Monday, September 12, 2011

ikhtilat yang dipandang remeh temeh

nak tahu apa kelebihan kita duduk asrama atau duduk berkongsi bilik atau rumah?


sebabnya kita boleh melihat pelbagai kerenah manusia dari A sampai Z..
bukan bermaksud kita nie perfect ke apa,cumanya,ibrah dalam kehidupan itu tak semestinya kita dapat dari pembacaan,betul x?? kita lihat ragam manusia pun dah cukup mengajar kita


"berfikir sesaat lebih baik dari beribadah seribu tahun"
                                                                           -imam Al-ghazali-


bezanya manusia nie..




  • sesetengah melihat dan tidak pedulikan
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengomen dalam hati
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengomen dengan dasyatnya dalam facebook,twitter and etc
  • sesetengah melihat ,berfikir dan membuka kedai kopi dan menambah sebakul dua dosa mengumpa
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengambil ibrah dalam kehidupannya dan tindakan yang diambil seterusnya lilliahitaala..
begitulah beberapa ciri manusia.wallahuallam diri ini dalam  golongan mana..namun kisah yang ingin diceritakan mengenai 'ikhtilat' perkara yang dipandang remeh temeh oleh golongan remaja..



Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).17:32


begitu halus pesanan ALLAH pada manusia..jangan menghampiri zina kerana dia antara lelaki dan perempuan ada syaitan yang ketiga..itu juga halnya berdua..kalau beramai2??? ini adalah alasan yang selalu diutarakan kepada kita..




  • kalau dengan lelaki lebih selamat
  • aku bukan apa,tumpang sahaja dia..murah sedikit..
  • kitorunk salu kelar bukan buat apa2 pun,kalau aku ajak korunk,korunk taknak teman
  • ala,apa salahnya,dia salu tolong kita
  • kitorunk selalu berbincang soal agama


dan bla2...pelbagai alasan yang aku dengar..namun aku diamkan..antara jimat atau takutkan fitnah? mana yang korunk pilih..


orang tua2 selalu melarang kita keluar dengan lelaki puncanya tidak manis..benar!100% aku setuju! kerana FITNAH ..kita marahkan orang yang menfitnah kita tapi pernah tak kita terfikir yang kita yang mendekatkan fitnah tersebut..? perlu diingatkan hubungan lelaki dengan perempuan asasnya haram tetapi dibenarkan jika terdapat urusan..


"... Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah."  33:53
di dalam Al-Quran qareem sendiri menceritakan tentang perintah ALLAH agar isteri2 nabi(wanita) meminta di sebalik tabir..bermaksud tidak mendedahkan..seorang wanita solehah yang tinggi sifat malu tidak akan mudah bergaul dengan yang bukan mahram tanpa sebarang urusan yang sah..


kadang manusia sering mempersoalkan soalan yang remeh temeh dalam agama seperti potong kuku di tengah malam,pemakaian inai yang kononnya mengikut agama hindu,dan juga keluar di malam hari...sedang soal ikhtilat bersama kaum lelaki ,aurat yang sudah nyata di dalam kitab AL-QURAN tidak pula mereka persoalkan atau ambil berat..sedang ALLAH tidak mahu memberatiMU malah memudahkanmu.memanglah setiap suruhanNYA memerlukan pengorbanan melawan hawa nafsu tetapi sedarlah perintahNYA tidak lain demi menjaga keselamatan kaum hawa..seperti firman ALLAH dalam surah Al-Ahzab ayat 59


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


betapa ALLAH itu maha pelindung...namun ada juga yang mempersoalkan kenapa kita harus memberati sedang Islam itu agama yang mudah dan memudahkan? benar! Islam agama yang mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan hukumnya..arus modenisasi yang berlaku menyebabkan aurat juga terevolusi..pelbagai fesyen yang kononnya muslimah dipamer demi membuktikan fesyen tiada salahnya dalam islam..namun di mana letaknya ayat2 suci Al-Quran mengenai soal aurat?




“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)


 Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
 begitu juga soal ikhtilat..arus modenisasi memerlukan wanita dan lelaki berurusan..namun,adakah itu membenarkan sewenang-wenangnya kita menghalalkan yang haram? tiada istilah berpegangan tangan,bersalaman yang bukan muhrim,belajar bersama sehingga lewat malam dan menimbulkan fitnah..ALLAH mengetahui fitrah manusia yang curious,gelisah dan mudah bersangka..sebab itu ALLAH memberi amaran kita untuk menjaga maruah terutama kaum hawa..tidak ada salahnya berurusan namun letakkan malu yang merupakan sebahagian dari iman sebagai guideline untuk berurusan di bawah redhaNYA bukan penghalang kepada kelancaran urusan..sedang Rasullulah S.A.W adalah manusia yang pemalu,inikan pula kita kaum hawa..fikirkan..bukan kolot tapi mardhotillah..


Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.” (Hadis riwayat Imam Malik)




aku sedar wanita kaum yang lemah,kita juga memerlukan pertolongan dari kaum adam,namun fikirkan .. jika kita tebal soal malu,kita tidak sewenang2 nya mengutamakan pertolongan bukan mahram sedang pertolongan ALLAH yang utama..banyak lagi mahram kita yang kita boleh minta pertolongannya..memanglah kaum hawa sedikit cerewet dalam banyak hal,namun fikir dan fikir...kita sanggup mendedahkan diri kepada fitnah dari melalui sedikit kesusahan??? fikir kaum hawa..fikir...




mengenai soal ikhtilat..aku mula mengambil serius apabila aku mendengar dari seorang rakan lelaki mengenai kisah teman serumahnya yang berkasih dengan temanku..wallhuallam..aku menyerahkan kebenaran mengenai kebenaran cerita ini kepada ALLAH..kisahnya,ada satu gambar di dalam telefon bimbit teman serumah kawanku ini mengandungi gambar separuh bogel temanku..MASYA ALLAH..hampir menangis aku mendengar kisah ini..gambar ini diperoleh ketika mereka berwebcam..dan yang paling menakutkan apabila teman serumahku sewenang-wenangnya membiarkan gambar2 dalam telefon bimbitnya di tatap orang lain..mangsanya adalah rakan lelaki ku yang ternampak..dia mempersoal mana maruah temanku sekarang setelah gambar itu tersebar..aku malu dan aku begitu kasihan kepada rakanku..walaupun aku masih ragu2 tentang kebenaran cerita ini dek kerana aku juga masih baru sahaja mengenali rakan lelakiku itu,namun perkara ini menyedarkan aku tentang firman ALLAH dalam ayat 32..apabila kita meremehkan hukum ALLAH,bagaimana ALLAH mahu menjaga kita dan maruah kita..sedang gambar orang bertudung boleh sahaja dibogelkan melalui kecanggihan teknologi..jadi siapa yang menjaga kita melainkan penjaga yang agung iaitu ALLAH..kun fayakun..dan ingatlah..IHFAHZILLAH YAHFAZHKA..jagalah ALLAH maka ALLAH menjagamu..aku terpaksa menutup sambungan kepada apa yang terjadi demi menjaga maruah rakanku..yang paling penting dia masih buta terhadap cintanya..masya ALLAH..


berdasarkan penulisan aku,aku mengaku yang aku begitu tegas dalam soal ikhtilat...kerana maruah wanita itu tinggi nilainya,tidak sewenang2 nya dipamer di muka umum...kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..kalau kita mengambil mudah soal ikhtilat,maka anak2,generasi akan datang juga mengambil mudah soal ini..sedang hubungan silaturrahim antara yang mahram bagi kita seperti ibu bapa,adik2,dan akhwat2 belum kita eratkan sepenuhnya demi mencari redhaNYA,mengapa pula kita harus terhegeh2 mencari yang bukan mahram bagi melengkapkan urusan seharian..?? jika sesama kaum hawa kita mampu teguh,insya ALLAH,ukhuwah yang terjalin mendapat kemanisan iman dan balasan seindahnya di akhirat..namun jika di dunia kita mengambil mudah soal ikhtilat,perhubungan yang tidak sah? fikirkan ada nilainya kah di akhirat sesuatu yang belum halal bagi kita? fikirkan ! dan jangan melenting jika ada yang menegur kerana seorang muslimah tidak akan membiarkan muslimah yang direndahkan maruahnya..


jemput baca fikh mengenai ikhtilat adam dan hawa

tangisan yang rugi

aku sering ditemani oleh tangisan teman-temanku..
yang diiringi oleh kesedihan terhadap pasangan-pasangannya..
ada yang menangis kerna terlalu merindui,
ada juga yang menangis kerna disakiti..
hidup di alam khayalan..
terkadang mereka cuba menyembunyikan dariku..
tidak berbual di hadapanku,
menyembunyikan cinta mereka di hadapanku..
namun wahai teman,
aku ini sangat mengerti apa yang kalian lalui..
kerana aku juga pernah melalui jalan yang sama..
jalan yang gelap sehingga kita hanya nampak kemanisan duniawi..
pantang mendengar nasihat mengenai perhubungan yang terjalin,
kerap menangis atas kerinduan yang tiada penamat,
dunia yang hanya terkandung antara dia dan kamu..
itu semua permainan syaitan semata..
kerana cinta sejati tidak menyakiti,
bahkan MNYEMBUHKAN..
jika dia lelaki yang soleh..
pasti perhubungan ini mendekatkan DIA dan kamu
bukan hanya dia dan kamu..
biar apa sahaja yang kalian sembunyikan..
ALLAH menjadi saksi..
tapi hati ini yakin terselit kefahaman terhadap hukum hakam ALLAH tentang perbuatan kalian..
kerana kita sama-sama Islam,
sama2 lulus pendidikan Islam..
dan terkadang aku mendengar keluhan hatimu tentang perkahwinan yang dinanti,
katamu mengelakkan maksiat..
aku tersenyum melihat keluhanmu..
kerana memang seharusnya kamu menimbangkan hukum hakam Tuhan..
dan aku sentiasa menitipkan doa agar ALLAH menyelamatkan kamu..
memudahkan walimahmu..jika lelaki itu kamu yakini sebagai Ar-Rijal..
pelindung,bahkan membimbingmu ke syurga kelak..
amin ya rabb..
Kaulah pelindungku,
Engkau membuka mataku dari nafsu durjana,
yang cuba dihalusi tipu daya syaitan..
Engkau lindungi lah juga teman2ku..
dari perhubungan yang tidak halal,
dari sesalan yang tidak sudah..
dan dari tangisan yang merugikan,
yang tiada nilainya disisiMU..
aku manusia yang lemah..
Engkaulah langsungkanlah hidayahMU kepada mereka..
amin ya rabb 

Sunday, September 11, 2011

TACHYCARDIA-dia istimewa tetapi DIA maha istimewa

9.9.2011-12am...


aku sedang melayari internet ketika ini...sedang aku sibuk membuka laman-laman sesawang,pooppps,tertera satu mesej di telefon bimbitku..


"salam awak,ini *****.gdluck."


ya ALLAH,hatiku berdegup laju...menggigil badan..terasa bahagia saat ini..senyum lebar..hati berdegup laju..masya ALLAH..tanda apakah ini...sedang aku sering bermujahadah menghapuskannya dari kotak memoriku..mengapa masih ada sisa-sisa cinta dalam hatiku?


aku segera memblas..


"wassalam,gudluck untuk apa?"


segera dia menjawab


"untuk apa2 yang awak lakukan"


dan aku membalas lagi menanyakan tentang status pendidikannya,namun mesej tak berbalas..sedang aku pasti dia membaca mesejku..namun aku tidak pantas bertubi-tubi memaksanya membalas mesej kerana aku sedar hubungan kami tidak halal dan mengapa aku harus membiarkan jiwa ini dipaku dengan perasaan itu lagi..makanya,aku berbicara dengan seorang sahabat,maka dia menyarankan aku fokus terhadap tugasku sebagai naqibah dan pendakwah..dan setelah aku fikirkan,aku padam semua mesej serta nombornya...benar,aku harus berpijak pada realiti,jangan terpedaya godaan nafsu serta kuat pada mujahadahku..walaupun dialah lelaki yang bertakhta di hatiku...


********************************************************************


2010..


jari jemari pantas menegur seorang teman,bukan teman biasa,namun teman yang bertakhta di hati..namun perasaan itu disembunyikan darinya..sedang aku bukan lah gadis yang pemalu dengan lelaki,namun dengan dia,aku terasa sangat pemalu..tidak sabar aku menanti pesanan2 yang dititipkan padaku..seperti biasa ,aku menjadi pendengar setianya,mendengar segala luahan hatinya mengenai kehidupan seharian yang dilakukannya..mengenai kawan2,ibu,bapa,adik2, dan juga tentang dirinya..yang amat menyentuh hatiku mengenai betapa kasihnya dia kepada kedua orang tuanya..terutama ibunya..katanya,dia sangat kasihkan ibunya,tidak sanggup menyakiti malah begitu manja kepada orang tuanya..sedang aku tidak begitu rapat  dengan ibuku..aku tersentak..kemudian dia sering mengagungkan idolanya,Rasullulah S.A.W..aku bagaikan mendengar sebuah ceramah agama,bagai seorang anak murid mendengar pesanan kiainya..ada sahaja pesanan dititipkan kepadaku..dia membibitkan ingatan mengenai agungnya seorang wanita solehah..dia gambarkn wanita solehah bagaikan bunga yang terjaga,samada dari segi auratnya,mahalnya harga diri,ketinggian ilmu ..dia sukakan wanita yang bertudung melebihi bahu dan berstokin..owhh..aku tersenyum..mengapa perlu wanita sampai berstokin..aku mendengar lagi dia menceritakan mengenai harga diri wanita..wanita solehah itu bagai perhiasan dunia..wahhh...bagaimana ummul mukminin,saidatina Aishah menyembunyikan kasut demi merahsiakan saiz tapak kakinya..begitu tinggi nilai wanita yang selayaknya untuk junjungan besar manusia,yang maksum,Rasullulah S.A.W..begitu rupanya..kemudian tiba2 aku teringat kehadiran ibu bapaku ke penang minggu hadapan..dia begitu gembira mendengar berita itu dan menyatakan harapannnya untuk berjumpa kedua ibubapaku..dia juga sering membayangkan untuk duduk semeja berborak dengan bapaku..masih ada sisa2 lelaki sebegini dalam zaman moden begini..?fikirku..


tup2..aku mendengar dari rakan sebilikku,mengenai dirinya yang sudah menyeterika baju untuk persiapan berjumpa ibu bapaku..sedang tempoh hari aku hanya bergurau..mana mungkin aku mengenalkan lelaki yang baru aku kenali kepada ibubapaku,sedang sebelum ini aku tidak pernah bercerita mana2 lelaki kepada orang tuaku..semua ini mustahil..namun perkara ini menimbulkan salah faham,dia menggagap aku memainkannya..pada ketika ini aku berfikir,mengapa penting dia berjumpa orang tuaku?siapa aku di hatinya? aku begitu tidak senang duduk maka aku terus menelefon rakannya untuk memujuknya..mengapa aku berbuat begitu?aku pun tidak faham apa yang aku rasa ini..aku juga terus menelefon ibuku mengenai hal ini..ibuku terus ketawa,yalah,mengapa seorang yang bergelar 'kawan' begitu berani berjumpa ibuku..aku buntu,namun alhamdullilah perkara itu selesai...


dia begitu selesa bercerita padaku..ada satu ketika aku tersa dia suka sangat bercerita mengenai kebaikannya..dia terlalu sempurna berdasarkan ceritanya..katanya ramai meminatinya..cemburu juga aku..namun aku muhasabah diri kembali.. aku tidak mampu menilai seorang manusia,dia jujur atau tidak,aku serahkan pada ALLAH S.W.T..kerana aku mendapat banyak kebaikan dari pesanan-pesanannya..kalau dia tidak jujur sekalipun,sekurang2nya aku telah pun memperoleh kebaikan..itulah jawapan ku pada teman2 yang mempersoal tentang dirinya setiap kali aku berbangga terhadapa persahabatan kami..


kami jarang berhubung,namun setiap kali berhubung,aku dapat rasakan dunia kami bersatu..yang penting aku sudah mula membuka mataku tentang kehidupan,jika sebelum  ini aku memakai pakaian dengan niat supaya lelaki tertarik kepadaku..namun kini aku sedar auratku pada lelaki yang sah sahaja..kalau aku sayangkan sesuatu,aku patut hadiahkan kepadanya diri yang suci dan mahal bukanlah diri yang sudah lapuk di mamah pandangan nafsu lelaki..sikapnya yang suka membahagiakan orang sekeliling menyedarkan aku betapa bahagianya jika kita dapat membahagiakan orang sekeliling kita,dengan senyuman,sikap,gurauan bertapis..aku juga sedar lelaki tidak begitu menghormati..dulu aku senang diajak lepak,diajak bergurau dan lain2..namun aku juga perlu sedar jika lelaki menghormati kita,kita tidak akan mudah diajak melakukan perkara lagha,makruh mahupun haram..subhanaALLAH,hati ini juga mulai tenang dengan ibadah qiam..aku tidak pernah menggagap keperluan melakukan qiam sebelum ini..namun mengenalinya,aku terasa begitu faham mengapa aku bersolat,berdoa,belajar,beribadah dan bersyukur...


dia begitu berbeza,dia menakluk perhatianku melalui agamanya..perhatiannya padaku begitu menyentuh hatiku..kadang2 aku rasa buta dalam perasaan ini..aku bersedia menjadi isterinya sedang realitinya dia...
dia...dia tidak begitu bernasib baik,ditimpa musibah,..pendidikannya terjejas..sehingga kini,dia masih mencari      
ruang belajar semula setelah meninggalkan universiti  lamanya..namun bukan itu yang aku pandang..aku hanya mahukan dia dan agamanya..kerana kehadirannya membuatkan aku menghargai orang sekelilingku..aku meyayangi orang sekelilingku..dan yang paling penting aku menyayangi ALLAH..


pada suatu hari,dia meluahkan segala perasaannya padaku melalui ym..aku begitu terkejut dan malu sekali..namun begitu,katanya sebelum memulakan kata2 nya,segala yang diluahkan itu adalah kata2 terakhir dan patut dilupakan sejurus dia offline..setelah semuanya diluahkan,kami hanya kawan biasa yang tiada perasaan antara satu sama lain..namun katanya dia berjanji menjagaku sehinggalah walimahku..katanya juga,perhubungan kami ini harus dikawal sebaiknya kerana ia perhubungan yang tidak sah..dan setelah itu,dia memulakan kata-kata yang sungguh indah,menitipkan kata2 cinta yang tidak ada tolak tandingnya kerana aku juga memiliki perasaan yang sama..dia membayangkan kehidupan berumahtangga kami yang dipenuhi syariat agama..pada ketika itu aku berasa akulah manusia yang paling indah..namun di akhir2 perbualan,begitu menyedihkan..aku menangis..aku dan dia berjanji tidak menyeret masing2 ke lembah kemaksiatan..maka itu segala perasaan perlu dihilangkan..dan offline..


setelah perbualan malam itu,dia sudah mula ingin memutuskan sahaja komunikasi antara kami..aku juga sedar sudah tiba masanya..namun yang aku sedihkan tidak ada harapan bagiku menjadi yang sah baginya kerana katanya tahap pendidikan aku terlalu tinggi dibandingkan dengan dirinya,seorang yang diuji ALLAH siang dan malam..ujian apa,rahsia antara aku dia dan ALLAH...dia juga masih terkial2 menghabiskan pengajian sedang aku sedang rancak meneruskan pengajian..kata2 nya begitu menampakkan putus asa serta tidak yakin tentang kesanggupan..sedang diri ini begitu bersedia menjadi yang sah baginya..namun kerana sifat malu yang menebal,aku tidak mampu untuk memberitahu padanya betapa aku berjanji taat setia padanya kerana ALLAH..akhirnya,dia memutuskan sahaja komunikasi antara kami..kami tidak lagi berhubung......


********************************************************************


beberapa bulan sudah berlalu..aku juga sudah bangun dari tangisan2 itu..aku juga bangkit dengan kesedaran bahawa segala yang terjadi adalah mahabbah dari ALLAH bukan musibah..ALLAH sayangkan aku,maka dia tarik dia dari hidupku..aku juga bersyukur kerana mengenali kakak2 senior yang juga berada dalam arus dakwah,menaikkan semangat dan memabantu dalam pengajianku..kini aku begitu terisi dengan aktiviti dakwah ibadah,usrah dan pengajian perubatanku..ya,ia sungguh membahagiakan..namun yang pasti aku menyembunyikan pada pandangan mataku semua mengenainya namun jari ini masih berdegil,disimpan mesej lama..takdir ALLAH,telefon bimbitku diformat,maka semua mesej itu hilang..masya ALLAH begitu tinggi rahmat ALLAH..dia memeliharaku denga cara yang halus..aku juga pernah menyimpan gambar yang dikirimkannya di dalam walletku,dan takdir ALLAH,wallet itu hilang..dan setelah aku berjumpa semula,aku terus membuang gambar itu..dia bukan hak bagiku..mulai hari itu,aku hanya titipkan doa, membulatkan cinta hanyalah pada ALLAH,melaksanakan tanggungjawabku..dan yang paling penting ALLAH istiqamah aku dalam penghijrahanku..alhamdullilah..walau dia tiada dalam hidupku,aku masih melayari kehidupanku dengan rasa yang natural..namun aku tidak pernah nafikan di sebalik hati ini terselit pengharapan berjumpa dengannya..
jodoh dua insan yang bergelar manusia berada di tangan ALLAH
jauh,sukar,sulit pertemuan itu sudah ditetapkan,ketentuannya pasti hadir..insya ALLAH..
bukan sukar menjadi ukuran,namun hikmah di sebaliknya yang perlu kita nilaikan..


*******************************************************************


9.9.2011-12 am


aku terkenang semua yang pernah berlaku..seperti dalam fikiranku,kebahagiaan dan kegembiraan kadang2 ditimbulkan melalui penantian yang lama..penantian yang hadir dalam hati tanpa disedari...namun aku masih pada realiti..sebagai daie di bumi ALLAH,itu bukan fokus kita..tanggungjawabku lebih besar..dan istimewa dia tidak akan melebihi istimewa ALLAH dalam hatiku..terima kasih ALLAH kerana memberi aku kesempatan merasai nikmat cinta..namun cintaMU lebih indah dalam hidupku..selamat tinggal sahabat..selamat datang calon suami..tidak kira siapa pun anda,saya mendoakan ALLAH menjadikanmu lelaki soleh di muka bumi ini..


ROBBANAHABLANAMINAZWAJINAZURRIYATINA QURRATU A'YUNIN WAJAALNA LIL MUTTAQINAL IMAMA...

*sekadar sebuah perkongsian ilmiah untuk diambil pengajarannya..perhubungan seorang lelaki dan wanita tanpa urusan yang sah adalah tidak halal selagi tiada ikatan yang sah..tidak ada istilah islamic couple atau berurusan,berkasih bagi bukan muhrim..perpisahan itu pahit namun kemanisan iman itu tiada tolak tandingnya..mohon diambil pengajarannya...




Friday, September 9, 2011

takut untuk berkahwin?

waktu raya yang lalu,aku menghabiskan banyak masa di kampung. banyak perkara yang aku sempat fikirkan..aku memerhati orang kampungku termasuk nenekku bercerita..topik-topik orang kampung tidak sah kalau tak ada mengenai manusia..perkahwinan itu,bercerai berai,orang itu,orang ini.. al-kisahnya aku selalu perhatikan dalam sesuatu keluarga,menantu-menantu sering dibandingkan..yang cantik,yang pandai masak..balik raya,peraga kereta baru,baju baru.. bagi aku tidak sah kalau aku balik kampung kalau aku tidak mendengar gosip terbaru mengenai orang kampung..sampaikan cerita mengenai aku pun ada..kisahnya bila aku pergi alor setar bersama sepupu untuk membeli tudung pada malam raya..macam-macam versi yang keluar..geli hati aku bila fikir..macam itu ya manusia..tak sah kalau tak bercerita mengenai orang lain..terbaru,kisah mengenai jiran aku yang mak dia tidak benarkan untuk berkahwin atas alasan aku pun taktau..abang tu selalu lepak bawah pokok rumah nenek aku untuk bergayut..sampaikan mak abang itu dengar cerita tak mahu keluarga belah perempuan itu datang rumah pun..apa sebabnya aku pun taktau,sampai macam tali persaudaraan diputuskan.. selain itu, aku juga dengar macam2 versi cerita "kak x nie suka beli baju raya last2 minute,pasai tu baju dia tak siap" sampaikan cerita mengenai baju raya pun jiran2 boleh tau.."anak dia nie berlemuih(comot) sangat" "laki dia 2 pemalas,keja x dapat2" macam2 cerita..semua perkara kena komen..sampai anak pun kena komen..kadang2 aku terfikir..bila kahwin kisah hidup kita kena kongsi dengan semua orang..semua kena jaga..sebab kalu tak,tup2. cerita psal kita keluar..kadang2 aku nk lari dari kepompong masyarakat yang suka mnegumpat,bercerita hal manusia..namun inilah masyarakatku..kadang2 aku terfikir,orang yamg suka bercerita ini nk tgk kesempurnaan sjakah?sedang manusia diciptakan tidak sempurna..ada lemahnya..dan cerita kelemahan itu yang digembargemburkan..nauzubillah..


ada jiranku meminta pertolongan ayahku membuat air penawar sbb katanya anak nya sangat rebellious..tak dengar kata,bergaduh..ada pula cerita mengenai saudaraku di perlis yang tidak direstui cintanya sehinggakan majlis khitbahnya dihadiri beberapa orang sahaja..ibu bapa belah lelaki langsung tak amek tahu mengenai perkahwinan anaknya..semuanya berbalik kepada ALLAH..ALLAH yang memegang hati manusia..hati ibu bapa,hati anak2..anak adalah ujian bagi ibubapa begitu juga sebaliknya..ihfahzillah yahfazhka..jagalah ALLAH,maka ALLAH menjagaMu..aku berpegang prinsip itu..dimana kedudukan aku sebagai isteri,ibu,anak,aku serahkan pada ALLAH..aku hanya bersangka baik padanya...


cerita2 mengenai ini kadang2 menakutkan aku..bagaimana jika??apa jadi kalau?? kalaulah..??ya ALLAH ampunkan aku..bukan aku mahu menolak syariatmu..tapi terkadang aku risau aku belum cukup sempurna melayari bahtera perkahwinan..umurku dah mencapai 20..kalau mak2,umur itu masih muda..ibuku sendiri melarag untuk berkahwin ketika belajar..tapi bg nenek2 umur 2 dah cukup sempurna untuk berkahwin..


aku merindui biah soleh dan solehah..dan di syurga kelak ,kita akan bersama dengan golongan yang sama2 diredhai ALLAH..untuk itu,aku perlu mencari mardhotillah sejak di dunia lagi...bersabar dengan golongan2 manusia sebegini..kadang2 aku terfikir mengenai karma..kalau kita selalu bercerita hal orang,ALLAH balas cash pada kita..kadang2 aku tak percaya..tapi nampaknya perkara itu jelas pada mata aku apabila aku perhatikan orang sekeliling..bila orang cakap "jaga tepi kain orang" tu salah,masyarakat balas "bkn jaga tepi kain,prihatin,amek pengajaran" ..kalau begitu,tak perlu menokok tambah cerita..aku pernah membaaca ruangan artis,saja,nk tengok dunia manusia yang penuh fitnah..ada satu gambar artis keluar dan bila aku baca ruangan komen,berlambak2 versi cerita artis keluar "dulu nie member aku,dulu,bajet ayu,tapi berlagak" "dia nie dulu bla..bla" macam2.. patutlah ALLAH cakap mengenai dua lubang dalam badang manusia yang masuk neraka iaitu kemaluan dan mulut..nauzubillah


kadang2 aku terfikir untuk mencari calon suami yang mampu puaskan hati semua orang termasuk ibu bapaku..sbb perkahwinan yang tidak direstui pasti membawa musibah..dan aku tidak mahu tergesa2 dalam pencarian..bagiku,hidupku hanya untuk ALLAH..biarlah aku mendalami agama ALLAH dengan sebaiknya,memantapkan diri ini,mengukuhkan iman dan akidah sebelum melayari bahtera perkahwinan..kerana perkahwinan yang diredhai ALLAH bagiku adalah perkahwinan yang menyatukan hati dua insan yang mencintai ALLAH..doa dua insan yang tercantum..dan dari dua insan lahirlah generasi2 yang menjadi khalifah di muka bumi..impianku melahirkan generasi yang soleh dan solehah..aku tidak mahu anak2 aku masih bertatih mengenai Islam ketika di usia remaja..seperti aku,banyak perkara terkadang aku ketinggalan..bagiku,tidak perlu susah2 anta di sekolah agama..jika didikan di rumah asas nya kuat,insya ALLAH campaklah anak itu dimana,pasti dia subur menjadi pohonan yang baik..insya ALLAH..bagiku,tak perlu amek kursus perguruan untuk menjadi cikgu,kerana setiap wanita adalh guru bagi anaknya..aku mahu menjadi role model yang baik untuk anakku..mendidiknya dengan mawaddah warahmah..


aku percaya umur nya yang muda perlu dididik dengan kasih sayang,supaya dia membesar dengan kasih sayang,mengenal ALLAH..ya ALLAH ,kau ajarkanlah aku apa yang aku tidak tahu mengenainya supaya aku dapat mengajar kepada bakal mujahid dan mujahidahku kelak...dan apabila dia meningkat dewasa,aku mahu dia sendiri mencari Islam,mengamalkan Islam dengan ketulusan hati dan mengenali ALLAH azzawajala..aku mahu dia berdisiplin,mencintai ALLAH,solat dan menghormati orang tua..

pelikkah di usia begini aku dah mula berfikir mengenai anak?

bagi aku tidak,kerana perkahwinan adalah untuk melahirkan generasi yang baik..ini akan memotivasikan diri menjaga akidah,memantapkan ilmu dan menjaga kesihatan kerana dari rahim ini akan lahir para pejuang islam..dan aku menanti ar-rijalku yang akan bersama2 mendidik anak2 kami..walaupun aku tidak punya calon suami,aku sentiasa  mendoakannyasupaya ALLAH menjaganya dan memuliakan pertemuan kami..dan juga menjaga kami supaya mencintai keranaMu


ROBBANA HABLANA MIN AZWAJINAZURRIYATINA QURRATU A'YUNIN WAJAALNALILMUTTAQINAL IMAMA.. 


doa ini selalu bermain di lidahku selepas solat..semoga si dia dan bakal anak2 kami menjadi penyejuk hatiku.. aku impikan syurga didunia iaitu syurga didalam rumah tngga..aku ingin melahirkan baitul ummah..


pada saat ini,aku masih lagi single sedangkan kawan2ku ramai yang sudah berpunya..tiap masa hp mereka berdering dengan mesej dari buah hati masing2..tapi aku tidak pula cemburu atau menyesali nasib diri,kerana aku mahu menjaga diriku hanya untuk yang berhak..aku tidak perlu dijaga dan diambil berat oleh manusia,kerana aku punya ALLAH S.W.T yang menjadi pelindungku..aku masih bermujahadah..masih banyak kekurangan..mana mungkin aku bisa meletakkan cintaku pada lelaki lain sedang cinta pda ALLAH masih terkapai2..itulah yang sering aku fikir ketika melihat akan2 hangat bercinta..sedang tajwid masih terlari,hukum hakam semayang,beraninya mengorbankan masa2 emas untuk belajar semata-mata untk kecintaan lain?nauzubillah,aku masih malu dengan diri sendiri..banyak kelemahan aku..sebelum berani2 aku merasakan cinta lain selain ALLAH..jika orang kata aku takut berkahwin,ya! kerana aku masih mempersiapkan diri menuju satu perjalanan jauh,menempuhi bahtera perkahwinan...bukan untuk menutup mulut2 manusia,tapi demi mardhotillah..bersama2 ke pintu syurga..ya ALLAH,permudahkan urusanku..

ERTI KEBAHAGIAAN

APA ERTI KEBAHAGIAAN??

bgku,definisi kebahagiaan adalah penantian yang berbayar..

kebahagiaan diekspresi dari berbagai cara..sesetengahnya hati yang berlapang dada,senyum sampai ke telinga,tangisan sbb terlalu gembira atau perasaan untk menghebahkan sesuatu kepada semua orang

sebagai contoh..

*ibu yang terlalu gembira atas sbb anaknya pulang beraya di kampung setelah sekian lama berada di negara orang

*peminat harry potter yang gembira atas sebab dapat menonton filem itu di pawagam pada hari pertama tayangan

*seorang gadis yang gembira menunggu mesej dari teman lelakinya setelah seharian menunggu..

*peminat beg channel yang gembira memiliki beg tersebut setlah sekian lama mengumpul wang

* peminat bola yang bersorak kegembiraan setelah sekian lama menanti gol yang pertama(walau beberapa minat

*penduduk tanah melayu yang menangis kegembiraan setelah mendengar laungan kemerdekaan dari Tunku Abdul Rahman apabila penantian melihat kebebasan tanah melayu dari genggaman penjajah tercapai.

* seorang pelajar yang melompat kegembiraan melihat keputusan cemerlang SPM nya setelah beberapa bulan menunggu keputusan

kesimpulannya,kebahagiaan itu berasal dari sesuatu penantian yang berbayar .. penantian itu bukan dedifinasikan dalam satu tempoh masa;minit,jam,hari,tahun kerana jika kita dalam penantian satu minit boleh rasakan lama sepertimana peminat bola sepak menanti gol pertama.. 

kebahagiaan itu adalah satu anugerah daripada ALLAH yang dicampakkan ke dalam hati manusia..dan manusia mengekspresikan dalam pelbagai cara..ALLAH S.W.T mengetahui fitrah manusia serta maha mengetahui sumber-sumber kebahagiaan setiap hambaNYA..Sumber kebahagiaan setiap manusia berbeza..kegembiraan seorang peminat bola sepak tidak sama seperti kegembiraan seorang peminat jenama pewangi Channel..begitu juga kegembiraan seorang ibu tidak sama seperti kebahagiaan seorang kekasih..ALLAH itu maha penyayang ,DIA sentiasa meminjamkan kebahagiaan dan memenuhi fitrah manusia..sepertimana kita menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa..ALLAH taala menganugerahkan suatu hari untuk umat manusia bergembira dalam fitrahnya,berjumpa sanak saudara,memakai baju baru dan bermaaf-maafan..begitu dekat dengan maksud aidilfitri'kembali kepada fitrahnya'..subhanaALLAH

sesungguhnya ALLAH itu maha penyayang..apabila manusia menanti sesuatu,penantian itu pasti diiringi dengan pengorbanan,halangan-halangan dan sedikit kesusahan..di dalam penantian itu diiringi dengan pelbagai usaha manusia mengatasinya seperti bersabar,berdoa ataupun sebaliknya..jika kita lupa pada ALLAH,kita membalas penantian itu dengan cacian,keluhan atau mengambil jalan mudah dengan melakukan kemungkaran..dan setiap penantian pasti ALLAH bayar..jika Allah redha,kita akan mendapati penantian kita dibayar dengan sesuatu yang menggembirakan dan diiringi juga ketenangan..namun jika kita menanti dalam dosa,sesungguhnya kegembiraan kita diiiringi dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan..nauzubillah

kenapa kebahagiaan dikaitkan dengan cinta?


kerana cinta kepada sesuatu menjadikan manusia bahagia apabila berjaya mendapatkannya..
sebagaimana..


*bahagianya seorang ibu setelah melihat anaknya lahir ke dunia..
*bahagianya seorang wanita melihat kekasihnya..
*bahagianya seorang peminat bola melihat kejayaan pasukannya..

kita bahagia apabila mendapat cinta..namun tahukah mengapa timbulnya rasa cinta.? tidakkah merasa pelik apabila kita rasa cinta pada sesuatu tidak pada sesuatu yang lain..jika cinta pada manusia,kenapa kita cinta pada si A bukan si B..kenapa terjadinya cinta buta? berbunuhan sebab cinta? seorang peminat bola membaling kerusi pada peminat pasukan lain? mengapa ya? cinta itu lahir dari hati manusia..ia datang dari ya rabbul Izzati..ALLAH S.W.T..ALLAH mengkehendaki cinta itu hadir pada jiwa kita,maka bersyukurlah kita dikurniakan cinta..kerana dari cinta datangnya kebahagiaan..samada kebahagiaan hakiki atau duniawi

bagaimana mendapat kebahagiaan hakiki? apakah itu?


kebahagiaan hakiki apabila kita bahagia dalam ketenangan kedamaian..tangisan lahir sebab kesyukuran,hati tenang,senyuman penuh bermakna dan membahagiakan orang sekeliling.. syaratnya adalah dengan mencinta apapun di dunia ini kerana ALLAH.lillahitaala...insya ALLAH,cinta dan bahagia yang hadir original dari ALLAH,bkn permainan nafsu..

apa pula yang dikatakan kebahagian duniawi??

apabila kita rasa gembira tapi sementara..apabila cinta itu dekat dengan kita,kita gembira..apabilamenjauh kita menderita..dan apabila kita mendapat cinta,kita rasa tidak cukup..kita mencari dan mencari..maka penantian yang menghasilkan bahagia itu tidak cukup...dan tidak pernah mencukupi..itulah kegembiraan hasil permainan nafsu syaitan..pernah lihat seorang wanita bergayut berjam-jam dengan kekasihnya? kenapa berjam-jam? kenapa hati dia terikat?siapa yang mengikatnya..? sesungguhnya cinta itu fitrah,namun melakukan perbuatan yang menyalahi syariat menghasilkan kebahagiaan yang berdasarkan nafsu durjana..nauzubillah...

berbahagialah manusia yang diberikan kebahagiaan
sesungguhnya bagi saya kebahagiaan yang sejati apabila kita rasa bahagia apabila mengingati ALLAH,beribadah,berzikir dan melakukan sesuatu Lillahitaala..
apabila kita bersendirian,kita rasa bahagia..
apabila kita ditimpa musibah,kita masih bersangka baik..
apabila kita ditinggalkan manusia yang dicintai,kita bersabar dan redha..
apabila kehilangan,kita bersyukur.,
subhanaALLAH..

itu lah kebahagiaan yang sebenar..dan nikmat didunia ini hanyalah sedikit dibandingkan nikmat di syurga..jika di dunia kita rasakan kebahagiaan yang melimpah ruah,apatah lagi di akhirat sana..indahnya..

ceritaku mengenai bahagia..

"aku rasakan bahagia apabila aku mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka..lulus peperiksaan,dibelanja manusia..namun terkadang aku meraikannya dengan jalan tidak sepatutnya..dan kebahagiaan itu berakhir dengan kesedihan..sebagai contoh,aku meraikan lulus peperiksaan dengan  berbelanja galak di shopping complex,sedang di hujung hari aku mendapat kemalangan kerana terlalu letih..masya ALLAH..ketika itu baru aku sedar,kebahagiaan hanya pinjaman..dan pinjaman itu perlu diraikan dengan kesyukuran..ade yang pernah berkata "jangan terlalu rasa gembira,kelak besoknya berduka" aku tolak perkataan itu kerana kegembiraan jika kita mahu berkekalan,maka raikan dengan kesyukuran..balikkan pemberian itu kepada pemberiNya..insya ALLAH berkekalan.."

"aku juga pernah merasa bahagia dicintai lelaki yang aku cintai..namun pedihnya kerana hati ini selalu mengingatinya..semua orang berkata cinta itu fikrah,dan kita seharusnya melafazkan pada yang dicintai..aku tolak juga kata-kata itu..balikkan kesyukuran kepadaNYA kerana setinggin mana indahnya cinta yang kita rasa,itulah nikmat perasaan dari ALLAH..jangan raikan dengan perkara yang menimbulkan kemurkaannya seperti berbual sampai timbul syahwat..semakin tinggi perasaan itu,semakin aku jauhkan diri daripadanya..selagi ia tidak halal bagiku..pengorbanan itu pedih,kerana kita bawa hati kita dimana-mana..namun selagi kita percaya ALLAH akan membalasnya,insya ALLAH,ALLAH balas dengan kemanisan iman..indahnya subhanaALLAH.."

aku percaya pada janji ALLAH tentang pengorbanan..kerana penantian pasti menimbulkan kebahagiaan..aku bersangka baik terutama tentang jodoh yang ditentukan ALLAH buatkan..aku tidak berhias sebagaimana wanita lain,aku tidak berkenalan sebagaimana wanita lain..aku bertawakal kepada ALLAH bersama doa kerana aku yakin ALLAH tetapkan yang terbaik buatku..insya ALLAH...

sebagaimana penutup..aku selitkan ayat AL Quran mengenai kebahagiaan..khas utk penerima kebahagian hakiki..



"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
 Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya."

Al-Qamar:54-55





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...