aku sering ditemani oleh tangisan teman-temanku..
yang diiringi oleh kesedihan terhadap pasangan-pasangannya..
ada yang menangis kerna terlalu merindui,
ada juga yang menangis kerna disakiti..
hidup di alam khayalan..
terkadang mereka cuba menyembunyikan dariku..
tidak berbual di hadapanku,
menyembunyikan cinta mereka di hadapanku..
namun wahai teman,
aku ini sangat mengerti apa yang kalian lalui..
kerana aku juga pernah melalui jalan yang sama..
jalan yang gelap sehingga kita hanya nampak kemanisan duniawi..
pantang mendengar nasihat mengenai perhubungan yang terjalin,
kerap menangis atas kerinduan yang tiada penamat,
dunia yang hanya terkandung antara dia dan kamu..
itu semua permainan syaitan semata..
kerana cinta sejati tidak menyakiti,
bahkan MNYEMBUHKAN..
jika dia lelaki yang soleh..
pasti perhubungan ini mendekatkan DIA dan kamu
bukan hanya dia dan kamu..
biar apa sahaja yang kalian sembunyikan..
ALLAH menjadi saksi..
tapi hati ini yakin terselit kefahaman terhadap hukum hakam ALLAH tentang perbuatan kalian..
kerana kita sama-sama Islam,
sama2 lulus pendidikan Islam..
dan terkadang aku mendengar keluhan hatimu tentang perkahwinan yang dinanti,
katamu mengelakkan maksiat..
aku tersenyum melihat keluhanmu..
kerana memang seharusnya kamu menimbangkan hukum hakam Tuhan..
dan aku sentiasa menitipkan doa agar ALLAH menyelamatkan kamu..
memudahkan walimahmu..jika lelaki itu kamu yakini sebagai Ar-Rijal..
pelindung,bahkan membimbingmu ke syurga kelak..
amin ya rabb..
Kaulah pelindungku,
Engkau membuka mataku dari nafsu durjana,
yang cuba dihalusi tipu daya syaitan..
Engkau lindungi lah juga teman2ku..
dari perhubungan yang tidak halal,
dari sesalan yang tidak sudah..
dan dari tangisan yang merugikan,
yang tiada nilainya disisiMU..
aku manusia yang lemah..
Engkaulah langsungkanlah hidayahMU kepada mereka..
amin ya rabb
No comments:
Post a Comment