Monday, June 6, 2011

IN-TEAM - AZ ZIARAH ..isu ciplak??



nasyid kegemaran saya..sedap didengar...namun hati ini meronta2 nk tahu maksudnya secara mendalam..tp syg,belum ketemu...namun bila dikaji selidik rupanya nasyid ini ada persamaan dengan lagu timur tgh dari fairouz-ya siti ya khiyater... dan saya juga mambaca komen tentang pembaca yang marah2 lagu ini diciplak....namun bagi saya ALLAH xmemandang itu semua asalkan lagu ini memberi pengajaran yang baik dan sesuai dikongsi bersama..apa salahnya=)

mari kita lihat versi fairouz..





dosa..sikit2 lama2 jadi bukit..

Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.
~gentarasa

dosa...fuhh..tanpa kita sedari,hakikatnya kita dah membiasakan diri dgn dosa..bak kat pepatah,sedikit2 lama jadi bukit..begitu juga bahayanya dosa kecil..dosa kecil nie bahaya sangat sebab kita xnmpak sangat kesannya..memadang yang bukan muhrim dengan pandangan nafsu,mengeluh,mencaci..perkara2 simple yang kita sendiri tidak realise hukumnya..dosa apabila dibuat 1st tym,ya ALLAH,terasa diri..terasa teruknya diri..namun bila dibuat kali kedua,masih lagi terasa dosanya tapi dalam hati kecil"xpela,esok2 aku taubat laa"
dan apabila dibuat berkali2 terasa biasa je dosa..umpama cicah kopok lekor dengan sos je..biasa,xde pe nk heran..engt lagi bila menonton imam muda dimana mereka buat tangkapan kepada pasangan2 yg berkhalwat..
mula2 2 jumpe gituu2 je..ni first tym dok berduaan kat bilik..jumpe gituu2 pon x rasa dosanya sbb itu mudah saja pasangan ini melangkah ke dosa seterusnya..wallahuallam apa yang mereka lakukan di dalam bilik..


dalam firman ALLAH,surah Al-Isra ayat 32

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"

Ada dalil mengenai zina yang ustaz2 imam muda lontarkan kepada si pelaku ini..benar,kadang2 bila hati dah diliputi dosa,ape pon x boleyh! bak kata jambu maharaja lawak.. suma rasa biasa je..hilang rasa takut kepada ALLAH,hilang rasa zuhud kepada penciptanya..lupa plak tentang azab api neraka,azab kubur tentang sang pelaku zina..ya ALLAH,takutnya hati ini jika ALLAH lenyapkan rasa sensitif terhadap dosa...rasa sensitif terhadap dosa..ya itulah pointnya..selama ini kita rasa sensitif terhadap dosa,terutama apabila kita bukan pelakunya..tapi bagaimana dengan pelakunya?? sudah tentu mereka merasa "x open minded la" "mind of ur business" dan macam2 lagi..sedih kan?? amek ibrah wahai pembaca,sedihnya apabila kita hilang sensitif terhadap dosa..ALLAH hilangkan rasa itu maka jauhlah kita dari merasai halawatul iman..kemanisan iman yang indah..sedangkan kemanisan yang dirasai adalah dari syaitan semata..jauhlah kita dari menangis kerana takutkan ALLAH sedang tangisan itu meredhakan api neraka..jauhnya kita dari melihat dari mata hati..sedang melihat mata hati membuka mata kasar kita menuju ke jalan hakiki..

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an :“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS Al-‘Araf 179)

kenapa ALLAH bagi balasan api neraka kepada jin dan manusia dan tidak pada haiwan?? kerana sesungguhnya manusia dikurniakan 'qolbun' iaitu hati ..apabila hati itu rosak maka rosaklah seluruh anggota badan,menghampirlah manusia itu pada neraka ciptaan ALLAH..sebagaimana sabda Rasullulah S.A.W

An-Nu’man bin Basyir berkata:  “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

dan sebagaimana kata pepatah melayu,kerana nila setitik rosak susu sebelanga..bagaimana dengan maksiat?? apakah yang dimaksudkan dengan kerosakan..sesungguhnya kerosakan itu adalah maksiat.. dan maksiat itu adalah kerosakan dan merosakkan..kerna maksiat yang dilakukan tanpa rasa takut pada ALLAH,pada mulanya ia berlangsung secara biasa dan lama2 akan upgrade jadik dosa besar..kerana maksiat setitik rosak sebuah hati sedang kita dicipta ALLAH punya hati yang suci dan bersih,dan diseru pula ALLAH utk kembali dgn hati yang tenang

Hai jiwa yang tenang ,kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas dan diredhainya(89:27-28)

bercakap sekali lagi mengenai hati..dimana letaknya hati?? liver kah?? heart kah?? tetapi merujuk kepda dalil yang terdapat dalam surah al-Hajj ayat 46..

ertinya: maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal (memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Al-Hajj: 46)

ia menyebut hati terdapat didalam dada..

*akal terletak di hati,bukan di kepala..
*dan hati pula terletak di dalam dada..

dan yang pasti apabila hati dipenuhi dengan maksiat maka akal xdapat melihat melalui pandangan hati dan menjerumuskan kepada lembah kebinasaan apabila gerakan hati yang dilakukan digerakkan oleh syaitan..

akhir kata dari mujahadah seorang gadis,jangan hati ini mudah sensitif atau emosional dek terluka kerana teman lelaki..atau2 kata2 jiwangnya"hati wanita ni sensitif,belailah dgn lembut" tetapi kita kurang sensitif terhadap dosa yang saban hari dilakukan ..dan bila ALLAH menurunkan bala,perasaan sensitif itu timbul kembali namun dalam versi yang berbagai2..sensitiflah kepada ALLAH kerana ALLAH sentiasa prihatin kepada kita..tiap saat dia melihat hambaNYA dimuka bumi..melihat dimana letaknya hati hamba itu ..samada pada sang Khaliq atau kepada duniawi yang bertatahkan permainan syaitan.

.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman "pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya " (HR Thabrani dari Abu Umamah)

jagalah hati,
semoga ALLAH yang menggerakkan hati kita,
semoga ALLAH yang membimbing langkah kita,
supaya ALLAH sentiasa memberi rasa sensitif kepada kita..
supaya kita kembali kepdanya dalam kehidupan yang khusnul khatimah..

Tuesday, May 31, 2011

Ainul Mardhiah

Alhamdullilah..hari ini jari terdetik untuk menulis mengenai ainul mardhiah..siapa ainul mardhiah??
mengapa dia menjadi impian as-syahid,lelaki soleh??insya ALLAH,cerita ringkas di bawah 
bakal menjawab..
Bismillahirrahmanirrahim..

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki 
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka 
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan 
Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari2.



Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan 
yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah
 besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia 
yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah
 masa mudanya dihabiskan.


Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari

Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada

apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya,

tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya
dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk 
agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik2.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni2
 surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik 
dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
 Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
 (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang
 keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan
 seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. 
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin 
sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,
kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi 
nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor 
sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama
 jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu 
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang
 berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,
lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada 
suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan 
hasrat untuk berjumpa dengan 'AINUL MARHIAH (bidadari yang 
Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka 
berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada
 seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang 
sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan 
sahabat ini bertanya, andakah ini AINUL MARDHIAH,wanita itu 
menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),
saya penjaganya,AINUL MARDHIAH ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
 mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda 
daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata
 perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini 
AINUL MARDHIAH lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya 
di dalam mahligai ini,AINUL MARDHIAH ada di atas mahligai sana, lalu
 dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya
 sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan 
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama 
dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan
 tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah AINUL
 MARDHIAH, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki
 itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi
,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia 
menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia 
memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,
tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat 
Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan 
pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah
 pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka
 telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi).Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan
 merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,
Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. 
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu 
tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

SubhanaALLAH..pasti cemburu para isteri 
as-syahid 
di dunia ini perihal cerita di dunia..
kecantikannya mengatasi kecantikan zahiriah yang
 dinampak oleh mata kasar manusia sekarang..
namun,ingatlah,wanita solehah di dunia lebih 
baik dari bidadari syurga..subhanaALLAH..rebutlah
 peluang itu wahai wanita..

Monday, May 30, 2011

MenJemPut BiDaDaRi..


wahai muslimah..
jadilah bidadari yang dijemput mujahidmu..
bila tiba waktu dan saat ..
kau pasti dijemput..
maka persiaplah undangan itu dengan hiasan akhlak dan nurani..
moga ALLAH mengiringi penantianmu..

HUTANG

                                                           
hutang..
banyaknya hutang aku ya ALLAH..
hutang ilmu agama..
hutang solat yang mungkin terbatal tanpa disengajakan..
hutang puasa yang mungkin terbatal dek kecetekan ilmu..
hutang budi dengan manusia yang tersakitkan hatinya..
hutang budi pada ayahanda dan ibunda..
hutang dosa2 yang belum terampun..
hutang masa berjihad di jalanNYA..
hutang iman,takwa dan kesyukuran kepadaNYA..

terasa kecil diri ini dihadapan Khaliknya..
ya ALLAH..
adkah hati ini benar2 ikhlas sujud padaMU??
adakah hati ini benar2 ikhlas berzikir kepadaMU??
adakah hati ini benar2 ikhlas memilih akhirat berbanding dunia??
ya ALLAH..
adakah hati ini benar2 ikhlas berbudi pada manusia..
adakah hati ini ikhlas berkhidmat menggunakan kurnianMU..
ya Rabb..,
Engkau jauhilah titik kepuraan yang timbul di hati hambaMU ini..
Engkau sucikanlah hati ini dengan sebenar2 keikhlasan kepadaMU..
Engkau jadikanlah hati ini,langkah ini,hidup ini ikhlas kepadaMU..

ya ALLAH..
hutangku ya ALLAH..
hutangku ya ALLAH..
Engkau bantulah diri ini kembali kepadaMU dengan rasa tenang..
 ketenangan dek lunasNYA hutangku padaMU...



ingin juga ak mengambil ibrah dari suatu kejadian..
maaf dipinta,diri ini cuma bermuhasabah..
si A
"ea,td kan waktu akak 2 bagi kertas harga,mahal gila! RM5.00 tu..
x adil nie..patutnya ikan ngan sayur 3 ringgit lebeyh je.."
si B
"pastu ko buat apa??"
si A
"aku bayar RM3.50 je..biar akak 2,mahal giler"

astaghfirullahalazim..
kisah ini telah pon berlalu dari coretan hidup si A..
namun ameklah pengajaran whai manusia..
hutang tetap hutang..
ia mengejar kita sehingga lubang kubur..
Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Doa supaya dipermudahkan bayar hutang

tinta rasa kepada mangsa kejadian tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

salam alaik..

dah lama x bertinta disini..
pelbagai coretan hidup telah aku loretkan pada kitab amalan timbanganku...
rasanya terlalu banyak dosa yang mengiringiku..
sehingga satu saat aku terfikir disetiap sujud taubatku..
adakah ALLAH azzalwajala menerimanya..
kerana dosa benar2 menyebabkan ketidakselesaanku..
namun ALLAH itu maha adil lagi maha penyayang..
Ar-Rahman..Ar-Rahman..
Dia memberi umat Nabi Muhammad masa utk bertaubat sehingga nyawa di kerongkongan..
kerna ketika tiada yang bernilai lagi..
Ar-Rahman..Ar-Rahman..
ketika Dia melihat hambaNYA lalai dan leka..
dia datangkan 4 perkara..
musibah,ketakutan,kematian dan kesedihan sebagai ujian..
namun tidaklah sia2 musibah itu..
dia datang untuk jemput kita kembali ke jalanNYA..
terima kasih ya ALLAH..


kerana hakikatnya ujian itu tidak setimpal rahmat pemberianNYA
lihatlah wajah2 anak yatim di atas..
xperlu cari ibrah lain dalam hidup..
baru terjadi..sayu hati ini.
tiada ibu tiada ayah..
anak2 yang dahagakan ilmu..
ditimpa ujian sekelip mata..
kehilangan rakan2 sepermainan sekelip mata..
belum sempat merasai bahang duniawi..
ALLAH sudah menjemputnya..
cerita ini punya tafsiran sendiri..
"ALLAH lebih menyayangi mereka"
kata2 ini dilontarkan pada kebanyakan insan yang punya titik simpati di sanubari..
namun fahamkah kita apa erti "ALLAH lebih menyayangi mereka"??
kupunya tafsiran sendiri..
banyak versi,banyak jenis..
sudah tertulis di luh mahfuz tentang saat itu..
itu perkara sudah pasti..
namun di sebalik ketetapan itu,ALLAH punya rencana sendiri..
ALLAH mahu menyelamatkan hambaNYA sebelum mereka melakukan kemaksiatan di muka bumi..
supaya kembali kesisiNYA..
tambahan lagi anak2 kecil yang punya lakaran putih dalam kitab dosa mereka..
subhanaALLAH..
al-fatihah

Saturday, April 16, 2011

kususun jari pohon keampunan


ampuhnya iman nie ya ALLAH
byk melayari crita2 realiti tv,maharaja lawak..
sdgkn buku hasrizal abdul jamil pon blom kuhabisi..
namun ku ingin bercerita mengenai sesuatu..
blog nie ak cipta sekadar berkongsi kisah dakwah..
namun kesuntukan masa membuatku jarang berkesempatan utk menulis..
dan ak juga xmahu menjadi bodoh sombong menulis tanpa melakukan sedikit research..
namun terkadang hamba ALLAH ini tersungkur ketika menangani isu hati..
ingin aku ceritakan pada teman serumah namun takut menjadi beban fitnah kepada aku..
ak ini ampuh imannya..lalu aku loretkan disini..supaya bisa meleraikan kekususutan di hati..
namun ada yang membaca lalu menuduh aku membuka pekung di dada..
ya ALLAH,tidak aku sedari tulisan utk meleraikan kekusutan di hati..
utk meleraikan kemelut di jiwa..
bakal menjadi bahan fitnah..
aku pohon ampun pada sesiapa yang membenci tulisan aku ini..
yang muak membaca kisah hati aku ini..
aku ini manusia biasa..
kadang2 aku menunggu bisikan nasihat dari insan bergelar SAHABAT..
namun baru aku sedari aku belum mempunyai sahabat..
didunia dan akhirat..
aku hanya bertemankan sahabat dunia..
yang menghentamku ketika aku melakukan kesalahan..
ketika org laen2 bercakap2 mengenai keburukan di belakang..
yang aku tidak tahu mengenainya..

pedihnya hati ini bila mendengar cakap teman yang memerliku hasil tulisan ku..
rancaknya mereka berkata2..sedang mereka itu sepatutnya menjadi pelindungku..
mereka dekat denganku..
namun mereka itu sebenar jauh dariku..
ketawa kecil pula aku melihat gelagat mereka memerliku..
ketawa kerana akhirnya ALLAH buka juga mataku mengenai siapa mereka sebenarnya..
ketika aku berada dalam situasi keliru,tidak tahu,atau melakukan kesilapan..
begitulah ALLAH tunjukkan siapa mereka..
terima kasih ya ALLAH
kini aku sudah celik mengenai persahabatan..
aku xbuta lagi..
aku juga sedar kesalahan ku..
aku tidak kisah apa kata orang mengenaiku..
cuma aku terpkir jika ALLAH yang membenciku kerana kesalahan yang aku kurang sedar..
jika ALLAH turunkan kemelut ini sebagai tarbiah untukku,maka aku betulkan kesilapannya..
ya ALLAH..
insan ini terlampau banyak kekurangan..
namun kurniakan aku seorang sahabat
yang membimbingku kejalan kebenaran
yang bersamanya menjalankan kegitan dakwah..

maaf dipinta kepada para pembaca yang muak membca kisahku..
aku akan memperbaiki kesilapan aku..
aku akan perbaiki mana yang lopong dalam iman aku..dan
aku juga minta pembaca sekalian batu aku perbaiki imanku..
syukran..


Sunday, March 27, 2011

Aiman - Cinta Terakhir (MTV - with Lyric) NEW!


berakhirnya suatu kisah hati..
ia dtg tanpa diminta dan dia juga menemui noktahnya..
aku memandang noktah itu dengan seribu kepiluan dan berakhir mata namun jika diberi peluang kali kedua utk aku membetulkan keadaan,sesekali TIDAK..
ketentuan ALLAH itu lebih utama..
namun ya ALLAH ,apakah yg sedang kau perlihatkan kepadaku..aku menunggu ya ALLAH supaya rasa cinta ini pudar,namun ia tidak pergi juga..
jika ia masih juga mengiringiku,izinkan aku berdoa supaya Engkau sentiasa memeliharanya..memberi dia kebahagiaan..memberi dia senyuman..
kerana disebalik kisah yang berakhir ini,aku tahu ada musibah yg lebih gah lagi menunggunya..
senyumnya dalam penipuan,hidupnya sentiasa dirundung ujian tiada bertepi..
bkn perasaan aku yg perlu kau utamakan..
kerna ada lagi coretan2 duka yg mengejarmu..
kau tak perlu menaip kisah lara itu,kerana aku dapat menghidunya..
aku redha,pergilah..kerna aku ingin lihat kau bahagia disisiNYA..
mgkn disisi siapa sahaja yg mampu beri kau kebahagiaan..
semoga ALLAH memlihara kau sehingga nyawa di kerongkongan..
aku hadiahkan lagu segenggam tabah untukmu..
tabahlah,ALLAH sentiasa disisimu..

i'm a future doctor..is dat all?



rcmp...

royal college medicine perak

i'm gonna be a doctor..
act like doctor..
behave like doctor..
study hard ..smart..
wear white coat..
is dat all??

i'm also muslimah..
a servant of ALLAH..
wherever i go,wutever i do..
everthing for ALLAH..
ALLAHuakbar!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...