Thursday, June 9, 2011

fatimah's letter


astaghfirullahalazim..salam mahabbah dari saya terlebih dahulu..
ya ALLAH..
ampunkan diri ini atas keterlanjuranku sbg kaum hawa selama ini..
selama diri ini tdk sengaja atau membuka peluang lelaki memandang permataku..
ya ALLAH..
izinkan hamba ini bercerita mengenai perasaanku selama melihat video ini..

salam mahabbah..
ambil ruang sejenak bermuhasabah dgn hati yg merendah diri..
seorang gadis dari penjara abu ghab,Iraq yg dipenjara,dirogol dan disiksa..
mengambil peluang merayu kepada ikhwah2 di luar sana..
para mujahidin..
untuk membantu SAUDARA2 SEISLAM kita di penjara itu..
sama ada pelbagai cara hatta membunuh mereka semua di penjara itu..
bukanlah maksudnya utk membunuh diri,sedg ia HARAM disisi agama..
namun membantu mereka mempertahankan maruah mereka dari dirobek2 mcm alat permainan..

wahai ukhti2 sekalian..
sang penulis juga bkn wanita sempurna..
namun ingin jari ini berbakti kepada sesiapa jua yg sudi membaca..
sesungguhnya ketika ukhti dari penjara ghab ini menulis,
mereka dibiar tidak berpakaian..
mereka dibiar dirogol tanpa belas kasihan,
mereka disiksa bagai haiwan peliharaan..
dimana maruah mereka??
di hujung senapang tentera kafir keparat..
di puncak nafsu manusia bertopengkan syaitan.
dimana KITA ketika ini..
manusia yg memilik gene XX
manusia yg memiliki rahim..
manusia yg dikurniakan 9 nafsu satu akal..
ya kita adalah kaum wanita..
dimana kita??
berjalan dengan megahnya mempamerkan aset diri..
mempamerkan badan yg montok,
mendayu-dayukan suara yg lembut,
berlumba2 mempamerkan kecantikan diri..

tangisan kita untuk apa??
tubuh badan kita kepada siapa??
suara kita kepada siapa??

ukhti2 sekalian..
disana mereka ditawan,dirogol disiksa tanpa kerelaan..
tatkala kita di luar ini sibuk mempamerkan keindahan tubuh badan,
mereka di penjara ghab merayu2 diselmatkan kerana tubuh badan mereka dipamerkan tanpa diminta..
maruah mereka tidak bernilai..
namun kita yang mempermainkan maruah kita,,
mereka minta agar semua anjing keparat itu dibunuh,
biarpun nyawa mereka mungkin menjadi taruhan juga..
lihat semula kes rogol di negara kita..
ikut bf balek rumah dan dirogol..
pergi keparti,diberi pil khayal dan dirogol..
lihat pula kes bunuh diri di negara kita..
bunuh diri ditinggal kekasih..
dan kes pembunuhan??
bayi2 luar nikah dibunuh oleh ibu sendiri..
ibu yang melakukan maksiat dengan KERELAAN..
dan membunuh diri..

ya ALLAH..
provokasikah ayat diatas..
sesungguhnya ini merupakan luahan rasa dari insan yg byk dosanya..
malunya muslimah spt hamba ini kepada insan bernama Fatimah di penjara Abu Ghab..
bkn kebebasan hakiki yg dipinta..
namun maruah,aurat dan kehormatan kerana KETAKUTAN..
KETAKUTAN kpd KhalikNYA..
jadi,muhasabah...
ada nikmat yg indah untk kita pelihara bersama..
MARUAH DAN KEHORMATAN diri..
wallahuallam..

Tuesday, June 7, 2011

Hukum dan etika berlawak dalam Islam

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)
Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)
Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)
Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)
Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)
Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)
Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)
Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”
Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.

Monday, June 6, 2011

IN-TEAM - AZ ZIARAH ..isu ciplak??



nasyid kegemaran saya..sedap didengar...namun hati ini meronta2 nk tahu maksudnya secara mendalam..tp syg,belum ketemu...namun bila dikaji selidik rupanya nasyid ini ada persamaan dengan lagu timur tgh dari fairouz-ya siti ya khiyater... dan saya juga mambaca komen tentang pembaca yang marah2 lagu ini diciplak....namun bagi saya ALLAH xmemandang itu semua asalkan lagu ini memberi pengajaran yang baik dan sesuai dikongsi bersama..apa salahnya=)

mari kita lihat versi fairouz..





dosa..sikit2 lama2 jadi bukit..

Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.
~gentarasa

dosa...fuhh..tanpa kita sedari,hakikatnya kita dah membiasakan diri dgn dosa..bak kat pepatah,sedikit2 lama jadi bukit..begitu juga bahayanya dosa kecil..dosa kecil nie bahaya sangat sebab kita xnmpak sangat kesannya..memadang yang bukan muhrim dengan pandangan nafsu,mengeluh,mencaci..perkara2 simple yang kita sendiri tidak realise hukumnya..dosa apabila dibuat 1st tym,ya ALLAH,terasa diri..terasa teruknya diri..namun bila dibuat kali kedua,masih lagi terasa dosanya tapi dalam hati kecil"xpela,esok2 aku taubat laa"
dan apabila dibuat berkali2 terasa biasa je dosa..umpama cicah kopok lekor dengan sos je..biasa,xde pe nk heran..engt lagi bila menonton imam muda dimana mereka buat tangkapan kepada pasangan2 yg berkhalwat..
mula2 2 jumpe gituu2 je..ni first tym dok berduaan kat bilik..jumpe gituu2 pon x rasa dosanya sbb itu mudah saja pasangan ini melangkah ke dosa seterusnya..wallahuallam apa yang mereka lakukan di dalam bilik..


dalam firman ALLAH,surah Al-Isra ayat 32

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"

Ada dalil mengenai zina yang ustaz2 imam muda lontarkan kepada si pelaku ini..benar,kadang2 bila hati dah diliputi dosa,ape pon x boleyh! bak kata jambu maharaja lawak.. suma rasa biasa je..hilang rasa takut kepada ALLAH,hilang rasa zuhud kepada penciptanya..lupa plak tentang azab api neraka,azab kubur tentang sang pelaku zina..ya ALLAH,takutnya hati ini jika ALLAH lenyapkan rasa sensitif terhadap dosa...rasa sensitif terhadap dosa..ya itulah pointnya..selama ini kita rasa sensitif terhadap dosa,terutama apabila kita bukan pelakunya..tapi bagaimana dengan pelakunya?? sudah tentu mereka merasa "x open minded la" "mind of ur business" dan macam2 lagi..sedih kan?? amek ibrah wahai pembaca,sedihnya apabila kita hilang sensitif terhadap dosa..ALLAH hilangkan rasa itu maka jauhlah kita dari merasai halawatul iman..kemanisan iman yang indah..sedangkan kemanisan yang dirasai adalah dari syaitan semata..jauhlah kita dari menangis kerana takutkan ALLAH sedang tangisan itu meredhakan api neraka..jauhnya kita dari melihat dari mata hati..sedang melihat mata hati membuka mata kasar kita menuju ke jalan hakiki..

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an :“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS Al-‘Araf 179)

kenapa ALLAH bagi balasan api neraka kepada jin dan manusia dan tidak pada haiwan?? kerana sesungguhnya manusia dikurniakan 'qolbun' iaitu hati ..apabila hati itu rosak maka rosaklah seluruh anggota badan,menghampirlah manusia itu pada neraka ciptaan ALLAH..sebagaimana sabda Rasullulah S.A.W

An-Nu’man bin Basyir berkata:  “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

dan sebagaimana kata pepatah melayu,kerana nila setitik rosak susu sebelanga..bagaimana dengan maksiat?? apakah yang dimaksudkan dengan kerosakan..sesungguhnya kerosakan itu adalah maksiat.. dan maksiat itu adalah kerosakan dan merosakkan..kerna maksiat yang dilakukan tanpa rasa takut pada ALLAH,pada mulanya ia berlangsung secara biasa dan lama2 akan upgrade jadik dosa besar..kerana maksiat setitik rosak sebuah hati sedang kita dicipta ALLAH punya hati yang suci dan bersih,dan diseru pula ALLAH utk kembali dgn hati yang tenang

Hai jiwa yang tenang ,kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas dan diredhainya(89:27-28)

bercakap sekali lagi mengenai hati..dimana letaknya hati?? liver kah?? heart kah?? tetapi merujuk kepda dalil yang terdapat dalam surah al-Hajj ayat 46..

ertinya: maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal (memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Al-Hajj: 46)

ia menyebut hati terdapat didalam dada..

*akal terletak di hati,bukan di kepala..
*dan hati pula terletak di dalam dada..

dan yang pasti apabila hati dipenuhi dengan maksiat maka akal xdapat melihat melalui pandangan hati dan menjerumuskan kepada lembah kebinasaan apabila gerakan hati yang dilakukan digerakkan oleh syaitan..

akhir kata dari mujahadah seorang gadis,jangan hati ini mudah sensitif atau emosional dek terluka kerana teman lelaki..atau2 kata2 jiwangnya"hati wanita ni sensitif,belailah dgn lembut" tetapi kita kurang sensitif terhadap dosa yang saban hari dilakukan ..dan bila ALLAH menurunkan bala,perasaan sensitif itu timbul kembali namun dalam versi yang berbagai2..sensitiflah kepada ALLAH kerana ALLAH sentiasa prihatin kepada kita..tiap saat dia melihat hambaNYA dimuka bumi..melihat dimana letaknya hati hamba itu ..samada pada sang Khaliq atau kepada duniawi yang bertatahkan permainan syaitan.

.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman "pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya " (HR Thabrani dari Abu Umamah)

jagalah hati,
semoga ALLAH yang menggerakkan hati kita,
semoga ALLAH yang membimbing langkah kita,
supaya ALLAH sentiasa memberi rasa sensitif kepada kita..
supaya kita kembali kepdanya dalam kehidupan yang khusnul khatimah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...