Di masa itu Allah telah mewahyukan perintahNya kepada golongan malaikatNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku bersama kamu maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak Aku akan jatuhkan rasa ketakutan ke hati-hati orang kafir “.
(al-Anfal: 12)
Dan Allah mewahyukan kepada RasulNya di bumi, Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.
(al-Anfaal: 9)
akhirnya tentera Islam menang. Peperangan yang bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepada tentera Islam di mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus diberitahu kepada penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik dan yahudi yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kepada keagungan Islam yang bakal menguasai dunia. Mereka bertakbir dan bertahlil menyambut berita ini dan ada para sahabat yang terkemuka yang tinggal di Madinah telah menuju ke Badar bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada Rasulullah s.a.w. Manakala Sayyidina Othman pula mendapat berita gembira ini ketika sedang mengkebumikan jenazah anak Rasulullah s.a.w Ruqayyah yang baru meninggal dunia.
Kemenangan ini telah meletakkan Islam agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar. Semoga semangat jihad Badar ini akan membakar semangat kita dalam memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah.
ana tertarik melihat ketekunan tentera muslimin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH..ya ketika itu tidak ada jaminan mereka akan pulang semula ke sisi keluarga atau kampung halaman..dan tentera kafir juga sangat banyak dan ketika itu mereka juga tidaklah berada dalam persiapan yang begitu rapi sbb ini peperangan pertama..namun meletakkan segala harapan tubuh badan kepada Allah demi menegakkan agama ILLAHI..
Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal yang bermaksud :
" Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut "
Firman Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud :
"Lambung mereka jauh daripada tempat tidurnya sedangkan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan mengharap dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka "
Perasaan antara al-Raja’ iaitu terlalu mengharap dan al-Khauf iaitu takut mestilah sentiasa kita sematkan dalam hati agar kita tidak terlalu yakin bahawa segala amalan kita samada solat, puasa, sedekah dan amalan soleh yang lain memang telah diterima oleh Allah sehingga kita tidak berusaha untuk memperelokkannya dan kita juga tidak boleh merasa terlalu takut segala amalan tadi sentiasa ditolak sehingga timbul perasaan malas untuk beribadat sehingga kita terus hanyut dengan maksiat. Kita mesti berada antara keduanya iaitu antara takut dan mengharap agar segala amalan kita tidak dilakukan sambil lewa serta ia dilakukan dengan penuh keyakinan dan ikhlas sambil mengharap ia diterima oleh Allah

dan kini bilangan ISLAM ramai..di serata dunia..namun yang memberikan jiwanya sepenuhnya pada ALLAH dan mengorbankan jiwa raganya tidak ramai..yang menjadi pejuang facebook dan twitter dan mengumpul like dan follower teramai..namun di sebalik accaunt yang dicipta hanya ALLAH mengetahui sejauh amalan bergerak dengan amalannya.. dan seharusnya kita kaji balik siapa pejuang2 perang badar yang seramai 3% atau 15% yan menyerahkan diri kepada ALLAH sedang ketika itu mungkin hanya beberapa bulan mengenali agama ALLAH..siapa mereka dan apa yang menguatkan hati mereka..saya menyimpulkan cerita perang badar kerana saya ingin mengfokuskan tentang mengapa gen2 badar ini kita perlu kaji dan mengangkat sebagai pahlawan agama kita..mari kita selusuri kisah perang badar
No comments:
Post a Comment