Sunday, November 20, 2011

makcik jam 2

besoknya ana datang menepati janji ana..
dari jauh ana lihat makcik sedang khusyuk baca Iqra
ana sentuh bahu perlahan2 
"makcik.."ana senyum..

"ya Allah,kamu yang hilang jam kan..makcik tertinggal di rumah,jom lepas Isyak,kita amek kat umah makcik"

"tertinggal?" desir ana dalam hati..
"takpa lah makcik(isyarat tgn dan mulut) ,kita solat sampai isyak kat masjid nie nnt kita pergi ambil"

makcik angguk tanda faham..alhamdullilah..

usai solat,kulihat di luar kelihatan hujan renyai2.nasib baik ana bawak payung..rakan ana yg antar ana ke masjid dah balik,ana cuba hubungi naqibah ana yg tggal berdekatan utk hantar ana..tetiba makcik menegur ana

"jom ,kita amek jam kat rumah makcik"

ana pun terus ikut,dengan selamba makcik meredah hujan

"makcik,mari sy payungkan makcik,makcik tak bawa payung ke masjid?"(isyarat tangan dan mulut)

"tak,makcik dah biasa redah hujan,jalan kaki dari rumah ke masjid"

hmm,subhanaALLAH,banyak pahala makcik ini..disepanjang perjalanan,aku cuba bertanya macam2 tentang makcik,dgn keadaan hujan,makcik mmg tak jelas apa yang aku perkatakan..akhirnya aku diam dan biar makcik bercerita

"makcik ini susah hati"

makcik buka cerita..makcik susah hati?
kasih ibu membawa ke syurga=)


"anak makcik tak solat,dah besar panjang,dah jadi pegawai,masih tak solat"
"dah macam2 makcik buat nak sedarkan"
"apa nak buat,makcik pun baru mula bersolat dalam 2 3 tahun ini"

Allahurabbi..ana tersentak mendengar ceita makcik,selalu dalam cerekrama saja ana tgk kisah sebegini

"dlulu makcik cantik,selalu kena puji,lupa lah pada Tuhan,skang dah tua baru nak ingat Tuhan,baru nk mula faham agama"

patutlah ana selalu tengok makcik baca Iqra,tidak terus baca Quran..tapi jgn cpat judge,dgr cerita dulu
.perbualan terhenti bila kami nk lintas jalan,kereta laju,namun makcik tetap cool dalam meneruskan perjalanannya..ana pula yang takut..Allahuakbar,bila ALLAH beri hidayah,ana dapat merasai yang makcik ini lebih mengejar pahala ALLAH dari bahaya lalulintas,hujan renyai,jauhnya perjalanan dari rumah dan masjid...ana pun dapat merasai perjalanan yang agak jauh bagi seorang yang dah berusia..sambil memayungkan makcik,kami masih meneruskan perjalanan

"makcik dah nasihat macam-macam anak makcik,tapi masih lagi tak faham..susah hati makcik"

akhirnya ana dan makcik masuk kekawasan flat ikut shortcut,agak gelap..tetiba ana terfikir ,bagaimana hati ana boleh tergerak ikut makcik?sedang ana tak kenal pun makcik ini..dapat pula mendengar ceritanya..bila hampir tiba ana lihat sekumpulan anak muda yang sedang lepak2 perhatikan ana dan makcik..masya Allah,tapi jgn judge,ana ingatkan diri sendiri..

bila ana tiba dalam rumah makcik,ana terkejut,ruang tamu lebih kurang bilik ana,rumah yang mungkin tidak sekemas biasa(kidrat seorang berusia)..kami disambut anak? cucu? makcik yang berusia 15 thun,lelaki..sungguh naif rumah ini,terdetik hati ana,betapa besarnya nikmat Allah pada ana,sedang ana masih punya rumah sewa 2 tgkat walaupun masih bergelar pelajar..masih punya kesempatan beli perabot..ya ALLAH,ana tak mampu ceritakan keadaan rumah itu..makcik persilakan ana duduk dan terus cari jam ana

"ini jam anak ye?"

Kehilangan harta benda tak bermakna
berbanding nikmat hidayahNYA
ana pun lihat 2 jam tersebut.bukan sama sekali..lantas ana geleng..makcik terus menyuruh anak?cucu? mencari jam yang ke 3..kasihan ana lihat,namun makcik bertegah supaya ana duduk sahaja disitu..

ana lihat di sekeliling rumah itu penuh poster azab meninggalkan solat,hidup selepas mati,lekatan2 lain di dinding tentang solat..mmg makcik bersungguh utk membawa anknya kembali ke jalan  Allah..juga buku2 ,majalah Islamik..makcik juga bersungguh mendalam Islam..cucu?anak? makcik itu berkomunikasi menggunakan buku dan tulisan...jelas,ana sungguh menggagumi kesungguhan makcik dalam berhijrah..ana teringat sabda Nabi..

Abu Hurairah ra. berkata :-
“Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya” [Riwayat Muslim, #2703].
Nabi bersabda dalam hadith yang lain :
“Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama-mana nyawa belum sampai ke lehernya”
masih tak jumpa..lantas ana beri nama dan no telefon kepada anak? cucu? makcik tersebut.lantas dia menulis dalam bukunya 'balik' dan tunjuk kat makcik..makcik faham dan menemani ana sampai ke suku jalan ke masjid..ana beri apa yang ana mampu...

SubhanaALLAH,begitu halus cara Allah memberi ibrah kepada ana..ana bersyukur..isu mudah "TAUBAT"..sebuah pertemuan penuh hikamah..ALLAHUAKBAR!!!!!
pengajaran=


  • kehilangan sebuah jam tu tak bernilai berbanding sebuah pertemuan yang membawa aku memikrkan mengenai sebuah kehidupan
  • bersyukur kita mengenali ALLAH di usia muda,di usia masih kuat untuk menjalankan perintahnya
  • Ampunan ALLAH maha meluas..MARI KITA DOAKAN ANAKNYA DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH
  • kadang-kadang Allah memberi ibrah dalam kehidupan melalui pelbagai cara,dia menunjukkan melalui anak-anak.mungkin Allah nk beri peluang makcik tu untuk menebus semula kisah2 lamanya dengan memberi pengajaran kepada anak-anaknya untuk mengenali Allah
  • Mungkin Allah tarik nikmat pemberian;pancaindera sbgnya utk menguatkan lagi ibdah kita,membebaskan dari hiruk pikuk sekeliling,kata2 manusia yg berbagai warna..insya ALLAH..ALLAH takpernah menzaliminya..bersyukurlah apa yang kita milikinya..
  • Mungkin diri sendiri yang melihat kejadian ini juga masih belum kenal erti syukur dan ALLAH membawaku kembali mengenalinya nikmatNYA yg maha agung..
  • SYUKUR YA RABB..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...