Sunday, November 20, 2011

radio tertutup sendiri?

hari? jumaat..yaa,hari jumaat..Fuhh,hari itu ana ingat lagi,mmg ana sedikit stress..sbbnya ana tak ingat,tapi mungkin ana sedang pulang dari menghantar adik ke sekolah SAAS..dan mgkn ada beberapa kerja rumah tak settle..ya ALLAH berilah petunjuk...




ana tgh drive kreta trajet baba ana..kemudian,tangan ana gatal buka radio hotfm..telinga ana mendengar tapi fikiran ana merewang..lagu2 yang dipasang pun tak melekat di jiwa ana pun..ana dah nampak selekoh ke rumah ana,ana melalui masjid Sg Sekamat..Azan berkumandang..belum sempat ana berbuat apa2..


tiba-tiba..


RADIO TERTUTUP SENDIRI..!!


dan usai melalui kawasan masjid..


RADIO TERBUKA SEMULA..!!


SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAILLAHAILLAALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!


ana benar2 tersentak..ana tak sangka di kala jiwa ana celaru,ALLAH sudi turunkan secara halus peringatan buat ana..ana rindu padaMU ya ALLAH...

A053
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53)

Doa Rabitah



YA ALLAH,kuatkan ikatan di antara kami..
ana sayang Faten Salehah,Nur Hidayah ,Kak Wani,Kak Qlah,Kak Sham,Kak Lem,Kak Alyaa,Kak Shasha,Kak Aina,Kak Asilah..
antunna lah penguat ana ketika melayari penghijrahan hidup ana dengan izin ALLAH.. ana terasa begitu manis ukhuwah di antara kita mengharum dan mewangi..


Ana teringat jaulah,rindu kenangan itu..
Ukhuwah Teras Kegemilangan..








Ukhuwah Fillah Abadan Abada





ana mengenali jalan dakwah ketika memasuki dunia siswazah..dari situ ana mengenali beberapa insan yang banyak membantu ana dari semua segi..ketika ana baru masuk usrah,usrati /usrahmate ana begitu mengalukan ana..ana terpegun melihat naqibah ana yg sebelum ini ana tak begitu mengenalinya ..SubahanaALLAH,indah kata-katanya..begitu indah pemahaman tentang Islam..ana begitu gembira memasuki cyckle ini yang ana rasa begitu indah..namun perjalanan tak semudah itu..turning point ana hadir dari perasaan cinta kepada seorang yang begitu cintakan Islam..dan ana menafsir diri ana jatuh cinta kepada indahnya Islam..itu hanya tafsiran manusia kerdil seperti ana..ana juga ada jatuh bangunnya..namun yang indahnya tentang turning point ana bermula dgn solat malam..ana dapat merasakan keindahan yang indah membuai di dalam jiwa ana sehingga kekhusyukan itu menyebab ana tercari2 banyak perkara yang boleh mendekatkan ana pada jalanNYA..apa lagi ya? dan ana cari usrah..


selangkah demi langkah,ana dididik pula menjadi murabbi..ana mula belajar term2 baru..terkadang ana terasa ada sahaja perkara yang menguatkan ana untuk terus berjuang..apa ya? ya..dengan izin ALLAH, ia adalah UKHUWAH..

ana mengenali insan bernama Fatin Salehah dan Nur Hidayah..ana begitu sayang mereka..terkadang ana terfikir mengapa hati ana begitu terikat pada mereka sedang semasa di pusat asasi ana tidak kenal pun mereka,malah terjadi perkara yang membuat ana seolah-olah bermusuh dgn mereka..ia adalah ikatan harmoni yang tulus dari hati..ia adalah perasaan mawadddah warahmah dari Allah..ia adalah Ukhuwah Fillah Abadan Abada..Bila ana jumpa mereka ana peluk mereka dgn perasaan yang sungguh harmoni..kami mengikat tali persahabatan dengan melakukan aktiviti bersama,jaulah kekedah..di sepanjang jaulah,ana bercerita berbagai perkara dan begitu juga mereka..ini mengikat tali hati kami..jujurnya ana tidak awkward dgn mereka(yang terjadi juga pada akhawat lain),perasaan selesa sangat penting..ana sayang antum Fillah!!!


Hati ana sentiasa berkata ANA UHIBBUKUM FILLAH kepada mereka walau perkataan tidak terkeluar..tapi ana ingat pesan Rasullulah,kalau kita sayang seseorang,nyatakan kepada orang itu..insya ALLAH,ana akan sentiasa berusaha untuk ikut Sunnatullah..ya ALLAH,bantulah aku menyempurnakan syariat yang ditetapkan padaku dan mengikuti Sunnatullah..amin..


Selain itu ana mengenali pula senior bernama Norsyazwani..insan ini lah yang dekat di hati ana sepanjang mengenali apa itu dakwah..eratan tangan setiap kali kami bertemu mengalirkan cas2 positif yang membangkitkan rasa ingin berjuang,menyuntik semangat yang pudar..ya ALLAH,kau eratkan hubungan antara kami..kekalkan kemesraan kami di jalan dakwah ini..ya ALLAH,ana begitu menyayangi kak wani..kak wani banyak beri semngat pada ana bukan sahaja dalam wadah ini tetapi juga ketika ana menghadapi final exam,dia beri tuisyen pada ana terutama subjek pharmacology..dia suntik semangat pada ana..ya ALLAH Engkau bantulah aku dalam penghijrahan ini dengan menghadiahkan sahabat-sahabat solehah..


Ya ALLAH Engkau eratkan hati-hati kami..Ana juga teringat pesan Syeikh Hamid,Syaitan akan berduka cita teramat sangat bila umat Islam bersatu,dan akan bergembira bila umat Islam berpecah..dan ana sedar dalam Ukhuwah juga pasti diuji,cemburu,tersisih..tapi ana ingat juga pesan Syeikh Hamid



“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana kambing yang JAUH dan TERPENCIL. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid”
(Hadis riwayat Ahmad)
Ana begitu mengagumi Cara Rasullulah berukhuwah dengan sahabatnya.. dan semoga kami dapat mewarisi keindahan keharuman ukhuwah oleh Rasullulah S.A.W,junjungan kita..




Taklupa kepada naqibah ana,kak Syarifah Aqilah,ana melangkah sedikit demi sedikit juga di bawah bimbingannya..masakannya yang menyengat juga memikat hati ana terutama bihun singapore..ana kagum sangat dengan sifat keibuannya yang terserlah,sentiasa berusaha memastikan mutorobbi tidak jatuh..ana lihat dia hasil tarbiyah yang baik..


Dan kepada kak Syameem,kakak yang meminjamkan buku 'Jagalah ALLAH' yang ana tak pulang2 lagi..emm..ana sayang buku tu sangat2..terutama dari kakak yang mantap jiddan..kak Lem sang musician,kak shasha yang famous,setiap kali program ramai adik2 yang 'melekat' dgn kak shasha,kak Asilah yang comel dan artistic..dan kak Alyaa yang bak kata kak wani 'Idola saya'..kak aina=) semua pun idola saya selagi kita berada dalam jalan Allah..ana begitu merindui kakak2..


Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah
Terjemahan:  
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

dan kini ana sendiri melangkah menjadi murobbi..ana sedar banyak lagi perkara yang ana tak clear namun dgn izin ALLAH ana masih diberi kekuatan..ditambah lagi dengan kehadiran Kak Athirah,Naqibah ana untuk hurun maqsuuro..ohh ana lupa memperkenalkan usrah ana 'HURUN MAQSUURO' nama-nama yang diatas hanyalah separuh dari jumlah sebenar..ini adalah hasil tangan ana yang pertama sebagai tanda cinta yang kepada kehadiran insan-insan baru yang bakal menyinari hidup ana.. munirah,fina,hayati,hazirah,elis,faezah,aslah,alia,hafizah(kalau ana lupa maafkan ya).. dan terutama pada naqibah ana sendiri Puan,eh,,ukhti Athirah..ana kagum dgn enti,semangat perjuangan enti memperjuangkan dakwah fardhian..ana sendiri banyak ditarbiah olehnya..
Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
para bakal doktor yang dikasihi sekalian..moga kita semua bertemu di syurga kelak sebagai hambanya yang dinaungi..ya ALLAH..makbulkan doaku...
ANA UHIBBUKUM FILLAH=)
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA

*kepada yang ana tak tersebut namanya,insya ALLAH ana ingat dengan izin ALLAH..


makcik jam 2

besoknya ana datang menepati janji ana..
dari jauh ana lihat makcik sedang khusyuk baca Iqra
ana sentuh bahu perlahan2 
"makcik.."ana senyum..

"ya Allah,kamu yang hilang jam kan..makcik tertinggal di rumah,jom lepas Isyak,kita amek kat umah makcik"

"tertinggal?" desir ana dalam hati..
"takpa lah makcik(isyarat tgn dan mulut) ,kita solat sampai isyak kat masjid nie nnt kita pergi ambil"

makcik angguk tanda faham..alhamdullilah..

usai solat,kulihat di luar kelihatan hujan renyai2.nasib baik ana bawak payung..rakan ana yg antar ana ke masjid dah balik,ana cuba hubungi naqibah ana yg tggal berdekatan utk hantar ana..tetiba makcik menegur ana

"jom ,kita amek jam kat rumah makcik"

ana pun terus ikut,dengan selamba makcik meredah hujan

"makcik,mari sy payungkan makcik,makcik tak bawa payung ke masjid?"(isyarat tangan dan mulut)

"tak,makcik dah biasa redah hujan,jalan kaki dari rumah ke masjid"

hmm,subhanaALLAH,banyak pahala makcik ini..disepanjang perjalanan,aku cuba bertanya macam2 tentang makcik,dgn keadaan hujan,makcik mmg tak jelas apa yang aku perkatakan..akhirnya aku diam dan biar makcik bercerita

"makcik ini susah hati"

makcik buka cerita..makcik susah hati?
kasih ibu membawa ke syurga=)


"anak makcik tak solat,dah besar panjang,dah jadi pegawai,masih tak solat"
"dah macam2 makcik buat nak sedarkan"
"apa nak buat,makcik pun baru mula bersolat dalam 2 3 tahun ini"

Allahurabbi..ana tersentak mendengar ceita makcik,selalu dalam cerekrama saja ana tgk kisah sebegini

"dlulu makcik cantik,selalu kena puji,lupa lah pada Tuhan,skang dah tua baru nak ingat Tuhan,baru nk mula faham agama"

patutlah ana selalu tengok makcik baca Iqra,tidak terus baca Quran..tapi jgn cpat judge,dgr cerita dulu
.perbualan terhenti bila kami nk lintas jalan,kereta laju,namun makcik tetap cool dalam meneruskan perjalanannya..ana pula yang takut..Allahuakbar,bila ALLAH beri hidayah,ana dapat merasai yang makcik ini lebih mengejar pahala ALLAH dari bahaya lalulintas,hujan renyai,jauhnya perjalanan dari rumah dan masjid...ana pun dapat merasai perjalanan yang agak jauh bagi seorang yang dah berusia..sambil memayungkan makcik,kami masih meneruskan perjalanan

"makcik dah nasihat macam-macam anak makcik,tapi masih lagi tak faham..susah hati makcik"

akhirnya ana dan makcik masuk kekawasan flat ikut shortcut,agak gelap..tetiba ana terfikir ,bagaimana hati ana boleh tergerak ikut makcik?sedang ana tak kenal pun makcik ini..dapat pula mendengar ceritanya..bila hampir tiba ana lihat sekumpulan anak muda yang sedang lepak2 perhatikan ana dan makcik..masya Allah,tapi jgn judge,ana ingatkan diri sendiri..

bila ana tiba dalam rumah makcik,ana terkejut,ruang tamu lebih kurang bilik ana,rumah yang mungkin tidak sekemas biasa(kidrat seorang berusia)..kami disambut anak? cucu? makcik yang berusia 15 thun,lelaki..sungguh naif rumah ini,terdetik hati ana,betapa besarnya nikmat Allah pada ana,sedang ana masih punya rumah sewa 2 tgkat walaupun masih bergelar pelajar..masih punya kesempatan beli perabot..ya ALLAH,ana tak mampu ceritakan keadaan rumah itu..makcik persilakan ana duduk dan terus cari jam ana

"ini jam anak ye?"

Kehilangan harta benda tak bermakna
berbanding nikmat hidayahNYA
ana pun lihat 2 jam tersebut.bukan sama sekali..lantas ana geleng..makcik terus menyuruh anak?cucu? mencari jam yang ke 3..kasihan ana lihat,namun makcik bertegah supaya ana duduk sahaja disitu..

ana lihat di sekeliling rumah itu penuh poster azab meninggalkan solat,hidup selepas mati,lekatan2 lain di dinding tentang solat..mmg makcik bersungguh utk membawa anknya kembali ke jalan  Allah..juga buku2 ,majalah Islamik..makcik juga bersungguh mendalam Islam..cucu?anak? makcik itu berkomunikasi menggunakan buku dan tulisan...jelas,ana sungguh menggagumi kesungguhan makcik dalam berhijrah..ana teringat sabda Nabi..

Abu Hurairah ra. berkata :-
“Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya” [Riwayat Muslim, #2703].
Nabi bersabda dalam hadith yang lain :
“Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama-mana nyawa belum sampai ke lehernya”
masih tak jumpa..lantas ana beri nama dan no telefon kepada anak? cucu? makcik tersebut.lantas dia menulis dalam bukunya 'balik' dan tunjuk kat makcik..makcik faham dan menemani ana sampai ke suku jalan ke masjid..ana beri apa yang ana mampu...

SubhanaALLAH,begitu halus cara Allah memberi ibrah kepada ana..ana bersyukur..isu mudah "TAUBAT"..sebuah pertemuan penuh hikamah..ALLAHUAKBAR!!!!!
pengajaran=


  • kehilangan sebuah jam tu tak bernilai berbanding sebuah pertemuan yang membawa aku memikrkan mengenai sebuah kehidupan
  • bersyukur kita mengenali ALLAH di usia muda,di usia masih kuat untuk menjalankan perintahnya
  • Ampunan ALLAH maha meluas..MARI KITA DOAKAN ANAKNYA DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH
  • kadang-kadang Allah memberi ibrah dalam kehidupan melalui pelbagai cara,dia menunjukkan melalui anak-anak.mungkin Allah nk beri peluang makcik tu untuk menebus semula kisah2 lamanya dengan memberi pengajaran kepada anak-anaknya untuk mengenali Allah
  • Mungkin Allah tarik nikmat pemberian;pancaindera sbgnya utk menguatkan lagi ibdah kita,membebaskan dari hiruk pikuk sekeliling,kata2 manusia yg berbagai warna..insya ALLAH..ALLAH takpernah menzaliminya..bersyukurlah apa yang kita milikinya..
  • Mungkin diri sendiri yang melihat kejadian ini juga masih belum kenal erti syukur dan ALLAH membawaku kembali mengenalinya nikmatNYA yg maha agung..
  • SYUKUR YA RABB..

makcik jam

kisah makcik jam..

2 3 bln lepas jam ana hilang..baik..ana redha..terjadi sbb lepas solat zohor dkat masjid dkat kolej ana bergegas utk berjumpa saudara ana yang masuk icu smpi ana lupa soal jam..

1 bln
2bln
3bln 
4bln??(ana  xingat)

ana singgah kat masjid yg sama waktu maghrib ..habis solat,tiba2..

"anak ada hilang jam?'
tiba2 ada makcik ni tegur ana..

"jam??errrr"
"ada makcik"
"katmasjid nie"
kenapa ya?"
ana menjawab dgn penuh selamba(ana pun dah hampir lupa jam ana hilang)
lebih kurang macam nie ,tapi bkn tangan ana ya..


"kat umah makcik ada 3 jam makcik tlong simpankan,makcik rasa berdosa simpan lama,tapi makcik x bawak,nanti lepas solat ikut makcik balik rumah ya,dkat ja,flat depan UO saja"

kemudian ana berfikir,memandangkan ana pergi masjid pon menumpang,takkan ana nk susahkan kawan aku..baik ana dapatkan kepastian..kang tersalah pula

"makcik,jam kaler apa?jenama apa?"
makcik tu geleng kepala
aik?

makcik?

"makcik nie tak dengar nak,kuat sikit"

ana ulang pertanyaan ana sedkit kuat,tkut gangu orang dalam masjid

still -.-

kemudian dgn mengguna isyarat tgn(tkut soalan ana menganggu org dalam masjid

"makcik dtg sini besok?'

"insya ALLAH kalau makcik masih hidup makcik datang"
alhamdullilah makcik faham..sebaknya ana..syukur..

nnt sy datang besok ya makcik..
STOP,ana pun balik rumah..

bersambung..

Friday, November 18, 2011

10 muwasafat tarbiyah



1. Salimul Aqidah(Aqidah yang bersih)
  ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). 
2. Shahihul Ibadah(Ibadah yang benar )
 ‘solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.’  (HR. Muslim)
3. Matinul Khuluq(Akhlak yang kukuh)
‘Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).
4. Qowiyyul Jismi(kekuatan jasmani)
 Rasulullah Saw bersabda yang artinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).
5. Mutsaqqoful Fikri(Luas Dalam Pengetahuan)
 Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219). 
Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).
6. Mujahadatun Linafsihi
Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).
7. Harishun ‘ala Waqtihi(sangat menjaga masa)

8. Munazhzhamun fi Syu’unihi(Teratur dalam suatu urusan)

9. Qodirun ‘alal Kasbi(Memiliki kemampuan usaha sendiri )

10. Naafi’un Lighoirihi(Bermanfaat bagi orang lain )
 Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). 

Wednesday, November 9, 2011

Aku berjalan mencari kehidupan



Exam


Alhamdullilah,ana baharu sahaja menghabiskan exam CNS untuk 1st paper..semua lebih baik tapi ada satu soalan yang ana terbayang tangan ana menulis nota..tapi belum sampai visual utk jawapan itu di otak ana,,baru ana sedar keperitan yang paling hebat adalah ketika ana lupa apa yang ana baca..masya ALLAH,sedih betul ana..tapi ana sedar,segala yang berlaku mungkin peringatan bagi ana yang mungkin ana belum memahami subjek yang ana belajar..ya lah,untuk menjadi seorang doktor,kita perlu betul2 memahami sistem badan manusia,barulah kita boleh membantu orang lain..bila ana mengulangkaji pelajaran,terlinta di fikiran ana,bersyukurnya ALLAH pilih ana  dalam bidang perubatan ini,dapat ana belajar tentang tubuh badan ciptaan ALLAH ini..paling ana suka ialah belajar CNS(central nervous system)..sbb belajar pasal otak..tambah2 bila doktor crita mengenai orang yang mengalami masalah dalam sistem otaknya,dia hilang ingatan,tidak peduli mengenai dunia..teringat surah Iqra mengenai balasan ALLAH tentang orang yang tidak mahu berfikir..bersyukurnya ana diberi kan fikiran yang normal meskipun kadang-kadang ana nie pun cpat lupa..hehe..ada satu doa yang salu ana pohon iaitu semoga ana peka dgn keadaan sekeliling..bila kita peka,kita akan ingat..tapi kita tak amek kesah,maka kita tak mudah perkara 2..otak juga mudah detect bnda yang kita buat tetiap ari..sbb 2 ana practise dari skang utk buat perkara berfaedah(ana masih berusaha)..caranya anataranyacuba kita bayangkan yang kita ni dah pun jadi isteri orang..macamna kita nk bina baiti jannati kalau kita  pun tak terurus,bangun lambat,makan ikut sedap..yang paling utama kita bayangkan kita sdg buat permohonan nk jadi ahli syurga..pertama kita mesti tau ciri2 dia kan..ahli syurga mengumpat?tak..ahli syurga ada dengki2? tak..buat benda tak berfaedah? pun tak..ana belajar dari situ..lagi satu..kita bole tgk tahap kita bila kita bersendirian..apa yang kita buat ,bila kita buka laptop,apa yang kita search dulu..ana rasa ana byk juga kelemahan,tambah2 bila ALLAH beri masa lapang..ana rasa dalam 24 jam 2,macam2 kita boleh buat kalau kita kurangkan tidur dan lagha..perasan tak masa berlalu sangat cepat? so,ana tukar cara ana stadi..kalau ana rasa penat,ana bukak buku,tgk gambar..terutama utk anatomi..sbb otak kita sng detect gambar,kaler..dan lebih elok kalau ana selalu sebut bnda 2..cma ana masih tgh cari cara yang sesuai hafal pharmacology..benzodipine,amantidine bla2..ana paling ingat propanolol,sbb huruf 'n' 'l' kan nama ana..hehe..


kahwin


“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin
kepada
ukhti Fatimah Az-Zahra dan zaujnya..




hari tu ana menghadiri majlis perkahwinan kawan ana..kawan ana sejak dajah 4..11 tahun tak jumpa,dan bulan oktober dahulu ana bertentang mata dgn dia..dia beri ana kad perkahwinan..ana tak terkejut tgk dia dah kawen sbb sepanjang kami berhubung,ana tahu kebanyakan cerita dia,kesedihan dia..tentang impian perkahwinan dia..ana tak boleh bayangkan betapa berdebarnya dia menjalani proses akad nikah 2..bertentang mata dgn lelaki yang dia tak pernah contact..indah kan,kita simpan manisnya perhubungan antara lelaki dan wanita,dan bila kita dah ada ikatan yang sah,ALLAH beri hadiah perkahwinan untuk kita berdua iaitu kemanisan berumah tangga,hidup berdua..dia contact ana setelah 3 hari dia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri,dia cerita betapa baiknya suami dia,bahagia dan gembira..semua cerita kemanisan sdg sebelum dia akad nikah,banyak kesukaran dia alami,selalu contact ana..ana faham dan ana tolong apa yang ana mampu..fasobrun jamil


bilik baru


kuning=printer
purple=rak buku medical
hijau=side table. buku agama,al-quran,lampu tidur
pink=iron+iron board
ana dah ada bilik sendiri..alhamdullilah..kadang-kadang,ana tgk balik rumah ana ,besarnya ya ALLAH..ana pun fikir,apa yang ana boleh buat untuk rumah ni.ana teringin nk jadikan sebagai pusat usrah,rumah yang dihiasi perkara kebaikan,majlis ilmu..ana harap sgt malaikat menaungi rumah ana..ALLAH memberkati setiap inci rumah..berbalik semula kepada ayat pertama,ana dah ada bilik sendiri..alhamdullilah..sejak ana target bilik 2,ana dah buat room plan..hehe..ana lukis kedudukan almari,meja blaja,katil..yang pertama sekali ana cari kedudukan kiblat..then ana pastikan ada ruang yang besar di tgh bilik ana supaya ana boleh buat solat jemaah disitu..kedudukan lebih kurang macam ni..kiblat mengadap ke kiri(ikut gambar ni) ,jadi ada ruang besar..ana suka kaler hijau,jadi kebanyakan rak,langsir kaler hijau..ana suka nature,daun2,alam sekitar,tenang je..ana juga letak ambi pure lavender supaya sbg bauan dan aromaterapi dalam bilik ana..ana suka baca buku before tidor,so,ana beli side rack(sbg side table)sgt comel,supaya ana bole amek buku2 koleksi ana selalu..sekarang ana berharap agar ana boleh memanfaatkan kurniaan ALLAH sebaiknya..ana dah punya ruang utk ana belajar,berkarya dan melakukan pelbagai perkara..biar orang tak nampak,ALLAH nampak..ana gembira dgn warna hijau,sampai bilik ana kat kajang pun ana cat kaler aloe vera,hijau2 macam 2..warna kegemaran Rasullulah..dan menurut kajian,hijau improve side kita..hebatkan ciptaan Allah,daun2 kehijauan bukannya sia2 ALLAH pilih kaler 2,tapi ada kebaikan utk kita..ana rindukan ALLAH..



hati

lastly,doa yang ana amalkan supaya ALLAH menghalakan hati ana pada yang berhak memiliki..ana dah 20 tahun,dah ramai cucuk2 ana dgn persoalan 2..tapi ana tak mahu tersilap langkah,ana mahu menmpuhi kehidupan sebagai gadis dgn penuh hikmah dan memberi qudwah kepada orang lain..fastabiqul khairat=).. ana akan tunggu mawaddah warahmah dalam pembinaan rumah tangga ana yang ana taktahu bila..byk lagi ana perlu belajar..semoga dalam perjalanan,jika ada ,ana terima,jika lambat,pun ketentuanNYA..Allah yang jaga ana..ana tak perlukan mana2 lelaki bukan muhrim yang angkut ana kehulu hilir tanpa urusan yang sah..ana yakin ALLAH ada untuk ana..kalau ana susah,ALLAH sedang memerhatikan ana..ana tak perlu perasaan 'SELAMAT' dgn adanya boyfriend..tolong doakan ana istiqamah..kalau kita tak belajar selamat dan tawakal kepada ALLAH sekarang,kita akan meletakkan harapan dan rasa 'SELAMAT' kepada yang tidak sah..bukankah itu syirik kecil?nauzubillah..kalau kita meletakkan rasa 'GEMBIRA'pada keduniaan,maka keduniaan yang akan datang kepada kita..nauzubillah..takutnya ana..
"Matlamat tidak menghalalkan cara**
(Qs. 29:3)"



ana yakin.. 

 "alaa bizikrillah tatmainnal-qulub.. hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" [13:28]

kepada dia


"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." -imam an-nawawi.

sampai sini..


salam perjuangan 

mujaheedah seorang gadis






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...