Thursday, June 14, 2012

dengan jari aku mengangkat shahadah




Penghambaan diri hanya kepada Allah SWT merupakan bahagian pertama dari Rukun Pertama, dalam kepercayaan Islam yang dilambangkan dalam syahadah : La ilaaha ilaha Allah. Menerima cara menghambakan diri ini dari Rasulullah SAW, merupakan bahagiannya yang kedua, dilambangkan dalam syahadah, Muhammad Rasulullah.”
Syed Qutb




apabila aku bicara mengenai jariku..
maka terbayang daku mengenai solat 5 waktu..
jari yang aku naikkan..
sambil melafazkan syahadah ku..


jujur aku masih kering..
sedangkan jari jemari sentiasa menuntut untuk meyampaikan..
jujur aku masih belum basah dengan pekatnya tarbiyah..
mampukah aku menjadikan tarbiyah mad'uku punya taghyir..


dan jari ini akan dipersoalkan kelak...
dipersoalkan atas segala yang kutaip..
maka dengan itu,aku sering teringat kisah Jundullah setia..
Syed Qutb yang syahid di tali gantung..
kerana pertahankan kesucian jarinya..
mampukah aku menjadi sepertinya?


namun,bernafasnya aku sebagai daie..
kadang-kadang kering diulit kefuturan..
ditiup angin mehnah dunia..
maka ada tangan-tangan yang menghulur bantuan..
bernafas bersama-sama..


dan mereka tetap berbisik..
islih nafsak,wad'u ghairak,
perbaiki dirimu dan serulah orang lain..
"Tanganmu sedang mengukir sebuah sejarah.Sejarah perjuangan umat,sejarah menegakkan cita-cita dan agama.Benang yang engkau sumbangkan itu telah memperindahkan sulaman dari umat ini." -As Syahid Imam Hassan Al Banna

akn kuukir sejarah demi sejarah..
dan kukikir segala jahiliah
kerna aku belajar..
menjadi insan rabbani..
yang bukan bebas cacat cela..
tetapi pantas bertaubat apabila melakukan dosa..
kepada para daie yang menggunakan pena asing ini..
selamat berjiddiyah dan himmah dalam perjuangan ini..

Wa jaahiduu fillahi haqqa jihaadih, huwajtabaakum wamaajaa'la a'laikum fiddiini minharaj.-Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (22:78)

Maka,tetaplah dalam hati wahai Jundullah..
jari yang mengangkat tasyahud ini tidak akan tunduk pada taghut..
ALLAHUAKABAR!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...