Monday, April 2, 2012

aku tak peduli



Selamat datang ke zon jiwang karat..
Aku tak peduli kau bukan berpangkat menteri atau datuk seri..
Asalkan imanmu yang berpangkat tinggi..
Aku tak peduli kau bukan atlet negara dijulang namanya
Asal yang kau julang akidah yang nyata..
Aku tak peduli kau bukan hero Malaya serta kaku berbicara..
Asal romantikanya kau dan aku dan ekslusif kepada pemilik kita berdua
Aku tak peduli kau bukan penyanyi dambaan wanita..
Asalkan suara keluhmu ketika mengadapNYA,aduh!! Penuh keikhlasannya..
Bacaan mu kau lunakkan ketika membaca kalamNya..
Aku tak peduli kau tak punya badan ‘six pack” gagah perkasa..
Asal kau gagah mengawal marah pda tindakan dan bicara..
Aku tak peduli kau tak pandai bermain senjata..
Asal kau hebat menghunus godaan syaitan yang berdusta..
Aku tak peduli kau bukan doktor pakar penuh ilmu didada..
Asal kau bijak merawat hati dan jiwa..
Supaya sentiasa setia padaNYA..
Aku tak peduli kau tak punya duit berkepul-kepul di dunia..
Asal kau kaya dengan rasa kehambaan padaNYA..
Aku tak peduli kau bukan peminatku no 1 di dunia..
Asal idolamu Muhammad,penghulu sekalian nabi..
Sang penyampai risalah suci..
Aku tak peduli kau tak "famous" seantero dunia..
Asal namamu “famous” dalam kalangan penghuni langit..
Kerna malammu kau isi dengan tahajjud kepadaNya..
Aku tak peduli kau tak punya Ferrari atau Lamborghini..
Asal kau “drive” aku bersama-sama ke Jannah yang kekal abadi..
Aku tak peduli kau tak punya kata-kata semanis penyair pujangga..
Asal kau halus bicara dan tindakannya,selari dengan tuntutan agama..
Aku tak peduli kau punya impian luar biasa..
Asal impiannya jihad Fi Sabillilah..
Aku tak peduli..
Kerana Allah cukup peduli keperluanku..
Dan hari ini ku tadahkan doa..
Memohon istikharah yang maha esa..
Agar kau menemaniku dalam keputusan hidup sentosa..
Membina baitul muslim..
Mawaddah warahmah..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...