salam satu ummah utk semua..ana terjumpa artikel yang menyentap2 jiwa ana ini bila larut malam..ececehh!! bila ana sdg cari taujih utk diberi pada mad'u ana..tiba2 ana yang spt diusrahkan setelah membaca love letter nie..ana tak pasti dari siapa sbb tau2 sahaja ada dalam hard disc ana(rajin copy dari pendrive org)..ana mohon jutaan kemaafan kerana menyiarkan artikel akhi/ukhti )tetapi ana anggap ia saham utk antunna sbb ana ia bagaikan satu nasihat yg OHSEMMM kepada ana..jom baca para daie oiii..
Assalamualaikum.
Salam satu agama.
Apa
khabar encik daie? Moga sihat-sihat sajalah, ya?
Tujuan
saya menulis ini adalah bukan kerana mahu menghina encik daie, mahupun
merasakan bahawa diri saya lebih bagus. Pasti saja tuan orang yang lebih bagus
dari saya! Kerana tuan kan encik daie!
Anggaplah
saya ini seorang mad’u. Ataupun Daie yang sudah berpengalaman. Ataupun seorang
daie yang pernah melakukan kesalahan!
Ya,
saya ingin menasihati encik daie. Kalau encik daie merasakan diri encik daie
tidak layak didakwah, tidak layak diseru, diperbetulkan, maka encik bukan daie
sejati.
Kerana
nabi sendiri menerima teguran dari Allah, walaupun baginda itu maksum.
Jadi
encik daie sudah bersedia?
Bismillah.
Encik
daie,
Dalam melihat dunia, janganlah pandai bersangka buruk. Itu satu dosa hati yang sangat teruk. Kalau encik daie bersangka buruk, maka bagaimana pula dengan orang yang tidak bergelar daie? Dan siapa pula yang akan berdakwah? Saya maklum, bahawa encik daie pasti tahu bahawa bersangka baik itu adalah selemah-lemah ukhuwah, bukan? Maka siapa yang bersangka buruk adalah orang yang memutuskan ukhuwahnya. Tak elok kan? dalam berdakwah kita buat dosa pula. Astaghfirullah…

Kadang-kadang encik terlupa. Iyalah, semua orang terlupa. nama pun manusia. Tetapi encik harus ingat, menjadi seorang daie bermakna menjadi orang yang paling sempurna! Adakah encik mahu jaring menuding ke arah encik daie kerana menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mad’u? Maka apabila encik berkata-kata, encik kena lakukan juga!

Maaf,
teralih bicara pula.
Apa yang ingin saya katakan,
encik terlupa. Terlupa untuk bertanya dahulu. Kalau encik orang yang pandai bertanya, maka hilanglah juga prasangka buruk terhadap mad’u kita. Manusia lain-lain. kita mungkin tidak faham sepenuhnya apa yang sedang dialami mad’u kita, lantas serta-merta menuduhnya pencuri! Boleh ke macam tu? Islam itu kan indah. Sebaiknya kita bertanya dahulu sebelum menghukum. YA, ya saya faham… Encik terlupa. Saya pun sama…

kadang-kadang saya kecewa, kenapa encik memilih. Encik tahu kan, bahawa Allah tidak suka begitu. Sepertimana ketika Allah menegur Rasulnya yang lebih mengutamakan seorang yang kaya yang lebih berpotensi membantu Islam kelak, dan mengenepikan sebentar orang buta yang mahu bertanya kepada baginda. Alah, encik pasti ingat, kan? Bukanlah niat saya mahu membuka pekung Nabi kita yang tercinta, sebaliknya hanya sekadar peringatan bahawa janganlah encik meletakkan ‘kumpulan sasaran’ dalam berdakwah. Apa? Encik tidak begitu? Tapi saya pasti ramai yang begitu. Tak percaya, tanyalah kepada NGO mana-mana, ataupun persatuan mana-mana. Sebahagiannya berdakwah kepada yang berpotensi sahaja. Saya sendiri kurang arif mengapa.

encik pakai cermin matakah? Andai kata encik pakai cermin mata, adakah encik memakai ‘cermin mata dakwah?’ Sekiranya encik memakai cermin mata itu, pasti apa yang kabur menjadi terang. pasti dari bersangka buruk encik menjadi seorang yang melihat dengan dakwah.
“Eh, kenapa orang tu bawak laju, tak ikut line? Oh, mungkin isterinya dah nak bersalin!”
“Eh, kenapa dia tak pakai tudung? Oh mungkin keluarga dia tidak tahu.”
Contohnya begitulah. Dan ketika itu, kita gunakan semua peluang kita untuk berdakwah. Dan kalaulah encik ingat, bahawa dakwah yang paling berkesan ialah dakwah dengan akhlak mulia encik daie sendiri.

daie, janganlah kerana berdakwah, kita leka dengan ibadah kita. Seperti saya
yang leka menaip hingga tidak sedar waktu subuh sudah menjenguk lama. jangan
sampai ‘dia’ pulang, merajuk pula nanti. Sebentar ya….
Alhamdulillah.. Teringat pula pesan sahabat ana, bahawa jangan lupa, selepas berdakwah, lakukan solat hajat dan doa agar dakwah kita berkesan ke atas mereka dan diri kita juga.Kerana apapun usaha kita, hidayah itu milik Allah.

encik bukanlah seorang selebriti. Maka janganlah berperangai seperti selebriti. kerana kadang-kadang encik menunjukkan kepada khalayak manusia bahawa encik telah berdakwah. Samalah seperti orang kaya yang menderma, dengan membuat sidang media. Annoying tak? bagi saya, ya! Dan janganlah encik berdakwah apa yang encik lakukan sahaja, atau, apa yang kepakaran encik semata-mata. Seperti encik mahu menunjukkan bahawa encik telah melakukan itu dan ini. anda ujub, takabbur dan riya tiba, kelak sia-sialah itu semua.

apa niat encik berdakwah? Adakah semata-mata mahu lepaskan diri dari tanggungjawab sebagai seorang daie? Kalau hanya sekadar itu, maka patutlah sering saja dakwah encik kurang berkesan. Semuanya harus diperindahkan dengan kasih sayang. Jika encik berdakwah kerana kasih sayang, maka pasti encik akan lebih serius bagaimana untuk memastikan dakwah encik berkesan, bukan sekadar berdakwah, dan lepas tangan. Amat tidak molek sekali, encik daie. Maka berdakwah kerana sayang, bukan kerana beban. Kalau kerana beban, maka encik akan rasa terbeban. Susah nak ikhlas, tahu?

janganlah rasa encik orang yang paling tahu. Kerana kalau encik begitu, encik sukar menerima kritikan yang mungkin membina. Yalah, mana tahu skil dakwah encik boleh dipertingkatkan lagi!
Lagi pula, menjadi daie bermakna perlu berkomunikasi. Berkomunikasi bermakna berkongsi pendapat dan pengetahuan. Andai kata skil komunikasi encik daie teruk, bagaimana mahu menjadi seorang daie yang gempak?

Cukuplah
dahulu kot. Saya sendiri takut mahu menaip lebih panjang kerana di dalam
al-quran ada tertulis firman Allah yang bermaksud
“Wahai orang mukmin, kenapa engkau mengatakan sesuatu yang tidak engkau kerjakan?”
Kerana itu saya takut untuk menyambung bicara.
Maka saya sudahi peringatan ini dengan jazakallah kerana sudi membaca dengan hati terbuka. Niat saya tidak lain dan tidak bukan, adalah kerana cinta. Ya, saya cintakan encik daie, dan saya cintakan umat ini. Maka, saya tidaklah mahu kerana daie’setitik’, rosak ummah ‘sebelanga’.

Wallahua’lam.
Sama-sama perbaiki diri, insyaAllah.
salah satu taujih yg berjaya dalam mengetuk2 ana yang lalai ini |
No comments:
Post a Comment