meluahkan perasaan melalui fb dan twitter
motif?
*puas hati
*orang yg dipointed akan terbaca
*biar semua orang tahu apa yang terjadi
*nk dapat like banyak2..
dan ana sangat bergetar membaca ayat ini..
Ayat 11. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11
tambah bergetar bila kena aju perihal daging mentahh
Ia disebutkan oleh Allah SWT : ertinya : " Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu ?? " ( Al-Hujurat : 12 ).
kenapa ana menggunakan title si tudung tweet disebabkan ana pernah menonton cerita yang ditayangkan di tv9..menggunakan twitter utk mengaibkan orang lain meskipun di luarannya orang masih punya rasa hormat kepadanya kerana bertudung berlitup..ana tertarik isu dilontarkan namun ana cumanya penampilan dan tingkah laku si pemakai tudung di dalamnya moga2 tidak menjadi ikutan..tidak menggambarkan bidadari dunia dan akhirat yang sejati dengan tingkah laku dan adab yang tidak berapa sopan ,bersalam lelaki perempuan bukan muhrim,dengki sesama perempuan,mengorat lelaki dan sedikit mesejnya mahu menyatakan yang tidak memakai tudung lebih mulia dari pemakai jika berperangai baik..opss,jangan salah faham..sudah tentu ALLAH pandang pada hati..namun MENUTUP AURAT ITU WAJIB!mahukah rambut kita dibakar dalam api neraka? namun ana tertarik dengan nasihat sang ayah pada anaknya
"kamu jangan ingat takde orang yang pandang kamu,maka ALLAH tak pandang kamu"
"kamu jangan ingat orang tak rakam perbuatan kamu,maka malaikat tak rakam perbuatan kamu"
"kalau kamu pandang orang lain lebih biarkan aje"
"awak tu tanggungjawab ayah, dosa awak dosa ayah
si tudung tweet
namun biarkan penulis skrip dan ideanya..ana melihat situasi sekrang yang dah mula memberi tumpuan pada twitter dan fb..jika ada ketidakpuasan yang dilontarkan di fb/twitter pastinya orang akan mula berkata2 mengenainya..jangan lihat pada artis sahaja..keran dunia kini punya ramai wartawan tak bergaji biar kita tidak bertitle artis tapi kita semua sama sahaja punya title HAMBA ALLAH..wartawan2 yang tak bergaji ini memang cukup peka dengan sebarang kepelikan pada post fb dan twitter dan mula membuat spekulasi..bagai vector dan mula menjangkiti orang lain .. situasi ini amat menyedihkan..begitu mudah aib orang dibuka melalui laman yang dicipta oleh orang barat sedang segelintir pejuang agama begitu be,rusaha mengangkat medan ini sebagai medan dakwah..
lupakah kita bahawa jari juga menjadi saksi pada perbuatan kita ketika mulut tertutup..ALLAH maha bijaksana sudah mengetahui fitrah manusia sejak azali..pelbagai cara manusia bole mencipta dosa,tidak perlu membuka mulut,cukup dengan menaip di laman sosial..
kawal lah marah anda..
ingat Nabi berpesan..
Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.
jika kemarahan atau perlian disampaikan hingga disedari si mangsa,maka itu boleh menimbulkan putusnya silaturrahim,retaknya ukhuwah
mahu jadi orang yang muflis kah?? bukan dgn harta tapi bila amalan kita dikidnap mangsa kezaliman 'jari' kita
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
dan jika kemarahan atau perlian itu disampaikan tanpa disedari mangsa,maka itu dikira mengumpat,hidupnya si pemerli dalam kepalsuan dan dosa..
jika manusia tidak tahu,ingat! ALLAH MAHA MENGETAHUI..dengan siapa mahu bersembunyi wahai saudara seISLAMKU..?
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).