9.9.2011-12am...
aku sedang melayari internet ketika ini...sedang aku sibuk membuka laman-laman sesawang,pooppps,tertera satu mesej di telefon bimbitku..
"salam awak,ini *****.gdluck."
ya ALLAH,hatiku berdegup laju...menggigil badan..terasa bahagia saat ini..senyum lebar..hati berdegup laju..masya ALLAH..tanda apakah ini...sedang aku sering bermujahadah menghapuskannya dari kotak memoriku..mengapa masih ada sisa-sisa cinta dalam hatiku?
aku segera memblas..
"wassalam,gudluck untuk apa?"
segera dia menjawab
"untuk apa2 yang awak lakukan"
dan aku membalas lagi menanyakan tentang status pendidikannya,namun mesej tak berbalas..sedang aku pasti dia membaca mesejku..namun aku tidak pantas bertubi-tubi memaksanya membalas mesej kerana aku sedar hubungan kami tidak halal dan mengapa aku harus membiarkan jiwa ini dipaku dengan perasaan itu lagi..makanya,aku berbicara dengan seorang sahabat,maka dia menyarankan aku fokus terhadap tugasku sebagai naqibah dan pendakwah..dan setelah aku fikirkan,aku padam semua mesej serta nombornya...benar,aku harus berpijak pada realiti,jangan terpedaya godaan nafsu serta kuat pada mujahadahku..walaupun dialah lelaki yang bertakhta di hatiku...
********************************************************************
2010..
jari jemari pantas menegur seorang teman,bukan teman biasa,namun teman yang bertakhta di hati..namun perasaan itu disembunyikan darinya..sedang aku bukan lah gadis yang pemalu dengan lelaki,namun dengan dia,aku terasa sangat pemalu..tidak sabar aku menanti pesanan2 yang dititipkan padaku..seperti biasa ,aku menjadi pendengar setianya,mendengar segala luahan hatinya mengenai kehidupan seharian yang dilakukannya..mengenai kawan2,ibu,bapa,adik2, dan juga tentang dirinya..yang amat menyentuh hatiku mengenai betapa kasihnya dia kepada kedua orang tuanya..terutama ibunya..katanya,dia sangat kasihkan ibunya,tidak sanggup menyakiti malah begitu manja kepada orang tuanya..sedang aku tidak begitu rapat dengan ibuku..aku tersentak..kemudian dia sering mengagungkan idolanya,Rasullulah S.A.W..aku bagaikan mendengar sebuah ceramah agama,bagai seorang anak murid mendengar pesanan kiainya..ada sahaja pesanan dititipkan kepadaku..dia membibitkan ingatan mengenai agungnya seorang wanita solehah..dia gambarkn wanita solehah bagaikan bunga yang terjaga,samada dari segi auratnya,mahalnya harga diri,ketinggian ilmu ..dia sukakan wanita yang bertudung melebihi bahu dan berstokin..owhh..aku tersenyum..mengapa perlu wanita sampai berstokin..aku mendengar lagi dia menceritakan mengenai harga diri wanita..wanita solehah itu bagai perhiasan dunia..wahhh...bagaimana ummul mukminin,saidatina Aishah menyembunyikan kasut demi merahsiakan saiz tapak kakinya..begitu tinggi nilai wanita yang selayaknya untuk junjungan besar manusia,yang maksum,Rasullulah S.A.W..begitu rupanya..kemudian tiba2 aku teringat kehadiran ibu bapaku ke penang minggu hadapan..dia begitu gembira mendengar berita itu dan menyatakan harapannnya untuk berjumpa kedua ibubapaku..dia juga sering membayangkan untuk duduk semeja berborak dengan bapaku..masih ada sisa2 lelaki sebegini dalam zaman moden begini..?fikirku..
tup2..aku mendengar dari rakan sebilikku,mengenai dirinya yang sudah menyeterika baju untuk persiapan berjumpa ibu bapaku..sedang tempoh hari aku hanya bergurau..mana mungkin aku mengenalkan lelaki yang baru aku kenali kepada ibubapaku,sedang sebelum ini aku tidak pernah bercerita mana2 lelaki kepada orang tuaku..semua ini mustahil..namun perkara ini menimbulkan salah faham,dia menggagap aku memainkannya..pada ketika ini aku berfikir,mengapa penting dia berjumpa orang tuaku?siapa aku di hatinya? aku begitu tidak senang duduk maka aku terus menelefon rakannya untuk memujuknya..mengapa aku berbuat begitu?aku pun tidak faham apa yang aku rasa ini..aku juga terus menelefon ibuku mengenai hal ini..ibuku terus ketawa,yalah,mengapa seorang yang bergelar 'kawan' begitu berani berjumpa ibuku..aku buntu,namun alhamdullilah perkara itu selesai...
dia begitu selesa bercerita padaku..ada satu ketika aku tersa dia suka sangat bercerita mengenai kebaikannya..dia terlalu sempurna berdasarkan ceritanya..katanya ramai meminatinya..cemburu juga aku..namun aku muhasabah diri kembali.. aku tidak mampu menilai seorang manusia,dia jujur atau tidak,aku serahkan pada ALLAH S.W.T..kerana aku mendapat banyak kebaikan dari pesanan-pesanannya..kalau dia tidak jujur sekalipun,sekurang2nya aku telah pun memperoleh kebaikan..itulah jawapan ku pada teman2 yang mempersoal tentang dirinya setiap kali aku berbangga terhadapa persahabatan kami..
kami jarang berhubung,namun setiap kali berhubung,aku dapat rasakan dunia kami bersatu..yang penting aku sudah mula membuka mataku tentang kehidupan,jika sebelum ini aku memakai pakaian dengan niat supaya lelaki tertarik kepadaku..namun kini aku sedar auratku pada lelaki yang sah sahaja..kalau aku sayangkan sesuatu,aku patut hadiahkan kepadanya diri yang suci dan mahal bukanlah diri yang sudah lapuk di mamah pandangan nafsu lelaki..sikapnya yang suka membahagiakan orang sekeliling menyedarkan aku betapa bahagianya jika kita dapat membahagiakan orang sekeliling kita,dengan senyuman,sikap,gurauan bertapis..aku juga sedar lelaki tidak begitu menghormati..dulu aku senang diajak lepak,diajak bergurau dan lain2..namun aku juga perlu sedar jika lelaki menghormati kita,kita tidak akan mudah diajak melakukan perkara lagha,makruh mahupun haram..subhanaALLAH,hati ini juga mulai tenang dengan ibadah qiam..aku tidak pernah menggagap keperluan melakukan qiam sebelum ini..namun mengenalinya,aku terasa begitu faham mengapa aku bersolat,berdoa,belajar,beribadah dan bersyukur...
dia begitu berbeza,dia menakluk perhatianku melalui agamanya..perhatiannya padaku begitu menyentuh hatiku..kadang2 aku rasa buta dalam perasaan ini..aku bersedia menjadi isterinya sedang realitinya dia...
dia...dia tidak begitu bernasib baik,ditimpa musibah,..pendidikannya terjejas..sehingga kini,dia masih mencari
ruang belajar semula setelah meninggalkan universiti lamanya..namun bukan itu yang aku pandang..aku hanya mahukan dia dan agamanya..kerana kehadirannya membuatkan aku menghargai orang sekelilingku..aku meyayangi orang sekelilingku..dan yang paling penting aku menyayangi ALLAH..
pada suatu hari,dia meluahkan segala perasaannya padaku melalui ym..aku begitu terkejut dan malu sekali..namun begitu,katanya sebelum memulakan kata2 nya,segala yang diluahkan itu adalah kata2 terakhir dan patut dilupakan sejurus dia offline..setelah semuanya diluahkan,kami hanya kawan biasa yang tiada perasaan antara satu sama lain..namun katanya dia berjanji menjagaku sehinggalah walimahku..katanya juga,perhubungan kami ini harus dikawal sebaiknya kerana ia perhubungan yang tidak sah..dan setelah itu,dia memulakan kata-kata yang sungguh indah,menitipkan kata2 cinta yang tidak ada tolak tandingnya kerana aku juga memiliki perasaan yang sama..dia membayangkan kehidupan berumahtangga kami yang dipenuhi syariat agama..pada ketika itu aku berasa akulah manusia yang paling indah..namun di akhir2 perbualan,begitu menyedihkan..aku menangis..aku dan dia berjanji tidak menyeret masing2 ke lembah kemaksiatan..maka itu segala perasaan perlu dihilangkan..dan offline..
setelah perbualan malam itu,dia sudah mula ingin memutuskan sahaja komunikasi antara kami..aku juga sedar sudah tiba masanya..namun yang aku sedihkan tidak ada harapan bagiku menjadi yang sah baginya kerana katanya tahap pendidikan aku terlalu tinggi dibandingkan dengan dirinya,seorang yang diuji ALLAH siang dan malam..ujian apa,rahsia antara aku dia dan ALLAH...dia juga masih terkial2 menghabiskan pengajian sedang aku sedang rancak meneruskan pengajian..kata2 nya begitu menampakkan putus asa serta tidak yakin tentang kesanggupan..sedang diri ini begitu bersedia menjadi yang sah baginya..namun kerana sifat malu yang menebal,aku tidak mampu untuk memberitahu padanya betapa aku berjanji taat setia padanya kerana ALLAH..akhirnya,dia memutuskan sahaja komunikasi antara kami..kami tidak lagi berhubung......
********************************************************************
beberapa bulan sudah berlalu..aku juga sudah bangun dari tangisan2 itu..aku juga bangkit dengan kesedaran bahawa segala yang terjadi adalah mahabbah dari ALLAH bukan musibah..ALLAH sayangkan aku,maka dia tarik dia dari hidupku..aku juga bersyukur kerana mengenali kakak2 senior yang juga berada dalam arus dakwah,menaikkan semangat dan memabantu dalam pengajianku..kini aku begitu terisi dengan aktiviti dakwah ibadah,usrah dan pengajian perubatanku..ya,ia sungguh membahagiakan..namun yang pasti aku menyembunyikan pada pandangan mataku semua mengenainya namun jari ini masih berdegil,disimpan mesej lama..takdir ALLAH,telefon bimbitku diformat,maka semua mesej itu hilang..masya ALLAH begitu tinggi rahmat ALLAH..dia memeliharaku denga cara yang halus..aku juga pernah menyimpan gambar yang dikirimkannya di dalam walletku,dan takdir ALLAH,wallet itu hilang..dan setelah aku berjumpa semula,aku terus membuang gambar itu..dia bukan hak bagiku..mulai hari itu,aku hanya titipkan doa, membulatkan cinta hanyalah pada ALLAH,melaksanakan tanggungjawabku..dan yang paling penting ALLAH istiqamah aku dalam penghijrahanku..alhamdullilah..walau dia tiada dalam hidupku,aku masih melayari kehidupanku dengan rasa yang natural..namun aku tidak pernah nafikan di sebalik hati ini terselit pengharapan berjumpa dengannya..
*******************************************************************
9.9.2011-12 am
aku terkenang semua yang pernah berlaku..seperti dalam fikiranku,kebahagiaan dan kegembiraan kadang2 ditimbulkan melalui penantian yang lama..penantian yang hadir dalam hati tanpa disedari...namun aku masih pada realiti..sebagai daie di bumi ALLAH,itu bukan fokus kita..tanggungjawabku lebih besar..dan istimewa dia tidak akan melebihi istimewa ALLAH dalam hatiku..terima kasih ALLAH kerana memberi aku kesempatan merasai nikmat cinta..namun cintaMU lebih indah dalam hidupku..selamat tinggal sahabat..selamat datang calon suami..tidak kira siapa pun anda,saya mendoakan ALLAH menjadikanmu lelaki soleh di muka bumi ini..
ROBBANAHABLANAMINAZWAJINAZURRIYATINA QURRATU A'YUNIN WAJAALNA LIL MUTTAQINAL IMAMA...
*sekadar sebuah perkongsian ilmiah untuk diambil pengajarannya..perhubungan seorang lelaki dan wanita tanpa urusan yang sah adalah tidak halal selagi tiada ikatan yang sah..tidak ada istilah islamic couple atau berurusan,berkasih bagi bukan muhrim..perpisahan itu pahit namun kemanisan iman itu tiada tolak tandingnya..mohon diambil pengajarannya...
seriously, mmg tgh amik pengajaran dr kisah enti ini.. fuhh.. sgt besar cabaran utk bermujahadah kan.. smoga terus thabat di jalan ini.. yakin lah dgn Allah.. iAllah Allah akn kurnikan mu yg terbaik buat dakwah dan iman mu ukhtie ku sayang...
ReplyDeletesyukran ya ukhti..sungguh pesanan yang diberi malam yang lepas begitu memberi pedoman kepada diri ini..doakan moga2 diri ini istiqamah..uhibbuko fillah<3
ReplyDelete