"Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmaakirin"
-dan manusia merancang,Allah merancang,sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.(3:54)
aku merencanakan masa hadapan dalam pelbagai segi..
maka kadang kala dalam rencana-rencana itu ...
ada onak duri yang menemani aku diperjalanan..
sehingga aku begitu rindu ingin kembali kepada pencipta..
maka jiwa yang kering ini terpaksa aku basahkan dengan segera..
supaya aku berjalan dengan ruh..
bukan sekadar jasad lesu..
lesu..
seringkala mudah untuk mulut ini menyebut 'kebetulan'
sedangkan..
Sayyid Qutb berkata," Di bawah bayangan Al Quran aku juga dapat mempelajari bahawa di dalam alam Al Wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak,kerana Allah telah berfirman dalam surah al Qamar,ayat 49 'Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi"
maka dengan itu segala yang aku lalui sekarang..
bukan lah kebetulan..
ia aturan..
bukanlah bidang perubatan ..
perkara yang mendabikkan dada..
tetapi dengan kalimah thoyyibah.,
kuniatkan untuk ya Rabbul Izzati..
maka kali aku diusik dengan ujian-ujian..
maka berbisiklah iman..
Innallahama'ana...
kerana sememangnya ALLAH bersama kita..
akhawat Fillah juga berbisik..
La tahzan ya sohbati..
dan sesungguhnya ALLAH juga setia menemani kita..
dengan ayat-ayat cintaNYA..
Wa lirobbika fasbir." -Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.
maka dengan itu aku percaya..
muslim wal muslimat..
ALLAH sedang menyediakan 'core' yang hebat..
Dengan menyediakan ujian class A..
untuk melahirkan Jundullah9tentera ALLAH) class A..
seperti hebatnya para sahabat Baginda..
yang tak luntur dek penangan ujian dasyat..
para sahabat qaidah sulbah serta muhajirin..
setelah mana pekatnya jahiliah kita disinari cahaya tarbiyah..
setelah mana kita ditarik dari lumuran dosa..
maka aku mengangkat tangan bersyukur atas nikmat muslim wal muslimat ini..
sabda Rasullulah S.A.W
"Jika Allah mengkehendaki kebaikan pada seseorang,maka diberinya kefahaman di dalam Islam."
dengan jalan ini aku mencari kemuliaan di mata ALLAH..
maka ,tetaplah dalam manhajmu..
menggunakan wasilah yang tersedia..
dalam proses tanwin ummah..
menggunakan wasilah yang tersedia..
dalam proses tanwin ummah..
menjulang agamaNYA..
maka aku tidak menyesali jalan yang tidak ditaburi kelopak-kelopak mawar..
dan kadangkala disirnakan dengan mehnah ujian..
Sayyid Qutb," Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri,usianya amatlah pendek.Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut.Akan tetapi bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN,usianya panjang,sepanjang perjuangan itu.Bermula dari hari diciptakan Adam dan berakhir sehingga Dia memusnahkan alam."
kerana hidupku satu perjuangan..
“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku dan hidupku dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan bagi sekalian alam”(Al – An’am, Ayat 162)