH – Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UN – Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


LAAILAAHAILLALLAH – Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t. 

Rinduku padamu sahabat..



Sahabat yang baik apabila dipandang wajahnya mengingati ALLAH..
mendengar kata-katanya menambah ilmu..
terlihat gerak gerinya menambah takut kepada ALLAH..
berkawan dengannya menambah semangat perjuangan di jalan ALLAH...


adakah aku tergolong dalam sahabat begitu...?
jika tidak,aku harus memulakan dahulu...


ya ALLAH,kurniakan aku sahabat yang akan bersama-samaku berjuang di jalanMU..
dan persahabatan kami mendapat redhaMU..
amin ya RABB..


sungguh,di zaman sekarang,kita tercungap-cungap dengan kejahilan manusia,maksiat merata-rata, jenayah berleluasa ..
sungguh,aku merindui kehidupan biah solehah,
kehidupan salafussoleh..
dan sesungguhnya...
kemanisan memiliki sahabat yang soleh itu tidak ternilai harganya..
memimpinku dalam kelabunya masyarakat Islam..
bernafas bersamaku dalam tinta perjuangan menyahut syahadatul haq..
subhanallah..


uhibbukum fillah..aku bersyukur mengenali antunna..semoga persahabatan kita diredhaiNYA...amin ya RABB

6 KEBAHAGIAAN DI DUNIA

♥♥ 6 KEBAHAGIAAN DI DUNIA..♥♥

✿ܓ Qalbun Syakirun - HATI yang selalu BERSYUKUR
✿ܓ Al-Azwaju Solihah - PASANGAN hidup yang SOLEH
✿ܓ Al-Auladul Abrar - ANAK yang SOLEH
✿ܓ Al-Biatus Solihah - Lingkungan yang kondusif untuk IMAN
✿ܓ Al-Malul Halal - HARTA yang HALAL
✿ܓ Tafakkuh fid-Din - SEMANGAT untuk memahami AGAMA

~(Ibnu Abbas RA)~

Wednesday, October 5, 2011

Jika dan mungkinkah..

JIKA HARI INI KITA MEMBERI ALASAN TENTANG DOSA KITA PADA MANUSIA LAIN..
ADAKAH ALLAH MENERIMA ALASAN ITU PADA HARI PERHITUNGAN KELAK?


JIKA HARI INI KITA TERSENYUM KERANA MENYAKITI RAKAN KITA,
MUNGKINKAH KITA TERSENYUM KETIKA ALLAH MEMBERI BALASAN PERBUATAN KITA?


JIKA HARI INI KITA BAHAGIA DENGAN PERHUBUNGAN YANG TIDAK SAH,
MUNGKINKAH KITA BAHAGIA KETIKA ALLAH MEMPERHITUNGKAN SEMULA DOSA-DOSA KITA?


JIKA HARI INI KITA SIBUK MEMBUKA AIB ORANG SEBAGAI HOBI,
MUNGKINKAH KITA GEMBIRA AIB KITA DIBUKA?


JIKA KITA SIBUK MENILAI MANUSIA LAIN YANG SEDANG MELAKUKAN DOSA,
MUNGKINKAH KITA BERSIH DARI DOSA JUGA?


JIKA HARI INI KITA SIBUK MEMPERAGAKAN TUBUH BADAN KITA,
MUNGKINKAH KITA GEMBIRA JIKA TUBUH BADAN KITA DIBAKAR API NERAKA?


JIKA HARI INI KITA MERASA SELAMAT DALAM PELUKAN BUKAN MUHRIM,
MUNGKINKAH DIA MENYELAMATKAN KITA DALAM ALAM KUBUR?


JIKA HARI INI KITA EGO MENERIMA TEGURAN ORANG LAIN,
MUNGKINKAH KITA EGO KETIKA DIHISAB ALLAH KELAK?


JIKA HARI INI KITA GEMBIRA PUNYA RAKAN YANG RAMAI,
MUNGKINKAH MEREKA AKAN BERNAUNG BERSAMA-SAMA DI BAWAH ARASYNYA?


JIKA DAN KEMUNGKINAN..FIKIRKAN..PESANAN BUAT DIRIKU YANG KHILAF...



"kata-kata Al-Ghazali:
Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat"







rezeki bertangguh yang memberi rahmat

SubhanaALLAH..aku dapat merasakan betapa agungnya kebesaran ALLAH ...aku berdoa untuk mendapat jalan baru dalam kehidupan dalam ramadhan lepas..dan alhamdullilah ,ia membuka lembaran baru dalam hidupku..kemudian aku masih ingat ketika aku menghadapi masalah yang berat dalam perhubungan bersama rakan serumahku..ketika itu beberapa bulan sebelum ramadhan,maka aku beristikharah supaya aku pindah rumah atau tidak..aku ingin mendapat bilik sendiri supaya aku dapat memiliki ruang beribadah,belajar,berkarya dan lain-lain lagi..aku ingin bila aku bangun pagi,aku bebas dari ion-ion negatif orang lain yang boleh mempengaruhi aku dan menjelang harinya aku ingin bebas dari pandangan duniawi melihat manusia melakukan perkara2 melaghakan serta perbualan yang menjatuhkan manusia lain..semua impian aku tidaklah membuktikan aku seorang yang sempurna,namun cukup sebagai ikhtiar supaya aku dapat menyediakan diri aku ke alam akhirat..AKU BERMUFARAKAH BUKAN UNTUK MEMUTUSKAN SILATURRAHIM NAMUN CUKUP UNTUK AKU MENYEDIAKAN DIRI AKU MENJADI LEBIH BAIK SUPAYA DENGAN TAKDIRNYA AKU DAPAT MENGUBAH HATI-HATI MANUSIA..makanya aku menadah tangan mengadap ILLAHI memohon dipermudahkan aku mencari rumah baru..dan alhamdullilah,aku menjumpai sebuah rumah yang begitu menarik perhatian,dan hati aku begitu tertarik  ..dan alhamdullilah,urusan kami dipermudahkan..aku kini tersenyum di kamar baru..masih lagi aku ingat ketika begitu susah untuk permohonan MARA aku diluluskan..sampailah sebelum ramadhan,akhirnya aku mendapat duit tersebut..dan kini baru aku sedar kadang2 ALLAH menangguhkan sesuatu nikmat bukan untuk menyiksa manusia,namun sebagai persiapan untuk suatu masa dimana aku lebih memerlukan..dan aku memang sangat memerlukan sekarang..subhanaALLAH..





diri yang kerdil
















aku hanya hamba yang kerdil..
terkadang aku terjatuh dalam lautan duniawi,
terkadang aku merindu rijalku,
terkadang aku ingin lari dari jalan dakwah ini..


aku hanya hamba yang kerdil...
terkadang aku bertanya pada diri,
mengapa perasaaan mazmumah masih bertakuk di dalam hatiku,
mengapa terkadang dengki menyinggah hati,
kebencian dan dendam masih menyingga..


aku hanya hamba yang kerdil..
terkadang payah untukku mengukir senyuman,
membina kesabaran di dalam hati,
mengunci mulut dari terus melontar benak kemarahan,
melontar kata-kata hikmah buat sahabat yg mendengar,
memimpin semangat didalam diri,
ya ALLAH,
aku hanya hamba yang kerdil..


ya ALLAH,
terkadang aku gagal menjaga diriku,
tidak mampu memberi yang terbaik bagi setiap usahaku,
menjadi contoh bagi adik-adik,
menjadi anak solehah bagi ibu bapaku,
apatah menjadi hamba yang patuh padaMU..
aku hanya hamba yang kerdil...


ya ALLAH..
aku menulis penuh kehambaan,
aku merindu halawatul iman,
merindu saat-saat mengalir air mata keimanan,
merindu keikhlasan penuh bermakna,
merindu kesabaran tanpa batasan,
bantulah aku ya ALLAH..
ya ALLAH..
ya ALLAH...


Rahsia Kaabah



RUJUKAN:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=204397729581907&set=a.203941439627536.47502.203826349639045&type=3&theater




















TARIKAN GRAVITI BUMI BERPUSAT DI SEKITAR KAABAH!

Bakkah,Al Balad Al Amin, Umm Al Qura, Al Baldah merupakan sebahagian dari nama-nama yang lain bagi kota suci umat Islam ini.Beruntunglah bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah terutama ketika menunaikan ibadat haji mahupun umrah.Sudah pasti memberi 1001 kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Bagi yang belum berpeluang,keinginan kesana pasti ternanti-nanti.Tiada siapa yang sangka suatu ketika dulu ianya merupakan sebuah padang pasir yang kering-kontang kini menjadi tumpuan seluruh umat Islam.Disitulah letaknya Kaabah sebagai pusat bumi dan disitu jugalah sumber air zam-zam yang tidak putus-putus simpanannya.

Ramai yang telah menyetujuinya dan tak kurang juga memandang sinis terutamanya golongan bukan Islam & muslim yang hanya berfikiran logik semata-mata.Apatah lagi si Stephen Howking yang tidak mempercayai Tuhan,makin bertambah dungulah dia yang sememangnya telah dungu dari cahaya kebenaran jika diberi peluang untuk mengkaji kehebatan kuasa Allah di bumi Makkah itu.

Bagi yang memahami hukum fizik dan mereka-mereka yang mengkaji mengenai kehebatan Makkah pasti menemui sesuatu yang baru.Dikota Makkah keadaan gravitinya adalah sangat stabil dan agak tinggi.Ajaib bukan?Mengikut pengiraan sains yang dipelopori pihak barat,Kutub Utara dan Kutub Selatan melebihi daya gravitinya berbanding equator(garisan Khatulistiwa).Perlu diingatkan, Equator atau Garisan Khatulistiwa adalah garisan tengah yang membahagikan antara dua kutub bumi.

Tetapi kutub magnetik (diutara dan selatan) bumi adalah berbeza sama-sekali.Ia tidak berada tepat diatas kutub Utara dan Selatan.Malahan ia condong beberapa darjah dan berjauhan sebanyak 810km dari Kutub Utara dan 2826km dari Kutub Selatan.(Pengiraan diambil pada tahun 2005 melalui satelit pengesan medan magnetik).

Bagi pengiraan jarak dari peta magnetik (jangan rujuk peta atlas dunia yang biasa),Makkah adalah amat hampir dengan garisan tengah antara kedua-dua kutub magnetik itu.Kekuatan medan magnetnya juga hampir-hampir sifar iaitu 1 darjah ke timur.Perlu diingat disini bahawa pengiraan ini adalah dari manusia yang penuh dengan kelemahan ilmunya.

Sudah tentu ilmu Allah tidak terbatas,tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Makkah itu benar-benar diatas pusat dunia,terletak diantara 2 medan magnetik dan juga mempunyai kekuatan magnetik yang sifar serta kekuatan graviti yang amat tinggi. Sebagai bukti,bawalah kompas dan anda akan lihat jarumnya tidak bergerak langsung jika dibandingkan kompas yang terletak di Utara atau Selatan magnetik dimana jarumnya tak keruan berpusing-pusing mencari arah.

Sebelum ini,kiblat umat Islam adalah kearah Masjid Al-Aqsa dan disitulah pusat bumi ketika itu.Kemudian melalui perintah Allah ke atas Nabi S.A.W,kiblat ditukarkan kearah Kaabah di Makkah.Menurut seorang professor,telah terjadi gempa bumi dan pergerakan platlet bumi di tanah Arab.Kesannya pusat bumi telah beralih arah ke Kaabah,Makkah.

Jadi apa rasionalnya kita mengaitkan segala graviti dan medan magnetik di Makkah ini?Ya memang rasional malahan memang terbukti dari segi saintifiknya.Mengikut saintis,pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsangkan kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan imun badan.Imun badan kita menjadi kuat secara semulajadi tanpa sebarang vaksin.

Apabila graviti makin kuat,maka banyak ion-ion negatif berkumpul disitu.Memang terbukti bahawa mereka yang sebelum itu mengalami sakit-sakit badan,bila tiba di tanah suci kesakitan yang dialami hilang dengan serta-merta.Tekanan graviti yang tertumpu disitu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.Jadi keupayaan darah untuk membawa oksigen keseluruh badan adalah amat baik dan lancar sekali jika dibandingkan keadaan manusia di tempat-tempat lain di sekitar dunia.

Bagi medan magnetnya yang sifar pula adalah disebabkan tarikan untuk kedua-dua medan (Utara & Selatan) adalah seimbang. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah,tenaga anda seperti dicas semula dan mendapat kekuatan serta kesegaran yang luar-biasa.Perasaan dan tubuh anda akan rasa tenang,segar dan bertenaga.Sebenarnya,dengan bertawaf mengikut lawan jam juga memberi satu tenaga hayat secara semulajadi kepada alam semesta.Buktinya Neil Armstrong ketika berada di luar angkasa,beliau mengesan satu gelombang yang hebat telah dipancarkan dari bumi.

Setelah diselidikinya,gelombang itu berpunca dari Kaabah.Beliau mencari dimana hujungnya gelombang yang dipancarkan itu berakhir,tetapi langsung tidak di temuinya.Gelombang itu tidak berpenghujung atau infiniti katanya. Bagi kita umat Islam percaya bahawa Baitul Haram(Makkah) itu bersambung terus ke Baitul Makmur(Langit ke tujuh).Andai kata seketul batu jatuh dari Baitul Makmur, ia pasti akan mengenai Kaabah di bumi kita.Maka gelombang yang dikesan oleh Neil Armstrong itu dipercayai terus-menerus hinggalah ke Baitul Makmur dimana tempat tawafnya para malaikat.

Kemudian apakah kesannya apabila tanah Makkah Al-Mukaram yang tidak diganggu medan magnetik serta berkeadaan graviti yang stabil dan tinggi itu? Menurut pakar sains, tanah-tanah yang mempunyai graviti yang tinggi mengandungi kandungan garam dan air yang banyak.Terbukti sememangnya Makkah itu tidak kering dengan air zam-zamnya.Dipercayai juga dengan kepekatan graviti sungai-sungai dibawah tanah akan terhasil dengan banyaknya.Tahukah anda bertapa pentingnya air kepada kita? Dan betapa pentingnya bekalan air yang berterusan andai kita di alam peperangan?Disinilah atas rahmat dari Allah S.W.T, Dia telah menganugerahkan air zam-zam buat kita semua untuk digunakan baik ketika keadaan tenang mahupun genting.

Andaikata umat Islam keputusan bekalan makanan dan minuman,maka Makkah Al-Mukaramlah yang akan mencukupinya.Tidak hairanlah jika berlakunya peperangan besar, Makkahlah yang akan menjadi benteng Kota terakhir umat islam(begitu juga dengan Madinah) kerana 2 kota ini tidak dapat ditembus oleh sang dajjal laknatullah.Sudah pasti kita tahu yang air itu merupakan satu keperluan utama bagi manusia.

Dipercayai di akhir zaman kelak,ketika kemunculan sang dajjal laknatullah itu akan menguasai dunia ini terutamanya bekalan air.Dipercayai juga ketika diakhir zaman kemarau yang berpanjangan akan berlaku (mungkin kesan dari perang nuklear?),haiwan ternakan banyak yang telah mati,tumbuh-tumbuhan terbantut dan tercemar,sungai-sungai kering serta hujan berasid.Ketika itulah sang dajjal laknatullah akan “mengofferkan” bantuannya.Jadi apa yang perlu dilakukan?Larilah…carilah perlindungan di kota Makkah dan Madinah.InsyaAllah disitu terjamin keselamatan kita buat umat Islam.

Adakah dajjal akan mengambil bekalan-bekalan air yang telah tercemar itu sebagai minuman?Tidak..tidak sama sekali,kerana dia telah membuat perancangan lebih awal.Saudara sekalian,lihatlah apakah yang ada di monumen-monumen tinggalan tamadun-tamadun purba dahulu? Stonehenge, pyramid, Easter island dan pelbagai tapak sejarah lain mengandungi mata air yang banyak serta bertekanan graviti yang tinggi serta pusat kuasa magnetik.Dia dajjal sang kutuk itulah yang membina monumen-monumen tersebut sebagai persediaan huru-hara di akhir zaman.Cuba lihat hadis dibawah:

Nabi S.A.W bersabda “Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram,Masjid Nabawi,Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa” (Riwayat Imam Ahmad.Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26).

Lihatlah sehebat-hebat dajjal laknatullah itu,lebih hebat lagi Allah yang Maha Besar.Perancangan dajjal tidak dapat menandingi perancangan Allah.Allah telah me”reserved”kan kita umat Islam awal-awal lagi dengan Air Zam-Zam yang tidak putus-putus bekalannya dimana terletaknya didalam Kota yang amat kebal dan ampuh dari sebarang senjata iaitu Makkah Al-Mukkaramah.InsyaAllah Kota Makkah juga bakal menjadi saksi akan kemunculan pembela umat Islam yang berdarah daging dari Rasullullah S.A.W. Amin



info tambahan:Kota mekah tak boleh dikorek langsung, ataupun diangkat batu sekalipun. Pernah ketika pada masa zaman Uthman bin Affan, beliau cuba untuk mengangkat batu batan di sekeliling kaabah, dan pada malamnya, seluruh bumi Makkah bergegar. Sejak dari itu, kaabah yang dilihat kekal hingga ke hari ini.


SUNGAI DI DASAR LAUT MEXICO

Penemuan yang sangat menakjubkan dan mengejutkan ini ditemukan di Cenote Angelita, Mexico. Terdapat sebuah gua di dalam sungai. Dan jika diselami sehingga kedalaman 30 meter, airnya adalah air tawar, dan jika menyelam kedasar lagi pada kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin. Didasarnya terdapat sebuah “sungai” lengkap dengan pohon dan dedaunannya. Seperti ada kehidupan di Sungai ini. Tentu saje ini bukanlah sungai biasa, sebab sungai ini merupakan lapisan Hidrogen sulfida sehingga nampak seperti Sungai


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)





Monday, September 12, 2011

ikhtilat yang dipandang remeh temeh

nak tahu apa kelebihan kita duduk asrama atau duduk berkongsi bilik atau rumah?


sebabnya kita boleh melihat pelbagai kerenah manusia dari A sampai Z..
bukan bermaksud kita nie perfect ke apa,cumanya,ibrah dalam kehidupan itu tak semestinya kita dapat dari pembacaan,betul x?? kita lihat ragam manusia pun dah cukup mengajar kita


"berfikir sesaat lebih baik dari beribadah seribu tahun"
                                                                           -imam Al-ghazali-


bezanya manusia nie..




  • sesetengah melihat dan tidak pedulikan
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengomen dalam hati
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengomen dengan dasyatnya dalam facebook,twitter and etc
  • sesetengah melihat ,berfikir dan membuka kedai kopi dan menambah sebakul dua dosa mengumpa
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengambil ibrah dalam kehidupannya dan tindakan yang diambil seterusnya lilliahitaala..
begitulah beberapa ciri manusia.wallahuallam diri ini dalam  golongan mana..namun kisah yang ingin diceritakan mengenai 'ikhtilat' perkara yang dipandang remeh temeh oleh golongan remaja..



Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).17:32


begitu halus pesanan ALLAH pada manusia..jangan menghampiri zina kerana dia antara lelaki dan perempuan ada syaitan yang ketiga..itu juga halnya berdua..kalau beramai2??? ini adalah alasan yang selalu diutarakan kepada kita..




  • kalau dengan lelaki lebih selamat
  • aku bukan apa,tumpang sahaja dia..murah sedikit..
  • kitorunk salu kelar bukan buat apa2 pun,kalau aku ajak korunk,korunk taknak teman
  • ala,apa salahnya,dia salu tolong kita
  • kitorunk selalu berbincang soal agama


dan bla2...pelbagai alasan yang aku dengar..namun aku diamkan..antara jimat atau takutkan fitnah? mana yang korunk pilih..


orang tua2 selalu melarang kita keluar dengan lelaki puncanya tidak manis..benar!100% aku setuju! kerana FITNAH ..kita marahkan orang yang menfitnah kita tapi pernah tak kita terfikir yang kita yang mendekatkan fitnah tersebut..? perlu diingatkan hubungan lelaki dengan perempuan asasnya haram tetapi dibenarkan jika terdapat urusan..


"... Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah."  33:53
di dalam Al-Quran qareem sendiri menceritakan tentang perintah ALLAH agar isteri2 nabi(wanita) meminta di sebalik tabir..bermaksud tidak mendedahkan..seorang wanita solehah yang tinggi sifat malu tidak akan mudah bergaul dengan yang bukan mahram tanpa sebarang urusan yang sah..


kadang manusia sering mempersoalkan soalan yang remeh temeh dalam agama seperti potong kuku di tengah malam,pemakaian inai yang kononnya mengikut agama hindu,dan juga keluar di malam hari...sedang soal ikhtilat bersama kaum lelaki ,aurat yang sudah nyata di dalam kitab AL-QURAN tidak pula mereka persoalkan atau ambil berat..sedang ALLAH tidak mahu memberatiMU malah memudahkanmu.memanglah setiap suruhanNYA memerlukan pengorbanan melawan hawa nafsu tetapi sedarlah perintahNYA tidak lain demi menjaga keselamatan kaum hawa..seperti firman ALLAH dalam surah Al-Ahzab ayat 59


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


betapa ALLAH itu maha pelindung...namun ada juga yang mempersoalkan kenapa kita harus memberati sedang Islam itu agama yang mudah dan memudahkan? benar! Islam agama yang mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan hukumnya..arus modenisasi yang berlaku menyebabkan aurat juga terevolusi..pelbagai fesyen yang kononnya muslimah dipamer demi membuktikan fesyen tiada salahnya dalam islam..namun di mana letaknya ayat2 suci Al-Quran mengenai soal aurat?




“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)


 Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
 begitu juga soal ikhtilat..arus modenisasi memerlukan wanita dan lelaki berurusan..namun,adakah itu membenarkan sewenang-wenangnya kita menghalalkan yang haram? tiada istilah berpegangan tangan,bersalaman yang bukan muhrim,belajar bersama sehingga lewat malam dan menimbulkan fitnah..ALLAH mengetahui fitrah manusia yang curious,gelisah dan mudah bersangka..sebab itu ALLAH memberi amaran kita untuk menjaga maruah terutama kaum hawa..tidak ada salahnya berurusan namun letakkan malu yang merupakan sebahagian dari iman sebagai guideline untuk berurusan di bawah redhaNYA bukan penghalang kepada kelancaran urusan..sedang Rasullulah S.A.W adalah manusia yang pemalu,inikan pula kita kaum hawa..fikirkan..bukan kolot tapi mardhotillah..


Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.” (Hadis riwayat Imam Malik)




aku sedar wanita kaum yang lemah,kita juga memerlukan pertolongan dari kaum adam,namun fikirkan .. jika kita tebal soal malu,kita tidak sewenang2 nya mengutamakan pertolongan bukan mahram sedang pertolongan ALLAH yang utama..banyak lagi mahram kita yang kita boleh minta pertolongannya..memanglah kaum hawa sedikit cerewet dalam banyak hal,namun fikir dan fikir...kita sanggup mendedahkan diri kepada fitnah dari melalui sedikit kesusahan??? fikir kaum hawa..fikir...




mengenai soal ikhtilat..aku mula mengambil serius apabila aku mendengar dari seorang rakan lelaki mengenai kisah teman serumahnya yang berkasih dengan temanku..wallhuallam..aku menyerahkan kebenaran mengenai kebenaran cerita ini kepada ALLAH..kisahnya,ada satu gambar di dalam telefon bimbit teman serumah kawanku ini mengandungi gambar separuh bogel temanku..MASYA ALLAH..hampir menangis aku mendengar kisah ini..gambar ini diperoleh ketika mereka berwebcam..dan yang paling menakutkan apabila teman serumahku sewenang-wenangnya membiarkan gambar2 dalam telefon bimbitnya di tatap orang lain..mangsanya adalah rakan lelaki ku yang ternampak..dia mempersoal mana maruah temanku sekarang setelah gambar itu tersebar..aku malu dan aku begitu kasihan kepada rakanku..walaupun aku masih ragu2 tentang kebenaran cerita ini dek kerana aku juga masih baru sahaja mengenali rakan lelakiku itu,namun perkara ini menyedarkan aku tentang firman ALLAH dalam ayat 32..apabila kita meremehkan hukum ALLAH,bagaimana ALLAH mahu menjaga kita dan maruah kita..sedang gambar orang bertudung boleh sahaja dibogelkan melalui kecanggihan teknologi..jadi siapa yang menjaga kita melainkan penjaga yang agung iaitu ALLAH..kun fayakun..dan ingatlah..IHFAHZILLAH YAHFAZHKA..jagalah ALLAH maka ALLAH menjagamu..aku terpaksa menutup sambungan kepada apa yang terjadi demi menjaga maruah rakanku..yang paling penting dia masih buta terhadap cintanya..masya ALLAH..


berdasarkan penulisan aku,aku mengaku yang aku begitu tegas dalam soal ikhtilat...kerana maruah wanita itu tinggi nilainya,tidak sewenang2 nya dipamer di muka umum...kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..kalau kita mengambil mudah soal ikhtilat,maka anak2,generasi akan datang juga mengambil mudah soal ini..sedang hubungan silaturrahim antara yang mahram bagi kita seperti ibu bapa,adik2,dan akhwat2 belum kita eratkan sepenuhnya demi mencari redhaNYA,mengapa pula kita harus terhegeh2 mencari yang bukan mahram bagi melengkapkan urusan seharian..?? jika sesama kaum hawa kita mampu teguh,insya ALLAH,ukhuwah yang terjalin mendapat kemanisan iman dan balasan seindahnya di akhirat..namun jika di dunia kita mengambil mudah soal ikhtilat,perhubungan yang tidak sah? fikirkan ada nilainya kah di akhirat sesuatu yang belum halal bagi kita? fikirkan ! dan jangan melenting jika ada yang menegur kerana seorang muslimah tidak akan membiarkan muslimah yang direndahkan maruahnya..


jemput baca fikh mengenai ikhtilat adam dan hawa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...