Saturday, April 16, 2011

kususun jari pohon keampunan


ampuhnya iman nie ya ALLAH
byk melayari crita2 realiti tv,maharaja lawak..
sdgkn buku hasrizal abdul jamil pon blom kuhabisi..
namun ku ingin bercerita mengenai sesuatu..
blog nie ak cipta sekadar berkongsi kisah dakwah..
namun kesuntukan masa membuatku jarang berkesempatan utk menulis..
dan ak juga xmahu menjadi bodoh sombong menulis tanpa melakukan sedikit research..
namun terkadang hamba ALLAH ini tersungkur ketika menangani isu hati..
ingin aku ceritakan pada teman serumah namun takut menjadi beban fitnah kepada aku..
ak ini ampuh imannya..lalu aku loretkan disini..supaya bisa meleraikan kekususutan di hati..
namun ada yang membaca lalu menuduh aku membuka pekung di dada..
ya ALLAH,tidak aku sedari tulisan utk meleraikan kekusutan di hati..
utk meleraikan kemelut di jiwa..
bakal menjadi bahan fitnah..
aku pohon ampun pada sesiapa yang membenci tulisan aku ini..
yang muak membaca kisah hati aku ini..
aku ini manusia biasa..
kadang2 aku menunggu bisikan nasihat dari insan bergelar SAHABAT..
namun baru aku sedari aku belum mempunyai sahabat..
didunia dan akhirat..
aku hanya bertemankan sahabat dunia..
yang menghentamku ketika aku melakukan kesalahan..
ketika org laen2 bercakap2 mengenai keburukan di belakang..
yang aku tidak tahu mengenainya..

pedihnya hati ini bila mendengar cakap teman yang memerliku hasil tulisan ku..
rancaknya mereka berkata2..sedang mereka itu sepatutnya menjadi pelindungku..
mereka dekat denganku..
namun mereka itu sebenar jauh dariku..
ketawa kecil pula aku melihat gelagat mereka memerliku..
ketawa kerana akhirnya ALLAH buka juga mataku mengenai siapa mereka sebenarnya..
ketika aku berada dalam situasi keliru,tidak tahu,atau melakukan kesilapan..
begitulah ALLAH tunjukkan siapa mereka..
terima kasih ya ALLAH
kini aku sudah celik mengenai persahabatan..
aku xbuta lagi..
aku juga sedar kesalahan ku..
aku tidak kisah apa kata orang mengenaiku..
cuma aku terpkir jika ALLAH yang membenciku kerana kesalahan yang aku kurang sedar..
jika ALLAH turunkan kemelut ini sebagai tarbiah untukku,maka aku betulkan kesilapannya..
ya ALLAH..
insan ini terlampau banyak kekurangan..
namun kurniakan aku seorang sahabat
yang membimbingku kejalan kebenaran
yang bersamanya menjalankan kegitan dakwah..

maaf dipinta kepada para pembaca yang muak membca kisahku..
aku akan memperbaiki kesilapan aku..
aku akan perbaiki mana yang lopong dalam iman aku..dan
aku juga minta pembaca sekalian batu aku perbaiki imanku..
syukran..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...