Saturday, August 14, 2010

couple itu haram??


Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

mengapa memilih cinta yang susah??

A= "da alang2 24 jam contact,kawen jer laa!!"
B="ala,xnk..nk abiskan degree dulu"
C="mak ayah aku kompem x kasi punya,diorunk nk aku grade dulu"
D="dia nk keja dulu..nk kumpul duit"
E="kitorunk tinggal masalah duit je lagi,pastu boleh kawen"
F="aku x ready lagi"

alasan....alasan..alasan..

tp setiap hari kita akan mendengar perkataan ini dari couple..

"rindunya kat dia...."
"ala,dia majuk,dah xley study"
"aku rasa nk kawen skang jerrr"
"kenapalah handsome sgt pakwe aku nie"
"kawen....kawen...kawen..."

see,suma org tahu hukum agama...apepon,perkahwinan sahaja yang menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan..semua orang tahu...tp mengapa lagak sebelum kahwin seperti sudah berkahwin?????

oleh sebab itu,fahamlah kita mengapa article ini berpendapat couple itu bukannya totally haram namun sangatlah mudah jatuh ke hukum HARAM..!!

sebab mudah..

sebab cinta@couple@teman tapi mesra=
orang mudah membuat hukum sendiri..yang dulu diketahui haram dikatakan halal..
rindu cinta sayang dikatakan pemanis kehidupan...
aksi pegang memegang,peluk2 dikatakan 'sweet'

contoh..

sebelum couple

=x angkat kol lelaki sebab suara aurat..sejuk ati mendengar prinsip ini...maaf,biar tema sekuliah katanya,tetap tidak angkat kerana prinsip..


selepas couple(teman tapi mesra pon bole)

=x penah berganjak dari phone..msg2..kol2...kadang2 aku terpikir mana prinsipnya dulu"x angkat kol lelaki sebab bukan muhrim,suara aurat" dengan rakan2 sekuliah..tp bila sampai part teman tapi mesra ini prinsipnya dulu macam kabur..kenapa dengan lelaki lain x bole tapi si dia bole mendengar suaramu???

contoh

A= "aku xnk anak aku nnt couple2 waktu muda2"

B=(dalam hati) "awak 2 couple skang??"

contoh=

A= "rimas!!,couple satu lecture,nk jugak ke tetiap ari jumpa??"

situasi=hujung minggu berjumpa yang tercinta menghabiskan masa seharian bersama yang tersayang..

B=(dalam hati) "apa beza jumpa hujung minggu berpegangan tangan dengan jumpa tetiap ari tanpa berpegangan tangan??"



"sesungguhnya perkataanmu diuji wahai ukhti"

tidaklah diri ini mencemburui insan2 yang sudah memiliki kekasih hati..alhamdullilah,ada yang meletakkan kebahagiaan pada cinta mereka..namun hati ini sedih melihat HUKUM AGAMA DIPERSENDAKAN INDIRECTLY..banyak lagi contoh.. namun ini bukan medan membuka keaiban orang..semoga ALLAH memudahkan jalan mereka berumah tangga..


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...