Thursday, April 5, 2012

7 petala cinta atau bala dalam cinta?

7 petala cinta..
menyingkap seribu satu makna..
merungkai tabir-tabir hamba..
tersungkur patuh pada penciptaNYA..


bila ana scroll down homepage ana di laman sosial facebook,ana perhatikan ada satu post syabab musafir kasih mengenai filem 7 petala cinta.mengenai kepincangan yang berlaku dalam filem ni..jadi ana pon tgk cerita ini sampai habis..sejujurnya sinematografi filem ini amat cantik..kata2 nya juga waduh2 puitis bangat..sayangnya banyak aspek "pengislaman" watak yang kurang dititikberatkan apatah lagi dengan suasana para santri yang digambarkan "akrab dengan Al-Quran"..isu "ikhtilat" juga amat mengelirukan di dalam filem ini..semoga kekeliruan ini tidak akan terjadi lagi di dalam filem2 berbentuk islamik pada masa akan datang..kerna men"visual"kan sesuatu lebih mudah utk sampai ke hati penerima dari satu sudut penceritaan bertulis..dan ana juga mengagumi hasil karya filem "ketika cinta bertasbih" kerana pengislaman watak itu lebih jelas dan penyampaian mesej tidak mengelirukan..


tapi dari sudut berbeza, ana selesa dengan perkembangan filem2 berbentuk islamik kerna dari kaca mata ana produser atau pengarah filem menghasilkan sesuatu cerita juga berdasarkan realiti sebenar masyarakat seperti filem bilut dan lain2 lagi..lebih indah lagi jika realiti hidup biah soleh dan solehah yang sebenar di paparkan di layar perak..ketika ana menyatakan prinsip ana yang tidak bersetuju dengan perhubungan b4 nikah,ada seorang lelaki menghantar mesej pada ana mengatakan "wujud lagi orang macam awak kat dunia ni?" ana tak menyalahkan tetapi ana terfikir salah siapa kefahaman tentang islam belum sampai kepada para remajasehingga berfikiran begitu..huuu..maka perlulah kita mengenalkan biah solehah,cara hidup full time muslim kepada part tym muslim or just partially muslim supaya kita bersama2 mengimarahkan bumi ALLAH dengan mengikuti syariatnya..


BALA DALAM CINTA?


cinta bukan melemahkan tetapi menguatkan..yaa!! menguatkan cinta pada Tuhan yang esa..jika cinta bertebaran di bumi nyata,namun meliar bagai haiwan liar mencari mangsa,maka dia akan menerkam mana2 jiwa untuk diterjemahkan konon sbg SIMBOL KASIH SAYANG..sayangnya banyak cerita di Malaysia di angkat berkonsep love! ohh so sweet!! namun tak banyak yang mengangkat love with ALLAH..so sweet!! sebab manisnya cinta ALLAH yang beri..maka mengapa tidak cinta kepadaNYA kita angkat kita sebarkan..cinta kepadaNYA dan cinta keranaNYA..maka kurangkan menonjolkan sengsara tanpa cinta,tapi angkat sengsara tanpa cintaNYA..amin ya RABB!! bangkitkan kesedaran dalam jiwa-jiwa yang lalai ..


LAMAN SOSIAL LAMAN DAKWAH?


dan ana rasa medium layar perak,blogging,vlogging,laman sosial dan apa2 sahaja boleh dijadikan penyampai dakwah..teringat ana kisah sahabat yang rela berkorban berhijrah ke mana2 negeri yang belum menerima tarbiyah demi menyampaikan risalahNYA..pada ketika itu belum terjamin masa depan mereka  yang berkorban,namun demi agama mereka sanggup berjuang..subhanaALLAH..kini berapa kerat manusia yang sanggup menyampaikan risalahNYA? "ohh,itu tugas ustaz ustazah" ..dan selalu kita meletakkan barrier pada diri kita untuk memutlakkan kerja2 dakwah hanya pada golongan yang ikut usrah, si songkok dan tudung bidang 45 ke atas..sedang bagi ana jika anda terkesan dengan sesuatu perkara kebaikan dan menulis dalam status turut menjadi satu utk topup pahala..kebaikan dari ALLAH kerana Dialah yang mengizinkan kita mendapat kebaikan..mudah!! DEEN 4 TEENS..kalo slogan air asia,NOW EVERYONE CAN FLY..why not kita ganti "NOW EVERYONE CAN APPLY"..dan lebih indah dari lambakan cerita hantu yang membuka dimensi keliru dan ketakutan.lebih molek dan indah jika kita pamerkan biah2 solehah dan memperbanyakkan slot2 keagamaan yang disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami terutama kepada golongan orang yang IC islam tp hardcore allergic Islam..masya ALLAH..


ana juga membaca mengenai penghasilan semula 7 petala cinta dalam bentuk penceritaan..waduhh!! bahasanya sungguh tepat..dan pengembangan watak dari petala 1 hingga ke 7 amat dirasai pembaca..mari kita lihat cerpen 7 petala cinta versi hilal asyraf
http://langitilahi.com/8034


nipiskan cinta pada yang sementara,tebalkan cinta yang selamanya
DAKWAH DALAM BENTUK VISUAL?..


ramai yang bersetuju jika karya2 sebaik ini diterjemahkan dalam bentuk visual..tapi bagi ana terjemahkan watak-watak itu dalam diri anda dahulu,malahan yang lebih baik supaya lebih banyak copy paste golongan ILUVISLAM or IAM PRACTISINGISLAM or IAMFULLTIMEMUSLIM dalam realiti masyarakat kini..jangan meramaikan Islam pada IC tetapi tidak pada akidah yang nyata..aminn


sekarang umum mengetahui kita dikuasai oleh PENGARUH jahiliah..ya!! KITA islam pada sistem yang dah sedia ada tapi ia bercampur baur antara unsur Islam dan jahiliah..kita diwarkan ada tv Islam tapi bercompete dgn stesen tvyg memaparkan orang Islam bersaluti unsur jahiliah yang pekat..kita mahu Islam yang pure di Malaysia..sana sini Islam..pusing kiri nampak Islam pusing kanan nampak Islam..sbb bagi sy sistem Islam itu sendiri juga mesra kepada penganut agama lain..sistem agama lain yang tidak mesra Islam..perasan kah?? atau kita masih buta?


xde choice melainkan Islam..kita yang reka choice nie



*kalau jahiliah itu sampaikan melalui fb,kita aktifkan Islamic way dalam fb.
*kalau jahiliah itu aktif dalam penulisan,kita perbanyakkan penulisan ke arah Islam
*kalau jahiliah itu aktif bersukan,kita kempenkan qowiyyul jisim..aktifkan riadah itu sendiri dalam kalangan akhawat dan ikhwah..kita bina karnival sukan sendiri..
*kalau jahiliah itu hebat dalam penyediaan makanan,kita mantapkan chef2 kita yang menyediakan  makanan 100% halal..pusing sana pusing sini takyah dok pikiaq halal ka dak..
*kalau jahiliah terer buat lagu,kita banyakkan lagu2 berunsur kerohanian..
*kalau jahililiah itu terer berfesyen,kita angkat fesyen2 Islamic berkonsep selamat,sembunyi lagi ayu.kita naikkan imej wanita Islam melalui landasan syariatNYA..
*kalau jahiliah handal berwushu,kita handal berkungfu(macam ayat inche gabbana^.^)


petanda kemanisan iman
nampak x? kita bukan nak tiru jahiliah..tapi kita nak manipulate medium2 yg jahiliah nk serang kita dari akar umbi kepada sistem Islam..contoh kalau badan demam,kita bagi antibiotik utk deactivate pathogen2 yg serang badan kita..umpama kalau lantai rumah dikotori lumpur,kita takkan nak beli lantai baru,kita ambik air simbah kasi bersih..jadi simboliknya kita kena peka dengan strategi musuh yang makin lama makin halus cara nk pekena kita,so, kita pon kena kuatkan immune system,backup system dan segala jenis protective dan invasive mechanism..


dan usaha ini bukan sekejap,banyak rintangan,banyak ustaz ustazah tak bergaji akan mengkondem,banyak Islam pada IC akan menentang tetapi kemenangan itu pasti jadi milik kita..sama ada kita jadi pemerhati,ahli kelab kipas susah mati(yg act xde kelebihan) atau kita jadi key player,ubah sistem dunia sedia ada kepada sistem sibghatullah ,Wa man ahsanu minallahi sibghah artinya "dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah" dan sistem berlandaskan ISLAM..memastikan kita tak reversekan sunnatullah(ketetapan) yang dah termaktub dalam kehidupan kita..


“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pastilah kamu akan menemui-Nya    .al-insyiqaq:6


ya ayyuhal shabab,janji ALLAH itu konfem sekonfem2 nya..ALLAH suruh kita kerja sungguh2,.dia dah beli jiwa kita,kita kena la kerja untuk dan ekslusif hanya untuk DIA..dalam surah At-Taubah ayat 111,
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan Syurga"
syurga tak terbayang dek mata


mungkin kah kita terbayang syurga seperti menjadi orang paling kaya kat dunia,atau tempat yang paling superb lawa kat dunia? nope!! syurga sepeti kata syeikh ismail menk "is the place that eyes never see,the ear never heard and mind never thought" wooo!! apakah ye?? subhanaALLAH
dan umpama nya kat syurga ada level la jugakk..mcm kita la kerja cikgu maktab gaji 2000-3000 kalau cikgu siswazah tinggi la lagi..syurga pon ada level2 dia..dan diceritakan orang yang dalam kehidupan berpenat buat kerja dakwah Lillahitaala,golongan nie yang Rasullulah jemput naik tentera berkuda menuju ke jannahNYA yang level VIP punya..dan ketika itu kita akan bermesraan bercerita tentang kehidupan kita melaksanakan kerja2 dakwah nie..umpama shortcut la n sekali kita ajak orang kenal ALLAH,itu lebih baik dari dunia dan seisinya..x terbayang ganjarannya..


SO WOULD YOU BE THE KEY PLAYER TO WIN THIS GAME?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...