Thursday, February 24, 2011

winds whisper in melody


winds whisper in melody..

16.10.10..
saat pertama kali bertentang mata dengan dia..
hadoii,peluh satu badan,menggigil tangan2..
membe kat depan da bwat isyarat"tegur lah dia,tegurlah dia"
tp mulut nie masih terkunci..
ya ALLAH,isyarat apakah ini..
aku diam seribu bahasa..
dan dia mula tanyakan soalan..
aku menjawab sepatah demi sepatah
sedangkan semua orang tahu aku petah berbicara..
berbaju kemeja coklat,berkasut putih..
bau yg laen dr yg laen..
....................................................................



2.45pm..
16.10.10

da tiba masa utk naek bas balek ipoh..
usai solat jamak,aku tros menuju ke bas dgn rae dan min..
dia masih di situ,aku masih juga diam seribu..
hadoiii... kelu lidah..tetiba bf rae tegur..
"pegilah duduk sana,dia panggil"
aku dengan longlainya pegi..
bila melabuhkan diri di seat tempat menunggu bas sebelahnya..
ku rasakan suatu ketenaagan yg amat sgt..
jelas terpancar ciri lelaki soleh dalam dirinya..
kata-katanya disusun rapi..
"jadilah wanita solehah"
"jaga diri baek2"
"maaf x dapat beri apa2"
"jaga kesihatan"
diri ini mampu berkata "ya..ya.."

saat itu aku merasakan..
winds whisper in melody...

25.2.2011
4.44am
YA ALLAH...KENAPA AKU MASIH INGAT SEMUA PERISTIWA INI??

sedangkan lebih sbulan dia tinggalkan aku..
tanpa khabar berita..
no telefon ditukarnya..
kata2 akhirnya,"dah ye,lupakan *****"

dan lebih sebulan aku menjalani kehidupan dengan membekukan hati..
namun hari ini,mata sukar dipejam,fikiran mula membuka semula pintu2 kenangan..
air wudhuk ku ambil,al-mathurat kubaca utk mengubat hati...
ya ALLAH,ujian apakah ini??
mengapa sukar benar kenangannya melabuhkan tirai dari hidup aku..
supaya cintaku hanya padaMU..
dan cinta sejati ku pada sang suami yg tidakku ketahui gerangannya,
namun tertulis namanya di luh mahfuz..
aku ingin istiqamah..
istiqamah menjadi wanita solehah..
yang melabuhkan cinta hanya padamu..
mulut terkunci dari menyatakan apa yang tersirat di hati..
aku pasti rakan sebilikku memahami apa yang aku rasai..
namun disebabkan kemarahan mereka pada lelaki itu,
kerana meninggalkan aku begitu sahaja..
membuatkan aku tidak berani berbicara mengenai gelodak jiwa nie..
takut timbul isu,atau timbul pergaduhan..
aku tahu mereka sayangkan aku..
sedih melihat aku bergenang air mata menahan kerinduan..
yg mungkin menjadi zina hati buatku..
namun,sebenarnya aku sangat bersangka baik kepadanya..
mungkin saja dia tidak ikhlas mengenaliku,
atau mungkin saja dia da terpikat pada wanita lain,
namun bkn itu masalahnya..
aku bukan ingin memilikinya..
cuma kebaikan dia padaku membuatkan hati ini terikat utk menyenanginya dalam kehidupanku.
aku mahu melihat dia bahagia..
dan terus mendoakan kesejahteraannya


dan bermalam2 aku tak dapat menyenyakkan tidurku..
aku rasa berdosa membiarkan diri ini memikrkannya..
dia dah pergi dari hidupku..
alhamdullilah,ALLAH mungkin mempunyai rencana tersendiri..
namun mengapa dia masih dalam pemikranku..
ya ALLAH,Engkaulah yang berkuasa menjadikan..
dan Engkaulah yang berkuasa menghilangkan..
luputkan lah dia dari pemikiranku..
sejauh mata memandang..
jika pemikran ini berlandaskan nafsu semata..
hilangkanlah ya ALLAH..
jadikanlah cinta ini hanya pada yang berhak...
yang tertulis namanya di luh mahfuz untukku..

..........................................................................
sepanjang perkenalan aku dengannya..
aku tidak pernah mengeratkan hubungan kami berdua..
menghubunginya sepanjang waktu..
menarik perhatiannya ..
kerana dalam pada cinta yang tersemai,
tersemai juga perasaan takut padaNYA..
ya RABB..pemilik jiwaku..

"msg la dia..bila salu berhubungan baru akrab hubungan korunk"
"janganlah ego,dia taktaw 2 ko rindu kat dia"

masya ALLAH..
aku x sanggup ya ukhti..
aku takut pada ALLAH
biar lah ALLAH yang menyampaikan salam rinduku..
biarlah ALLAH sahaja yang memahami gelodak fitrah perasaan cinta aku padanya..
biarlah aku x melakukan apa2 utk membuatkan dia merasa aku sangat mengambil berat tentangnya..
kerna dia bukan yang sah untukku..
jika itu sebabnya dia pergi tinggalkan aku
aku tidak menyesali,bahkan redha dengan ketentuannya.
dia meminjamkan engkau sebentar dalam hidupku..
dan biarpun engkau pergi
ALLAH tetap ada denganku..


engkau tinggalkan aku..
aku redha
ia satu KETENTUAN dari ALLAH

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

aku tidak mahu mempersoalkan ketentuanNYA..
dan atas sebab itu ya ALLAH..
moga ia pergi dari hidupku..




wahai lelaki.. engkau menakluki hatiku dengan agamamu.. kata2 mu membebaskan aku dari belenggu pemikiran jahil, aku hanya ingin berterima kasih padamu.. kerana akhirnya aku memahami erti kebahagiaan.. namun akan kupadamkan memori bersamamu.. kerana kau tak berhak berada di kotak memoriku.. namun kebaikanmu tersemat di sanubariku.. dan berharap agar ALLAH dapat membalas bagi pihak diriku terima kasih atas pertemuan aku dengannya ya ALLAH

semoga ALLAH mempertemukan aku dengan lelaki yang benar2 soleh..
yang membimbing aku kejalan yang benar..
yang mengubat luka2 di hatiku..
yang menenangkan hatiku bersamanya..
yang membahagiakan aku sepanjang masa..
yang tak akan menduakan aku selagi aku mampu berkhidmat untuknya..
yang bersamanya aku melahirkan zuriat2 soleh solehah..
dan dia menjadi bapa kepada para mujahid dan mujahidahku..
yang sama2 mendidik anak2 kami mencintai ALLAH
bersama2 membina BAITI JANNATI..
serba kesederhanaan,namun penuh kebahagiaan..keberkatan..
dan bersama2 dengannya aku melangkah ke pintu syurga..
dan menjadi ketua bidadari untuknya kelak..
amin..
temukan aku dengannya..
kerana cinta yang hakiki..
adalah cinta kepada suami keranaMU ya ALLAH..
YA ALLAH..
YA ALLAH..

3 comments:

  1. when you're forgetting someone dgn sengaja, u tends to remembering him more..make urself buzy n u'll forget him dgn x sengaja..

    ReplyDelete
  2. tenkiuuu..ALLAH lah yg berkuasa mengingatkan kita atau membuatkan kita lupa pada sesuatu..doakan taw.. i really meant it

    ReplyDelete
  3. Semoga dirimu kuat wahai sahabat...kuatkan hati utk merebut cintaNya, yang kekal abadi...semoga ana dan juga sahabat, tetap istiqamah dalam mujahadah kepadaNya...sesungguhnya mujahadah itu pahit, lebih2 lagi dalam perang dengan hati ni...tapi ketahuilah wahai sahabat, sesungguhnya, syurga yang menantimu di sana cukup2, tersangat2 manis...semoga kita semua kuat...Amin2, InsyaAllah..

    doakan ana juga..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...