Friday, September 9, 2011

ERTI KEBAHAGIAAN

APA ERTI KEBAHAGIAAN??

bgku,definisi kebahagiaan adalah penantian yang berbayar..

kebahagiaan diekspresi dari berbagai cara..sesetengahnya hati yang berlapang dada,senyum sampai ke telinga,tangisan sbb terlalu gembira atau perasaan untk menghebahkan sesuatu kepada semua orang

sebagai contoh..

*ibu yang terlalu gembira atas sbb anaknya pulang beraya di kampung setelah sekian lama berada di negara orang

*peminat harry potter yang gembira atas sebab dapat menonton filem itu di pawagam pada hari pertama tayangan

*seorang gadis yang gembira menunggu mesej dari teman lelakinya setelah seharian menunggu..

*peminat beg channel yang gembira memiliki beg tersebut setlah sekian lama mengumpul wang

* peminat bola yang bersorak kegembiraan setelah sekian lama menanti gol yang pertama(walau beberapa minat

*penduduk tanah melayu yang menangis kegembiraan setelah mendengar laungan kemerdekaan dari Tunku Abdul Rahman apabila penantian melihat kebebasan tanah melayu dari genggaman penjajah tercapai.

* seorang pelajar yang melompat kegembiraan melihat keputusan cemerlang SPM nya setelah beberapa bulan menunggu keputusan

kesimpulannya,kebahagiaan itu berasal dari sesuatu penantian yang berbayar .. penantian itu bukan dedifinasikan dalam satu tempoh masa;minit,jam,hari,tahun kerana jika kita dalam penantian satu minit boleh rasakan lama sepertimana peminat bola sepak menanti gol pertama.. 

kebahagiaan itu adalah satu anugerah daripada ALLAH yang dicampakkan ke dalam hati manusia..dan manusia mengekspresikan dalam pelbagai cara..ALLAH S.W.T mengetahui fitrah manusia serta maha mengetahui sumber-sumber kebahagiaan setiap hambaNYA..Sumber kebahagiaan setiap manusia berbeza..kegembiraan seorang peminat bola sepak tidak sama seperti kegembiraan seorang peminat jenama pewangi Channel..begitu juga kegembiraan seorang ibu tidak sama seperti kebahagiaan seorang kekasih..ALLAH itu maha penyayang ,DIA sentiasa meminjamkan kebahagiaan dan memenuhi fitrah manusia..sepertimana kita menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa..ALLAH taala menganugerahkan suatu hari untuk umat manusia bergembira dalam fitrahnya,berjumpa sanak saudara,memakai baju baru dan bermaaf-maafan..begitu dekat dengan maksud aidilfitri'kembali kepada fitrahnya'..subhanaALLAH

sesungguhnya ALLAH itu maha penyayang..apabila manusia menanti sesuatu,penantian itu pasti diiringi dengan pengorbanan,halangan-halangan dan sedikit kesusahan..di dalam penantian itu diiringi dengan pelbagai usaha manusia mengatasinya seperti bersabar,berdoa ataupun sebaliknya..jika kita lupa pada ALLAH,kita membalas penantian itu dengan cacian,keluhan atau mengambil jalan mudah dengan melakukan kemungkaran..dan setiap penantian pasti ALLAH bayar..jika Allah redha,kita akan mendapati penantian kita dibayar dengan sesuatu yang menggembirakan dan diiringi juga ketenangan..namun jika kita menanti dalam dosa,sesungguhnya kegembiraan kita diiiringi dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan..nauzubillah

kenapa kebahagiaan dikaitkan dengan cinta?


kerana cinta kepada sesuatu menjadikan manusia bahagia apabila berjaya mendapatkannya..
sebagaimana..


*bahagianya seorang ibu setelah melihat anaknya lahir ke dunia..
*bahagianya seorang wanita melihat kekasihnya..
*bahagianya seorang peminat bola melihat kejayaan pasukannya..

kita bahagia apabila mendapat cinta..namun tahukah mengapa timbulnya rasa cinta.? tidakkah merasa pelik apabila kita rasa cinta pada sesuatu tidak pada sesuatu yang lain..jika cinta pada manusia,kenapa kita cinta pada si A bukan si B..kenapa terjadinya cinta buta? berbunuhan sebab cinta? seorang peminat bola membaling kerusi pada peminat pasukan lain? mengapa ya? cinta itu lahir dari hati manusia..ia datang dari ya rabbul Izzati..ALLAH S.W.T..ALLAH mengkehendaki cinta itu hadir pada jiwa kita,maka bersyukurlah kita dikurniakan cinta..kerana dari cinta datangnya kebahagiaan..samada kebahagiaan hakiki atau duniawi

bagaimana mendapat kebahagiaan hakiki? apakah itu?


kebahagiaan hakiki apabila kita bahagia dalam ketenangan kedamaian..tangisan lahir sebab kesyukuran,hati tenang,senyuman penuh bermakna dan membahagiakan orang sekeliling.. syaratnya adalah dengan mencinta apapun di dunia ini kerana ALLAH.lillahitaala...insya ALLAH,cinta dan bahagia yang hadir original dari ALLAH,bkn permainan nafsu..

apa pula yang dikatakan kebahagian duniawi??

apabila kita rasa gembira tapi sementara..apabila cinta itu dekat dengan kita,kita gembira..apabilamenjauh kita menderita..dan apabila kita mendapat cinta,kita rasa tidak cukup..kita mencari dan mencari..maka penantian yang menghasilkan bahagia itu tidak cukup...dan tidak pernah mencukupi..itulah kegembiraan hasil permainan nafsu syaitan..pernah lihat seorang wanita bergayut berjam-jam dengan kekasihnya? kenapa berjam-jam? kenapa hati dia terikat?siapa yang mengikatnya..? sesungguhnya cinta itu fitrah,namun melakukan perbuatan yang menyalahi syariat menghasilkan kebahagiaan yang berdasarkan nafsu durjana..nauzubillah...

berbahagialah manusia yang diberikan kebahagiaan
sesungguhnya bagi saya kebahagiaan yang sejati apabila kita rasa bahagia apabila mengingati ALLAH,beribadah,berzikir dan melakukan sesuatu Lillahitaala..
apabila kita bersendirian,kita rasa bahagia..
apabila kita ditimpa musibah,kita masih bersangka baik..
apabila kita ditinggalkan manusia yang dicintai,kita bersabar dan redha..
apabila kehilangan,kita bersyukur.,
subhanaALLAH..

itu lah kebahagiaan yang sebenar..dan nikmat didunia ini hanyalah sedikit dibandingkan nikmat di syurga..jika di dunia kita rasakan kebahagiaan yang melimpah ruah,apatah lagi di akhirat sana..indahnya..

ceritaku mengenai bahagia..

"aku rasakan bahagia apabila aku mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka..lulus peperiksaan,dibelanja manusia..namun terkadang aku meraikannya dengan jalan tidak sepatutnya..dan kebahagiaan itu berakhir dengan kesedihan..sebagai contoh,aku meraikan lulus peperiksaan dengan  berbelanja galak di shopping complex,sedang di hujung hari aku mendapat kemalangan kerana terlalu letih..masya ALLAH..ketika itu baru aku sedar,kebahagiaan hanya pinjaman..dan pinjaman itu perlu diraikan dengan kesyukuran..ade yang pernah berkata "jangan terlalu rasa gembira,kelak besoknya berduka" aku tolak perkataan itu kerana kegembiraan jika kita mahu berkekalan,maka raikan dengan kesyukuran..balikkan pemberian itu kepada pemberiNya..insya ALLAH berkekalan.."

"aku juga pernah merasa bahagia dicintai lelaki yang aku cintai..namun pedihnya kerana hati ini selalu mengingatinya..semua orang berkata cinta itu fikrah,dan kita seharusnya melafazkan pada yang dicintai..aku tolak juga kata-kata itu..balikkan kesyukuran kepadaNYA kerana setinggin mana indahnya cinta yang kita rasa,itulah nikmat perasaan dari ALLAH..jangan raikan dengan perkara yang menimbulkan kemurkaannya seperti berbual sampai timbul syahwat..semakin tinggi perasaan itu,semakin aku jauhkan diri daripadanya..selagi ia tidak halal bagiku..pengorbanan itu pedih,kerana kita bawa hati kita dimana-mana..namun selagi kita percaya ALLAH akan membalasnya,insya ALLAH,ALLAH balas dengan kemanisan iman..indahnya subhanaALLAH.."

aku percaya pada janji ALLAH tentang pengorbanan..kerana penantian pasti menimbulkan kebahagiaan..aku bersangka baik terutama tentang jodoh yang ditentukan ALLAH buatkan..aku tidak berhias sebagaimana wanita lain,aku tidak berkenalan sebagaimana wanita lain..aku bertawakal kepada ALLAH bersama doa kerana aku yakin ALLAH tetapkan yang terbaik buatku..insya ALLAH...

sebagaimana penutup..aku selitkan ayat AL Quran mengenai kebahagiaan..khas utk penerima kebahagian hakiki..



"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
 Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya."

Al-Qamar:54-55





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...