Monday, May 30, 2011

tinta rasa kepada mangsa kejadian tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

salam alaik..

dah lama x bertinta disini..
pelbagai coretan hidup telah aku loretkan pada kitab amalan timbanganku...
rasanya terlalu banyak dosa yang mengiringiku..
sehingga satu saat aku terfikir disetiap sujud taubatku..
adakah ALLAH azzalwajala menerimanya..
kerana dosa benar2 menyebabkan ketidakselesaanku..
namun ALLAH itu maha adil lagi maha penyayang..
Ar-Rahman..Ar-Rahman..
Dia memberi umat Nabi Muhammad masa utk bertaubat sehingga nyawa di kerongkongan..
kerna ketika tiada yang bernilai lagi..
Ar-Rahman..Ar-Rahman..
ketika Dia melihat hambaNYA lalai dan leka..
dia datangkan 4 perkara..
musibah,ketakutan,kematian dan kesedihan sebagai ujian..
namun tidaklah sia2 musibah itu..
dia datang untuk jemput kita kembali ke jalanNYA..
terima kasih ya ALLAH..


kerana hakikatnya ujian itu tidak setimpal rahmat pemberianNYA
lihatlah wajah2 anak yatim di atas..
xperlu cari ibrah lain dalam hidup..
baru terjadi..sayu hati ini.
tiada ibu tiada ayah..
anak2 yang dahagakan ilmu..
ditimpa ujian sekelip mata..
kehilangan rakan2 sepermainan sekelip mata..
belum sempat merasai bahang duniawi..
ALLAH sudah menjemputnya..
cerita ini punya tafsiran sendiri..
"ALLAH lebih menyayangi mereka"
kata2 ini dilontarkan pada kebanyakan insan yang punya titik simpati di sanubari..
namun fahamkah kita apa erti "ALLAH lebih menyayangi mereka"??
kupunya tafsiran sendiri..
banyak versi,banyak jenis..
sudah tertulis di luh mahfuz tentang saat itu..
itu perkara sudah pasti..
namun di sebalik ketetapan itu,ALLAH punya rencana sendiri..
ALLAH mahu menyelamatkan hambaNYA sebelum mereka melakukan kemaksiatan di muka bumi..
supaya kembali kesisiNYA..
tambahan lagi anak2 kecil yang punya lakaran putih dalam kitab dosa mereka..
subhanaALLAH..
al-fatihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...