Thursday, February 23, 2012

mencari gen badar-ISK siri 2

lambakan kisah sejarah,pejuang Islam miniti di bibir2 para pencinta Islam..tapi aku tentang tapisan2 terakhir dalam perang badar..perang pertama islam..selama bertahun2 umat islam disiksa,tetapi ketika mendapat seruan  perang bukan sekadar membalas dendam tetapi untuk menebus hak orang Islam yang dicabul kaum musyrikin..dengan berbekalkan tiga ratus tiga belas orang (313 atau 314 atau 317 orang) 82 Muhajirin (83 atau 86 orang) al-Aws seramai 61 orang dan 170 orang al-Khazraj, mereka tidaklah begitu bersiap sangat dan tidaklah membawa peralatan yang selengkapnya, tunggangan mereka hanya dua ekor kuda, kuda al-Zubair bin al-Awwam dan kuda al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, manakala unta bersama mereka hanya tujuh puluh ekor yang ditunggang secara bergilir untuk dua atau tiga orang, Rasulullah bergilir dengan Ali dan Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi dengan seekor unta.berbanding dengan tentera musyrikin..kalau nak diikutkan proportion para pejuang islam mungkin hanya 3% atau ada fakta mengatakan 15% terhadap tentera musyrikin laknatullah.Kekuatan tentera Makkah pula dikatakan terdiri dari seribu tiga ratus (1,300) askar pada permulaan, dengan seratus ekor kuda, enam ratus perisai, manakala unta terlalu banyak bilangan yang tidak dapat dipastikan anggaran dengan terperinci. Pemimpin agung mereka ialah Abu Jahal bin Hisyam, makanan dibekal oleh sembilan orang kenamaan Quraisy, mereka menyembelih kadangkala sembilan atau sepuluh ekor unta sehari.mereka hanya berbekalkan janji dari ALLAH untuk meneruskan perjuangan ini..dan ALLAH menurunkan bantuan kepada tentera muslimin

Di masa itu Allah telah mewahyukan perintahNya kepada golongan malaikatNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku bersama kamu maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak Aku akan jatuhkan rasa ketakutan ke hati-hati orang kafir “.
(al-Anfal: 12)
Dan Allah mewahyukan kepada RasulNya di bumi, Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.
(al-Anfaal: 9)

akhirnya tentera Islam menang. Peperangan yang bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepada tentera Islam di mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus diberitahu kepada penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik dan yahudi yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kepada keagungan Islam yang bakal menguasai dunia. Mereka bertakbir dan bertahlil menyambut berita ini dan ada para sahabat yang terkemuka yang tinggal di Madinah telah menuju ke Badar bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada Rasulullah s.a.w. Manakala Sayyidina Othman pula mendapat berita gembira ini  ketika sedang mengkebumikan jenazah anak Rasulullah s.a.w Ruqayyah yang baru meninggal dunia. 
 Kemenangan ini telah meletakkan Islam agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar. Semoga semangat jihad Badar ini akan membakar semangat kita dalam memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah.  

ana tertarik melihat ketekunan tentera muslimin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH..ya ketika itu tidak ada jaminan mereka akan pulang semula ke sisi keluarga atau kampung halaman..dan tentera kafir juga sangat banyak dan ketika itu mereka juga tidaklah berada dalam persiapan yang begitu rapi sbb ini peperangan pertama..namun meletakkan segala harapan tubuh badan kepada Allah demi menegakkan agama ILLAHI..

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal yang bermaksud :

" Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut "

Firman Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud :

"Lambung mereka jauh daripada tempat tidurnya sedangkan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan mengharap dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka "

Perasaan antara al-Raja’ iaitu terlalu mengharap dan al-Khauf iaitu takut mestilah sentiasa kita sematkan dalam hati agar kita tidak terlalu yakin bahawa segala amalan kita samada solat, puasa, sedekah dan amalan soleh yang lain memang telah diterima oleh Allah sehingga kita tidak berusaha untuk memperelokkannya dan kita juga tidak boleh merasa terlalu takut segala amalan tadi sentiasa ditolak sehingga timbul perasaan malas untuk beribadat sehingga kita terus hanyut dengan maksiat. Kita mesti berada antara keduanya iaitu antara takut dan mengharap agar segala amalan kita tidak dilakukan sambil lewa serta ia dilakukan dengan penuh keyakinan dan ikhlas sambil mengharap  ia diterima oleh Allah


dan kini bilangan ISLAM ramai..di serata dunia..namun yang memberikan jiwanya sepenuhnya pada ALLAH dan mengorbankan jiwa raganya tidak ramai..yang menjadi pejuang facebook dan twitter dan mengumpul like dan follower teramai..namun di sebalik accaunt yang dicipta hanya ALLAH mengetahui sejauh amalan bergerak dengan amalannya.. dan seharusnya kita kaji balik siapa pejuang2 perang badar yang seramai 3% atau 15% yan menyerahkan diri kepada ALLAH sedang ketika itu mungkin hanya beberapa bulan mengenali agama ALLAH..siapa mereka dan apa yang menguatkan hati mereka..saya menyimpulkan cerita perang badar kerana saya ingin mengfokuskan tentang mengapa gen2 badar ini kita perlu kaji dan mengangkat sebagai pahlawan agama kita..mari kita selusuri kisah perang badar

highway para daie -ISK siri 1

highwayku menuju jannah




"ini sungguh kool","osem" ini smua ayat2 angel pkai gucci..fenomena ye daie ? mereka menghyperbolakan ayat menjadi suatu yang "cool" untuk seiring perkataan yang digunakan masa kini.. ohh,gunalah apa sahaja di medan dakwah abad ini emangnya kerana bkn mudah mengajak member2 yang super2 jahiliah ke medan dakwah..ohh,ada unsur ayat2 ana pada zaman purbakala dahulu...huuu..


ouhhh...btw,ana ada satu cerita menarik yang ana collect sana sini..baca cerita sampai habis n ana terangkan apa motifnya..




si A rindu pada mula2 membau hijrah Fillah.. ceritanya;pada 2 sungguh bersemangat tahap gaban,ni pegi sana,ceramah sana,ceramah sini,pkai tudung labuh bagai..huhuhuhu..seriyesly bila ALLAH bagi hidayah,rasa macam lost memories je tntg jahiliah dahulu..cuma ade la trauma sikit ..post2 bkan main islamik bagai,nak aje yg super ustazah..huuu,penangan hidayah.. then ade plak kakak2 naqibah yang bersungguh2 ajak kita pegi kesana sini bantu kita,dgr masalah kita..ohh rindunya dia.. sampai la kita diajak ke liqa nuqaba..lagi meletop2 semngat juang ..masa itu suma kerana ALLAH,baju2 nicole saiz S,kasut2 wedges 3 inci,selendang jarang2 suma campak tepi..baju beli baru,tudung suma ganti baru...wohooooo!! ini baru transformer.. ade satu ayat yang boleh membuat kita melakukan semua ini..IKHLASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!! ingat ,tanpa ikhlas takda satu pekerjaan pun yang mudah...


then masa berlalu....kerja makin bertimbun,tekanan sana sini


"rindu the old you"


kata2 kawan baik bisik2 hembus2 kat telinga...rindu the old ape???ana nk berubah ke jalan ALLAH..rindu ape? let me be.. shhhsssss jahiliah!! ada pula kakak2 yang sentiasa berdamping,tanya khabar,rasa betul ukhwah Fillah ketika itu ..n you? ukhwah ape kita..


 masa 2 balik saja umah,lecture note suma tutp..kerja dakwah kena teruskan..check facebook semua...siapkan proposal jaulah bagai...buka semua website "muharikah""iluvIslam""angelpkaigucci""zaharuddin.net""beautifulnara"errkkkk..
facebook biar kena tempat..dah kena tempat biar kena masa




.iklan..hehe..lecture note suma tinggal kemas dalam beg..besok bukak pu bole..kalo last minute pun bole dgn izin ALLAH..on9 sampai tahajud besoknya...pukul 3 tido on the dot....krohhhh..krohhhh,.ngantuknyaaaaaaaa nk bangun subuh..astaghfirullahalazim..jihad2...!! ade member ketuk bilik.tokk..tok....bangun,g skolaaa..."aku pening laaa,korunk gerak dulu" huhu..hari pertama,kedua ketiga dan berlarutan...banyak kelas terskip...then keluar result!!!!!!!!!!!! omai...astaghfirullahalzim..ya ALLAH,ini ujian..sabar2...sampai kena tegur dengan mentor...nk tau alasan apa yang kelaur dari muluttt???
"saya usrah,banyak kerja..nanti saya kurangkan aktiviti yerr" ikhlas yang naik menjulang turun tangga sikit2..


then member sekeliling tak tahan "hai,tau laa dah berubah,kita pun taknak tegur ke?" then ngadu kat naqibah..naqibah kata sabar separuh dari iman...then hari2 demi hari..kawan mula menjauh..tambah berpegang pula pada prinsip ghuraba "ISLAM ITU DATANG DALAM KEADAAN ASING,MAKA BERUNTUNGLAH ORANG YANG ASING" takpe,ana jadi ghuraba..takpe...saba2...


then sampai masa liqa nuqaba bertambah ahli..kecemburuan melanda di kalangan daie..naqibah mula beralih kasih...apa yang dibuat semua serba tak kena..dahulunya kakak2 nie yang tarik kita kesana sini mula beralih arah...beri perhatian pada orang baru...bila kita lambat sikit...futurrrrr! "lambat bergerak""dalam dakwah takda alasan" kalau lambat reply msg kat group,mula2 laa ayat2 kuar dari akhawat lain..haiya!!! dari dia rasakan dakwah penguatnya kini dia jatuhhhh...gedebukk! ya!! ketika itu si A mmg jatuh futur...kerana tekanan,cemburu,dan yang paling penting IKHLASSSSS grade A ketika..kalau dahulunya dia tak kisah jadi bahan cacian demi ISLAM,kini dia sensitif,dah malas jawab panggilan naqibah,buka youtube dah tak kearah ISLAMIK,baca kisah artis youuuu..dulu mulut berzikir,kini ? 


Apakah kamu tidak melihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya? Dan dia pula disesatkan oleh Allah di atas ilmuNya. Dan dikunci pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah)? Oleh itu, mengapa kamu mengambil peringatan? ( Jasiyah: 23)


persoalan :salah siapa???????????????????


ukhti ku,
jika dia dihujani dgn usrah demi usrah,tak semestinya dia boleh menjadi super daie gred A...Rasullulah S.A.W wafat dgn meninggalkan sahabiah yang mantap dan meneruskan legasi dakwah ke sluruh dunia..qudwah pada Rasullulah cukup menjadi buku/article/info kepada sahabatnya sehingga tercopy paste ciri2 pada Rasullulah kepada sahabiah sekalian dan diturun2 satu persatu..kita lah pewaris baginda..pewaris yang terpencil di Malaysia yang cuba menyebarkan dakwah kepada hati diulang HATI manusia bkn sekadar akal,bkn sekadar hafalan.. para ulama membaca berpuluh2 kitab sebelum menyimpulkan sesuatu hukum hakam..buku2,kitab yang terhasil pula dari solat sunat 2 rakaat sebelum penanya melakar kata2..dan kita pula sebagai manusia mengguna akal dan ilmu cetek hanya utk mengulas maksud ghuraba..kita diciptakan menjadi khalifah dan beribadah...fahami maksud kenapa kita diciptakan..bkn untuk mengasingkan diri dari semua manusia..kita ada hak yang perlu kita tunaikan..kepada ibubapa,pelajaran,amanah,orang sekeliling dan DAKWAH! 






kadang kita rasa terdengar hadis tentang sahabat.


Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah sesorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman. Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al- Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau- bauan yang busuk. 


dan kita takut kejahiliahan atau kepurbaan kefahaman dia tentang agama memercikkan kepada kita..so,kita tak nak kawan atau pun selalu menjauhkan diri darinya,,,sedang dia ada hak kepada kita..dan kita pun punya hak kepadannya...kalau kita menjauhkan diri dari seseorang yang pernah bertepuk tampar dgn kita..isnt it weird? to them..n to those yang tak faham agama akan menampakkan agama ISLAM menyekat persahabatan..kalau kita pergi usrah sehingga mengabaikan kawan kita,menceritakan keburukan dia,dan lain2,so ape beza kita dgn yang lain..siapa kata Rasullulah mengabaikan orang jahil..? Baginda juga mempunyai bapa saudara yang sangat baginda cintai meskipun tidak mati dalam Islam..inikan pula sesama kita..tapi jangan pula kita merendahkan iman demi nak bersama2 kawan kita...strategi menyentuh hati kawan kena terer ..


ade jam tapi sekadar accessory
dan ape cer pula dengan study? study amanah kan?amanah sbg wasilah untuk menyampaikan dakwah..masa akan terus berjalan dan berjalan..kalau malam kita sibuk di group daie sampai melupakan kita kena siapkan latihan untuk dibincang esok..dan tak tido..tambah2 pula sedar biological clock kita di waktu purbakala tido 6 jam cth..dan suddenly kita pula tido pukul 3..macamana nk bgn subuh dan g kolej dik non?then berazam dan berniatlah pada ALLAH utnk bagunkan kita tahajud dgn cara tido awall..tak guna terlepas subuh,dan qada subuh then sunat dhuha..tak ke umbang ambing..dan kamu juga sedang give wrong image to ISLAM...tak pegi kelas dan tak melaksanakan masa2 yang sepatutnya kamu peruntukkan sebagai pelajar..dan ketika gagal,alasan yang paling dekat adalah DAKWAH..sedarkah ketika itu ikhlas nya sudah hilang dong?


dan naqibah juga harus melanjutkan ukhuwah bukan atas dasar melambakkan manusia ke kandang dakwah dan bila dah dilambakkan dibiar tergolek2 di dalam kandang itu..mad'u macam baby,kadang2 merengek itu ini,keluar radio buruk..jangan jadika  prinsip ukhuwah FILLAH jika ia sekadar ukhuwah bersebab..dah dapat adik baru ,adik2 yang bertatih ini tergolek hilang kawalan..jangan bisa2 lontar perlian pedasss tiap kali mad'u tersalah,atau terlupa..ingat balik bila kita kutip dia dari highway menuju hijrahnya..ya,dia sedang berhijrah,mengusung smua beg2 baju dalam penghijrahan..dan tumpang kereta kita dalam medan dakwah..bisa2 dia turun dari kereta kerana kita dan berjalan kaki menuju balik ke tempat asal..logam itu ada pada semua manusia..tetapi harapan yang setiap 'baby' itu mempunyai logam juga mungkin tanggungjwb naqibah utk menerengkan padanya..kita bagai ibunya..sampai masa dia juga menjadi ibu..tapi dari mana skill keibuan itu dikutip,dari naqibah dan pengalamannya dalam dakwah sendiri..biiznillah..






Maksud hadith:"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."


ana cuma nak bagitahu ketika kita himmah kita menjulang2 berdoalah pada ALLAH agar iman kita setiap di tahap toppppp..sbbnya jangan kita pandang enteng pada iman kita..bisa2 saja jatuh terjunam2 bak air tin soya yang turun keluar dari vending machine..nyumm..jangan kita push himmah kita dalam dakwah sampai satu saat kita kata kita penat..sebab jalan ini amat panjang dan susah jika kita faham..tanpa kita berhenti dan bermuhasabah diri selalu..tapi yang melaluinya ada ganjaran syurga tak terlihat dek mata kat dunia tak terdengar dan tak terlintas kat fikiran..cer la antunna bayangkan lamborghini meluncur laju dari istana kamu di syurga dan straight away bidadari tumpang naik..idoklah begitu ghupenya kerana nikmat di syurga tidak terbayang dek mata..tapi request antunna adalah kuasa ALLAH..boleh jadi..dan selalulah refer terjemahan antunna supaya niat kita sentiasa di jalan lurus.jalan ini mmg disyariatkan untuk kita


"Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (QS. Ali Imran: 110).


Dan hendaklah muncul dari kalangan kamu suatu ummah yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya. (Surah Ali ‘Imran, ayat 104)

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalanNya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah (Surah al-Nahl, ayat 125).





 dan yakinlahh..


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 47:7


ana menulis tatkala ana yakin dikala ini ramai ar-rijal yang mempunyai himmah yang tinggi dalam menegakkan agama..namun IKHLAS amat penting kerana dgn IKHLAS laa kita melangkah ke pintu syurga..jadikan amalan penguat ikhlas,dan bukan dgn melambakkan amalan kita sure2 dah beli tiket ke syurga...wallahuallam..pesanan buat diri ini juga..


dan atas sebab itu ana amat menyarankan untuk kita setiap ungkap sejarah..sejarah siapa???ya sejarah kita! INI SEJARAH KITA! ini sungguh kool? kool la sgt...ye ke kool? tak ini bukan kool,bila anda menangis muhasabah diri dah tak kool anda..tapi iman kita mmg osemmm tym 2..



muhasabah:tertempekkah di hidung sendiri?

berjuang!!!! jangan biar nafsu jajah iman!

Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah
  2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
  4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang
Manusia akan menghadapi empat penarikan:
  1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
  2. Para ahli waris akan menarik hartanya
  3. Ulat akan menarik tubuhnya
  4. Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”
Dari Ali r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:
  1. Memberi maaf pada waktu marah
  2. Suka memberi pada waktu susah
  3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
  4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”
Dari Hatim al-Asom yang bermaksud:
“Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
  1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
  2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
  3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
  4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”
Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.
Ketahuilah,
Seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan suatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya.”

perkongsian dari shakirshafiee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...