Tuesday, February 15, 2011

kisah sebuah hati


alhamdullilah.. hari ini umat islam menyambut maulidur rasul..memperingati Rasullulah S.A.W yg telah lama meninggalkan kita..namun,perjuangan baginda tidak pernah terhenti,bahkan disambung oleh tabi' tabiin,para solehin dan generasi skang,para pendakwah yg menyampaikan dakwah secara lahiriah atau zahiriah,langsung atau tidak langsung..subhanaALLAH..masih ramai golongan2 yg asing dalam kelompok manusia..selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasullulah S.A.W..malu btol dgn diri nie,ketika umat Islam berarak melaungkan selawat dalam aktiviti2 yg dijalankan badan2 dakwah,aku di rumah berehat akibat masalah kesihatan yg aku alami..terbaring di katil akibat kesan ubat diberikan..aku tertanya kepada diri sendiri,mengapa aku tidak mampu bangun dan mengikut aktviti..ya ALLAH malunya aku..mudahnya aku menyerah kalah..

***********************************************************************************

dalam kesihatan yg tdak menentu ..

teringat aku kepada seorang insan...

yang pernah menjengah pintu hatiku..

namun,ALLAH hanya meminjamkan dia sementara kepadaku..

teringat semasa dia menceritakan kepadaku betapa dia ingin mencontohi Rasullulah S.A.W..

saat aku mentertawakannya kerana terlalu lembut..
lembut dalam bicara,
suka pda bunga2,
malu lebih dari kaum hawa,
manjanya pada bonda tercinta..

tetiba tersentak aku dengan kata-katanya..

kelembutan Rasullulah S.A.W menjadi pegangannya..

kasihnya pada kanak2..hormatnya pada golongan wanita..

malunya melebihi kaum wanita

tertunduk malu aku mendengar penjelasannya itu..

ya Rasullulah, sesungguhnya jika ada lelaki mencontohimu ya nabi..

maka eloklah akhlaknya,indahnya perilakunya..

sungguh aku mencintai lelaki itu kerana agamanya,

kerana dia juga merindui insan yg aku rindui..

tertambat betapa dia ingin menjadikn aku org istimewa dalam hidupnya

betapa dia mengharap aku mencontohi Siti Aishah R.A..

betapa isteri Rasullulah itu menjaga auratnya

hinggakan kasut dimasukkan ke rumah utk mengelakkan org mengetahui saiz kakinya..

mulianya sifat wanita solehah itu..

dia mengenalkan aku erti 'wanita solehah'

yg selami ini aku abaikan..

pengetahuan agama aku ini aku biarkan berkubur amalan..

ya ALLAH

betapa aku menghargai kehadirannya dalam hidupku..

betapa pilunya aku ketika aku menyarungkan stokin di kakiku,

betapa pilunya ketika aku menyarungkan tudung labuh menutupi dada..

betapa syukurnya ketika melilau mencari pakaian yg longgar..

ya ALLAH

betapa hibanya aku apabila menghadapmu..

memahami betapa bersyukrnya aku dgn nikmat kurnianmu..

wahai sang lelaki,

besar dugaanmu dalam hidup..

membuat aku tersedar besarnya nikmat ALLAH padaku..
besarnya kasih sayangNYA padaku..
betapa Dia ada di sisiku tatkala senang atau susah..

ya ALLAH,

betapa aku tersentak dengan kasih sayang aku kepada kedua ibu bapaku..

tatkala dia menceritakan betapa kasihnya dia pada ibu tercinta,

betapa dia bermanja dengan ibunya..

terpikir sejenak,adakah aku mengasihi sang ibu seperti itu??

adakah aku hormatkan bapa sebagaimana Fatimah R.A kesayangan Rasullulah..

menangis ibuku..

apabila aku memohon keampunan atas kekhilafan ku selama ini..

terima kasih wahai teman..

namun..

kini kau tinggalkan aku..

ketika temanmu ini berjuang utk berubah,kau pergi tanpa khabar berita..
hilang jejak begitu sahaja..

begitunya kau mahu kulupakanmu..

hilang semua janji mahu menemani aku sbg teman seperjuangan..

mencari keredhaan ILLAHI

aku terpinga..

tanpa aku sedari air mata menitis..

hati gelisah...pilu...jiwa meronta

benarkan aku mendengar tazkirahmu wahai teman..

namun tiada khabar berita..

aku teruji iman..kesabaran teruji...ya ALLAH..ya ALLAH...

"eleh,kau berubah sebab dia kan!!! x lama tuhhh"

kata2 rakan menjengah fikiranku..terasa syaitan mentertawakanku..

bdan terasa lemah,fikiran melayang,air mata mengalir x berhenti..

namun biarpun dia pergi,kata2nya menjengah

ALLAH sentiasa di sisimu..
aku kuatkan hati,ya!! bencinya aku kembali ke kehidupan lama seperti bencinya mualaf kembali ke zaman jahiliah..

ALLAH ada di sisi..
jika kita lepaskan benda yang baik,ALLAH akan gantikan dengan yg lebih baik..bersabarlah wahai insan..

ALLAH lebih mencintaimu..
mgkn ALLAH ada rencana yg lebih baik kita apabila dia mengundur diri..

indahnya agamaMu..

namun,mengapa sang hati masih berdegil tidak mahu lupakannya..

kata2 nasihatnya selalu menjengah minda..

biarpun seribu org yg hadir,hatiku x pernah berubah..

baiknya akhlaknya menghias mindaku..

rontaan hatiku utk berjumpa ibu kesayangannya..

mengapa ya ALLAH dia x luput dari pemikiranku..

namun subhanaALLAH,kini aku lebih tenang..

para akhawat yg sentiasa menceriakan hatiku..ukhuwah fillah kami menyembunyikan kesedihanku..

wahai teman...

jika kau membaca coretan ini..

dengarlah..

kau sentiasa dalam doaku..

aku harapkan kau temukan kebahagiaan dalam hidupmu..

dan aku mohon diusirkan gangguan itu dari hidupmu..

semoga kau menemui wanita yg engkau cari dalam hidupmu..

mungkin aku x selayaknya buatmu..

ya ALLAH..pilunya mengenangkan penderitaanmu..

betapanya aku sudi mengharungi bersamamu semua keperitan itu,

namun mana mungkin kau mempercayai kata2 gadis ini..

terima kasih ya ALLAH kerana memberi peluang aku mengenalinya..

walaupun seketika...

jgn engkau tinggalkan solat malam..

jgn engkau biarkan ada manusia menjadi contohmu melainkan Rasullulah S.A.W

jadilah engkau lelaki soleh.

pelihara engkau dari maksiat

semoga engkau dirahmati dunia akhirat.

biarkan mata ini menangis..

kerana kesedihan ini bakal terusir..

sehinggakan ALLAH menakdirkan ada org lain menjemputku...

sebagai bidadari dalam hidupnya..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...