Sunday, December 11, 2011

Ombak Cinta Post Dakwah


saban hari,ada sahaja post2 hamba2 ALLAH yg mengajak ke arah kebaikan,dalam fb terutamanya,sbb ana pon ada fb sahaja..ada yg post,share post,share photos,share blog,share tumblers..share semua laa..ada yg direct,guna ayat Al-Quran,guna hadith Nabi,guna perkataan sendiri,secara sinis,secara direct,secara lembut,secara sweet..macam cara digunakan..macam gambar di atas orang byk share perkataan2 yg digunakan dalam ceramah Ustaz Azhar idrus,Rushdee Artz punya photos yg punya maksud tersirat..bagi golongan yang terasa ada sahaja comments yg nk dilontarkan


"dont judge by its cover"
"penceramah suka perli"
"Ada sahaja orang lain yang buat macamtu kenapa golongan kami sahaja kena'
dan bla2..


makin orang share,makin orang itu kena condemn,tapi ada juga yang sebaliknya..comment positive negative..


tapi just direct to the point laa,kita patut bersyukur kerana ada golongan begini dalam dunia ini..golongan yang buka mata buka hati..melihat situasi,meneliti dan meyimpulkan dalam pelbagai cara..dekat akhirat nanti,takda orang pon boleh selamatkan kita tau,melainkan amalan2,shafaat nabi dan belas ehsan dari ALLAH..tatkala amalan kita mungkin kurang se zarah,dah takda mesin topup nk backup amalan yang kurang..pasti kita lebih berterima kasih kepada orang yang saling mengingatkan ini,yang sudi 'memerli' kita ,yang sudi mengambil risiko post perkara yang munking mengundang kontroversi demi kebaikan


A001
Demi Masa! 


A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - 


A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 



tapi ana tak nafikan juga golongan yang melaksanakan misi dakwah secara beremosi..dah cantik potongan hadith,tiba2 keluar p/s kat bawah terselit ayat2 berunsur emosi


"apa haram jadahnya kau dating..bla..bla..bla..."
"kau tengok arr nanti sapa yang menang kat akhirat nanti"
"harap muka sahaja lawa,hati busuk macam ****"


Untuk golongan sebegini please get back on track,our Jihad and our Mission..

 Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman yang artinya: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan debatlah ia dengan cara yang lebih baik”. (An-Nahl: 125).

Imam Syafi`i –rahimahullah- berkata: “Berilah aku nasihat secara berduaan, dan jauhkan aku dari nasihatmu di tengah orang banyak; karena nasihat di tengah-tengah orang banyak itu mengandung makna celaan yang aku tidak suka mendengarnya”.


dan jangan salahkan orang yang tidak sudi terima nasihat..kerana kita juga salah satu sebabnya..caranya mesti betul..kalau tak betul,lihat saja pada reaksi sang penerima..samada hatinya keras atau kamu yang mengeraskan lagi hatinya.. but dont stop..our Jihad n Mission utk tetap menjalankan dakwah tarbiyah dari Rasulullah S.A.W masih wajib diteruskan..


ini ana ambil dari yang ana terbaca..ana pon kalau geram,terlintas juga hati nurani kegeraman,tapi biar hanya terlintas sahaja laah,kerana tangan yang menaip ini juga bisa disoal di akhirat kelak..ana risau nak menyatakan kegeraman..kadang bila terjadi situasi selalunya ketika ana didesak dengan penyataan yang menunjukkan kepincangan kefahaman tentang Islam yang menjatuhkan nilai murninya atau dalam bahasa mudah "Hang main hentam hukum agama ja "macam tu laa..dan ada juga situasi lain terutama manusia yang cakap tak serupa bikin,sengaja menguji tahap keimanan kita..kadang bila terlintas nya potongan ayat atau hadith,barulah ana rasa selamat nak menaip..golongan yang masih merasakan "dude get a life' samada dari rakan2,selebriti,media masa,ahli politik,dan lain2 lagi mmg mudah menonjolkan pendapat yang samar2 hukumnya,beremosi atau hentam balas apabila terasa dirinta terperli atau termasuk dalam golongan "siapa yang makan cili,dialah terasa pedasnya' dan mulalah menuduh golongan pendakwah atau mana2 hamba ALLAH yang berkongsi pandangan bermacam2 rupa..mungkin ini timbul juga dari golongan sang pendakwah atau si penaip twitter/fb yang beremosi dalam 
menyampaikan post..jadi,ameklah yang baik dari mereka dan tinggalkan yang buruk..suma dah mumayyiz kan??





ini adalah salah satu photos pintar dari pelukis berjiwa Islam ini..filem yang disebut2..ramai yang sedang membincangkan hal ini..kalau dari media masa tentulah gaya lakonan yang mantap , jalan2 cerita yang meletop, jumlah kutipan di pawagam dan ada juga soal penulis buku plak yang tak berpuas hati..tapi mata2 pendakwah tidak perhatikan itu,mereka memerhatikan bagaimana jumlah kutipan tinggi di pawagam,berpusu2 orang Islam yang menonton bisa memberi kesan kepada penontonnya..mereka meneliti nilai Islamiknya,nilai ustazahnya watak Izzah,nilai songkoknya pak Dollah..itulah yang mereka perhatikan dan mula memberi komen

jom tengok dua kenyataan berbeza



"asal filem melayu naik je ada la ustaz,ustazah condemn"
"rilex arr,berlakon je kot"

sensitivenya sehingga kenyataan yang dikeluarkan maya karin  "alhamdullilah kerana menjayakan scene sulit pun ditegur..


cuba bayangkan Nabi berada di dalam kalangan kita,apa mahu kita explain kepada Nabi yang sentiasa ingat umat baginda?

perasan tak betapa berharganya tulisan2 yang membangkitkan isu2 yang tersirat ,yang mempertikaikan nilai Islamik..kerana mereka sayang kepada saudara2 seIslam yang terlampau mengangkat cerita2 sebegini supaya kembali ke fitrah manusia

"SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH KERANA ALLAH TAALA"

supaya yang paling famous,meletup dan disebut2 adalah perkara2 yang mendekatkan diri kepada ALLAH..itulah jihad yang cuba diteruskan para pendakwah sejati dalam mengembalikan kegemilangan zaman Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat Baginda..

laksana tulisan puitis karya Ramlee Awang Mursyid
"Sebagai manusia,aku sayang padamu"

tapi kita sebagai pendakwah tak bergaji

"sebagai Saudara SeIslam,aku sayang padamu"

dan bila sahaja kita cuba memberi respon pada sesuatu perkara..
ingat ALLAH..
dan cuba bayangkan Nabi Muhammad S.A.W ada dalam kalangan kita ,bagaimana reaksi baginda?
Allahumma solli ala sayidina Muhammad..

kesimpulannya..bersyukurlah jika ada yang mengembalikan Islam kepadamu walau dengan pelbagai cara kerana ada yang mahu mengajakmu ke syurga bersama-sama dan Islam masih ada dalam jiwa hamba-hamba..

PESANAN KERAS UNTUK HAMBA INI!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...