BERJEMAAH ADALAH FITRAH
“Kemudian Ia memberikan bentuk (sebaiknya pada penciptaan manusia), dan MENIUPKAN kedalamnya RUH-NYA, kemudian Ia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati…” (As-Sajdah : 9)
PAKAR BARAT YANG MEMBINCANGKAN MENGENAI JAMAAH
2. Teams maximize a leader’s potential and minimize her weaknesses. Strengths and weaknesses are more exposed in individuals.
3. Teams provide multiple perspective on how to meet a need and reach a goal, thus devising several alternatives for each situation.
4. Teams share the credit for victories and the blame for losses. This fosters genuine humility and authentic community.
5. Teams keep leaders accountable for the goal.6. Teams can simply do more than an individual.
Usahkan pejuang Islam, musuh-musuh Islam juga tahu kekuatan "berjamaah" ini untuk mencapai matlamat bersama.
ALLAH mencerikan kepentingan jamaah bukan hanya dalam bentuk analogi ataupun cerita.
ALLAH ingin menggambarkan kepada para daie bahawa kepentingan berjamaah bukan sahaja adalah satu syariatullah tetapi juga sunnatullah..yakni menjadi peraturan Allah di alam ini bahawa jatuh bangun, menang kalah sebuah perjuangan bergantung kepada penguasaan ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang atau strategi untuk memenangkan perjuangan.Muhammad Al-Fateh sendiri,penguasa konstatinopol tidak bergantung kepada iman semata,tetapi juga juga strategi di lautan dan bukit untk menang
"Itulah "BERJAMAAH". Jika tiada elemen "tanzim" atau sistematik dalam pengurusan arahan dan sinergi kekuatan antara pimpinan di atas dan tentera di bawah, itu bukanlah "jamaah", itu adalah "jam'iyyah" atau persatuan biasa."
Antara dalil-dalil tersebut adalah :
“Sesungguhnya Allah mengasihi MEREKA yang berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan yang TERSUSUN RAPI, seolah-olah mereka sebuah BANGUNAN yang tersusun kukuh.”(As-Saff : 4)
“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana kambing yang JAUH dan TERPENCIL. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid”(Hadis riwayat Ahmad)
“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jamaah walaupun sejengkal, sesungguhnya ia telah menanggalkan Islam dari LEHERnya. sekalipun ia solat, berpuasa dan menyangka dia Muslim.”(Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Hibban)
“Beriltizamlah dgn jemaah Muslimin dan pemimpin mereka.” Huzaifah bertanya lagi: “Jika tidak ada jamaah dan imam?” Katanya: “Maka tinggalkanlah semua kumpulan yang ada sekalipun engkau terpaksa "berpaut dengan akar pokok" sehinggalah kamu mati dalam keadaan begitu.” (al-Hadis as-Sahih)
Dan banyak lagi dalil-dalil lain.
Kenapa pula ayat-ayat berjamaah banyak dalam bentuk "penceritaan" sebuah "pasukan" agama Allah ?
Contohnya :
“Dan ingatlah ketika Isa bin Maryam berkata kepada Hawariyyun, siapakah dari kalangan kamu yang mahu menjadi pembantu agama Allah ? Berkatalah Hawariyyun : Kamilah pembantu agama Allah”(As-Saff : 14)
"Merekalah (Al-Kahfi) pemuda-pemuda yang beriman teguh kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk Kami kepada mereka, dan Kami ikat hati-hati mereka ketika mereka bangun (di hadapan Daqyanus) lantas menyatakan : Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi..." (Al-Kahfi : 21)
Kenapa cerita ?
Kerana cerita di dalam al-Quran semuanya adalah peristiwa yang benar-benar telah berlaku. Hanya kesarjanaan manusia sahaja yang lemah untuk mencarigali dokumen-dokumen yang benar mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah.
Cerita atau kisah di dalam al-Quran mahupun hadis adalah "historical facts" dan "universal prove" yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, termasuk pejuang Islam. Sebab itu musuh-musuh Islam cukup takut jika umat Muhammad ini membelek sejarah mereka di era 300 kurun yang pertama. Sebab itu tidak pelik musuh-musuh Islam menjadikan perpustakaan dan gedung ilmu umat Islam sebagai sasaran serangan dahsyat mereka dahulukala.
Jangan kita lupa pada 1257M tentera Mongol diketuai oleh Hulagu Khan menerajang Baghdad dan memusnahkan 'Bait al Hikmah', sebuah perpustakaan awam pertama di dunia yang berjaya membongkar (terjemah) khazanah ilmu dari Greece dan Yunani. Adalah dikatakan dalam serangan Hulagu Khan, sungai Tigris menjadi warna merah bercampur darah manusia. manakalah Euphratis menjadi hitam selama 6 bulan kerana dipenuhi arang dari kitab-kitab ilmu yang dimusnahkan. 200,000 orang insan tidak berdosa dari kalangan penguasa, profesional seperti hakim, jurutera dan para ilmuan lain menjadi korban. Seluruh tamadun yang dibangunkan oleh Islam musnah.
Atas sebab itulah ,kita jangan mengabaikan soal sejarah dan juga kisah2 generasi silam kerana kemenangan generasi dahulu hadiri keran kekukuhan perpaduan,disiplin organisasi dan kejelasan visi atara orang yang memimpin dan yang dipimpin.SEJARAH TIDAK AKAN MENIPU DAN PASTI BERULANG..indah bukan bisikan Illahi mengenai jamaah?
NABI UMPAMA PAKAR PSIKOLOGI
Ya, kita mungkin kagum dengan kata-kata terkemuka pakar-pakar leadership training iaitu “It’s easy to get the players; but getting them to play together that’s the tough part.” Namun lupakah kita Nabi Muhammad S.A.W sudah menyatakan suatu analogi indah mengenai asas kepada kekukuhan jamaah dan organisasi apabila menyebut “Perumpamaan orang-orang beriman itu dalam berkasih sayang, mereka ibarat satu jasad. Apabila mengadu sakit salah satu anggota, satu jasad akan terasa demamnya”.Indah bukan bicara Nabi S.A.W. Nabi sedang berbicara seolah-olah terserlah pada baginda seperti seorang pakar psikologi dan sakit "jiwa" dalam birokrasi organisasi. Nabi cuba menggambarkan kelemahan seseorang atau sesuatu lajnah dalam jamaah itu sebagai "sakit" yang mesti dirasai (empati), bukan sekadar diketahui (simpati). Nabi cuba menyatakan kepentingan "helicopter-view" (mission-centrix) berbanding "street-view" (lajnah-centrix) kepada penggerak amal Islam yang bernama mukminin ini.
Kenapa Nabi cuba menyentuh soal emosi dan elemen "rasa" sakit itu ? Kerana di sinilah kita akan ketemu "the root causes" atau "the real problem" dalam karenah berorganisasi. "Penyakit hati" dalam jamaah sukar untuk dikenalpasti, melainkan ia terzahir dalam bentuk tindakan yang sama ada komited atau pasif sebagai penggerak jamaah.
Itulah uniknya Nabi. Baginda tidak mahu berbicara seperti pakar-pakar pengurusan Barat yang hanya banyak menyebut mengenai masalah pengurusan organisasi secara "external treatment" atau "surface side" sahaja. Stephen R Covey sendiri menulis Tabiat ke 8 walaupun telah terkenal di dunia dengan formula 7 Tabiat Manusia Berkesan tersebut. Rupanya Tabiat ke 8 muncul sebagai satu percubaan beliau untuk masuk ke dalam "jiwa" manusia, menyelami "suara hati" para pekerja organisasi dan mula berbicara mengenai "the God Spot" dalam otak manusia.
Itulah mukjizat ayat-ayat dan hadis-hadis mengenai "jamaah". Kenapa ayat-ayat yang berkaitan alam semesta, kejadian manusia dan segala aspek saintifik di dalam al-Quran sahaja dilihat sebagai mukjizat ?
Nah, wahai-wahai pejuang-pejuang Islam, saksikan dan saksikan mukjizat ayat-ayat, hadis-hadis Rasul mengenai jamaah. Jangan hanya sekadar menghafal untuk tujuan "selamat" bila ditanya oleh pimpinan di atas. Rasalah mukjizat itu di dalam hatimu, emosimu, jiwamu. Lantaran al-Quran itu mukjizat secara holistiknya. "Kami tidak menurunkan al-Quran itu untuk menyusahkan hatimu." (Taha : 2)
Seseorang tidak akan tahu cara mengukuhkan bangunan melainkan perlu ada sedikit keilmuan dalam senibina (arkitek) ataupun kejuruteraan (engineer). Seseorang tidak akan tahu mengenai fenomena serigala (karnivor) yang memakan kambing (herbivor) yang berseorangan melainkan perlu ada sedikit keilmuan mengenai sains gunaan (kajian haiwan). Seseorang tidak akan tahu mengenai kepentingan akar pokok melainkan perlu ada sedikit ilmu mengenai sains pertanian (botani). Seseorang tidak akan tahu kenapa jika salah satu anggota tubuh itu ditimpa sakit, maka seluruh tubuh boleh berlaku demam jika tiada sedikit ilmu mengenai tubuh badan (biologi).
Nah, wahai-wahai pejuang-pejuang Islam, saksikan dan saksikan mukjizat ayat-ayat, hadis-hadis Rasul mengenai jamaah. Jangan hanya sekadar menghafal untuk tujuan "selamat" bila ditanya oleh pimpinan di atas. Rasalah mukjizat itu di dalam hatimu, emosimu, jiwamu. Lantaran al-Quran itu mukjizat secara holistiknya. "Kami tidak menurunkan al-Quran itu untuk menyusahkan hatimu." (Taha : 2)
No comments:
Post a Comment