Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (An-Nuur 24:40)
Lapisan-lapisan Kegelapan Di Lautan Dalam
Oleh Syaikh Abdul Majid Az-ZindaniLaut
Laut merupakan dunia yang misteri sehingga abad ke-18 Masihi. Menurut pelbagai mitos dan cerita rakyat yang berkaitan dengan laut, laut adalah penguasa peradaban lama.Bangsa Rom meyakini bahawa lidah ombak merupakan kuda-kuda putih yang menarik kereta dewa Napiton. Mereka melakukan ritual dan perayaan untuk memuja dewa-dewa tersebut. Mereka juga meyakini adanya ikan penghisap yang mempunyai pengaruh magis untuk menghentikan kapal.
Laut merupakan dunia yang misteri sehingga abad ke-18 Masihi. Menurut pelbagai mitos dan cerita rakyat yang berkaitan dengan laut, laut adalah penguasa peradaban lama.Bangsa Rom meyakini bahawa lidah ombak merupakan kuda-kuda putih yang menarik kereta dewa Napiton. Mereka melakukan ritual dan perayaan untuk memuja dewa-dewa tersebut. Mereka juga meyakini adanya ikan penghisap yang mempunyai pengaruh magis untuk menghentikan kapal.
Bangsa Yunani juga mempunyai keyakinan yang tidak jauh berbeza. Para nelayan mengembalikan sebab pasang-surut air laut dengan kewujudan binatang buas yang mereka sebut karbids yang menyedut air kemudian menyemburkannya. Manusia tidak mengetahui kedalaman pantai yang permukaan, apalagi mengetahui samudera yang dalam dan gerakan air di dalamnya. Sebagaimana seseorang tidak boleh menyelam di tepi pantai kecuali sebatas dua puluh meter selama beberapa saat, dan akan kembali ke permukaan untuk menghirup nafas. Dan ketika penemuan alat pernafasan bagi para penyelam, manusia tidak boleh menyelam lebih daripada tiga puluh meter, mengingati bertambahnya tekanan air pada tubuh penyelam seiring bertambahnya kedalaman laut.
•Manusia tidak mampu menyelam tanpa menggunakan alat melebihi 30 meter dari aras laut
•Diver’s
diseases: disebabkan gas nitrogen menyerap ke dalam darah serta mengganggu fungsi otak yang akan menyebabkan hilang daya keseimbangan badan atau menjadi lumpuh atau maut
•Jika menyelam melebihi 200 meter, manusia akan menjadi hancur seperti debu
Jacques Piccard (28 July 1922 – 1 November 2008) was a Swiss oceanographer and engineer, known for having developed underwater vehicles for studying ocean currents. He is one of only two people, along with Lt. Don Walsh of the United States Navy, to have explored the deepest point of the world's oceans, and the deepest location on the surface of the Earth's crust, the Challenger Deep, in the Mariana Trench located in the western North Pacific Ocean. -Wikipedia
Maklumat Terkini dalam Ilmu Laut
1. Laut terbahagi kepada dua bahagian besar:
- a. Laut permukaan(surface sea) yang bercampur dengan tenaga dan sinar matahari.
- b. Laut dalam(deep sea) di mana tenaga dan sinar matahari tidak lenyap.
2. Laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tahap cahaya matahari(sun level), serta biota-biota yang hidup di lautan masing-masing. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.
3. Gelombang Dalam
gelombang dalam(internal wave) yang diambil dari satelit. |
Gelombang dalam menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah di antara laut dalam dan laut permukaan. Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemui melainkan pada 1904 M. Panjang gelombang dalam berkisar antara puluhan hingga ratusan kilometer. Sedangkan tinggi gelombang dalam berkisar antara 10 hingga 100 meter.
4.Kegelapan di laut dalam semakin bertambah seiring kedalaman laut, hingga didominasi kegelapan pekat yang bermula dari kedalaman + 200 meter. Pada kedalaman ini bermula penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang sejuk. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air sejuk di kedalaman laut. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1000 meter. Berkaitan dengan sebaran kegelapan di kedalaman laut, para nelayan mendapati bahawa cahaya yang dieksploitasi bahkan pada perairan yang jernih, bahawa dasar laut yang condong dan berpasir putih itu berubah warnanya secara beransur-ansur, sehingga tersembunyi secara total seiring bertambahnya kedalaman, dan bahawa tembusan cahaya itu berbanding terbalik dengan bertambahnya kedalaman. Alat yang paling mudah untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan lautan adalah The Secchi Disk.
Maklumat tentang kekuatan cahaya pada pelbagai kedalaman samudera
Di dalam samudera yang dalam, cahaya tidak ada sama sekali, dan kegelapannya berlapis-lapis. Biota dan ikan yang hidup di dalamnya bertumpu potensi kimia untuk melahirkan cahaya yang mereka gunakan untuk menuntut jalan. Bahkan ada beberapa jenis yang tidak mempunyai penglihatan dan menggunakan cara lain selain penglihatan bagi merasai apa yang ada di sekitarnya. Kegelapan-kegelapan ini bermula pada kedalaman + 200 meter, dan seluruh sinar matahari tertutup pada kedalaman + 1000 meter, di mana cahaya tidak ditemui sama sekali.
Air menyerap cahaya secara berbeza-beza. Akhir merah spektrum cahaya diserap dalam air cetek sementara biru dan hijau menembusi terdalam (penting bagi tanaman-tanaman yang berbeza menggunakan pelbagai bahagian dari spektrum cahaya untuk fotosintesis, dan penyerapan pengkamiran boleh menentukan pengedaran menegak tanaman laut).
Kegelapan yang Berlapis-Lapis
Kegelapan pekat yang bermula dari 50 hingga 1000 meter itu berlaku akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan itu timbul kerana dua sebab utama:
1. Kegelapan Kedalaman.
Cahaya matahari terdiri daripada tujuh warna (merah, oren, kuning, hijau, nila dan ultraviolet dan biru. Masing-masing warna mempunyai panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembusi air bergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembusi air. Kerana itu, cahaya warna merah akan diserap pada kedalaman + 20 meter, dan sesudah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah. Seandainya penyelam terluka pada kedalaman 25 meter dan ia ingin melihat darah yang mengalir, maka ia akan melihatnya berwarna hitam kerana tidak adanya cahaya warna merah.
Penyerapan Foton(absorption of photon) (cahaya) spektrum bergantung pada susunan atom-atom dan ikatan mereka. Salah satu puncanya adalah ikatan hidrogen dan polaritas molekul air. Sifat molekul air tersebut juga bertanggung jawab untuk bermacam macam ciri-ciri yang unik dari sifat fizikal air
- 2. Kegelapan tabir.
Kegelapan tabir dan kegelapan kedalaman bersama-sama mencipta kegelapan yang pekat di samudera yang dalam. Kegelapan tabir itu berupa:
a. Kegelapan awan. Biasanya awan menutupi permukaan samudera yang dalam akibat penguapan air, dan awan itu menjadi tabir yang relatif bagi cahaya matahari, sehingga terjadilah kegelapan pertama pada tabir-tabir, yang kita lihat dalam bentuk bayangan awan pada permukaan tanah dan laut.
b. Kegelapan gelombang permukaan. Permukaan yang miring pada gelombang permukaan laut merupakan permukaan yang memantulkan cahaya matahari. Orang yang mengamati permukaan laut dapat melihat sejauh mana kilauan cahaya yang dipantulkan permukaan miring dari gelombang permukaan.
c. Kegelapan pada gelombang dalam.Gambar selat Gilbatrar yang diambil dari satelit
Ditemui gelombang dalam yang menutupi laut yang dalam. Gelombang dalam itu bermula dari kedalaman 70 hingga 240 mater. biota naik ke di permukaan gelombang dalam. Kadang-kadang gelombang dalam itu naik hingga paras laut, sehingga biota-biota tersebut kelihatan seperti sampah yang bertumpul di permukaan laut. Itulah yang menjadikannya tabir bagi cahaya matahari untuk menembusi laut yang dalam, sehingga dengan demikian terciptakan kegelapan yang ketiga di bawah kedua-dua kegelapan awan dan gelombang permukaan.
Sejak lama Al-Quran telah menggambarkan rahsia dan hakikat laut tersebut. Allah berfirman,
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (An-Nuur 24:40
- Al-Quran memastikan kewujudan beberapa kegelapan di laut yang dalam. Al-Quran memperinci penjelasannya dengan kata lujjiyyin (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegeapan tersebut tidak ada kecuali kecuali di laut yang dalam. Para ahli bahasa dan tafsir menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti dalam.
Az-Zamakhsyari berkata ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Thabari mengatakan, "Kata laut disifati dengan kata lujjiyyin yang bererti dalam lagi air yang banyak. Sementara Al Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut diambil dari kata lujjah yang bererti air yang banyak, bentuk pluralnya adalah lujaj. Kata iltajja al-bahru bererti laut itu saling berhantaman ombak-ombaknya.
- Kegelapan-kegelapan tersebut berjadi kerana kedalaman. Az-Zamakhsyari berkata, "Maksudnya dengan kegeapan-kegelapan tertumpuk-tumpuk dari kedalaman laut, gelombang dan awan." Al Khazin berkata, "Seperti kegelapan-kegelapan di laut yang dalam lagi banyak airnya." Maksudnya, laut yang dalam itu dasarnya sangat gelap akibat banyaknya air. "
tabir-tabir yang menghalang cahaya(awan,gelombang permukaan,gelombang dalam) |
- Ayat tersebut menyebutkan kewujudan gelombang lain di atas gelombang pertama. Allah berfirman, "Yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula)." Ini adalah gambaran tentang laut, iaitu adanya dua gelombang pada masa yang sama, di mana yang satu berada di atas yang lain. Bukan gelombang-gelombang yang beruntun di satu tempat, melainkan ada pada satu masa, di mana gelombang kedua berada di atas gelombang pertama.
- Ayat tersebut juga mengisyaratkan bahawa letak gelombang kedua di atas gelombang pertama itu seperti letak awan di atas gelombang kedua. Allah berfirman, "Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan ..."
- Ayat tersebut juga menyebutkan gelombang yang menutupi lautan dalam, sebagaimana ia menyebutkan kewujudan gelombang kedua di atas gelombang pertama. Hal ini menunjukkan kewujudan laut di atas gelombang pertama dan laut dalam, iaitu laut permukaa yang ditutupi oleh gelombang kedua yang di atasnya terdapat awan.
- Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih.
- Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir.
SubhanaALLAH,ALLAH menggambarkan betapa gelapnya hati orang musyrikin seperti lautan dalam yang tidak ditembusi cahaya langsung melainkan hati orang-orang yang diberikan nur(cahaya) oleh ALLAH..kita dapat lihat dalam gambar di atas hidupan dalam lautan dalam yang diberikan ALLAH sumber cahaya yang sebenarnya adalah bioluminescent bakteria yang bersimbiosis dgn hidupan di lautan dalam utk memberi cahaya pada hidupan ini.mana mungkin surah annur:40 ditulis manusia sedangkan kajian ini hanya dilakukan berkurun-kurun selepas 1400 masihi..ALLAHUAKBAR!!
Durja Rao
Professor of Marine Geology teaching at King Abdulaziz University, Jeddah, Saudi Arab
Professor of Marine Geology teaching at King Abdulaziz University, Jeddah, Saudi Arab
"It is difficult to imagine that this type of knowledge was existing at that time, around 1400 years back. May be some of the things they have simple idea about, but to describe those things in great detail is very difficult. So this is definitely not simple human knowledge. A normal human being cannot explain this phenomenon in that much detail. So, I thought the information must have come from a supernatural source."
No comments:
Post a Comment