Monday, September 12, 2011

ikhtilat yang dipandang remeh temeh

nak tahu apa kelebihan kita duduk asrama atau duduk berkongsi bilik atau rumah?


sebabnya kita boleh melihat pelbagai kerenah manusia dari A sampai Z..
bukan bermaksud kita nie perfect ke apa,cumanya,ibrah dalam kehidupan itu tak semestinya kita dapat dari pembacaan,betul x?? kita lihat ragam manusia pun dah cukup mengajar kita


"berfikir sesaat lebih baik dari beribadah seribu tahun"
                                                                           -imam Al-ghazali-


bezanya manusia nie..




  • sesetengah melihat dan tidak pedulikan
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengomen dalam hati
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengomen dengan dasyatnya dalam facebook,twitter and etc
  • sesetengah melihat ,berfikir dan membuka kedai kopi dan menambah sebakul dua dosa mengumpa
  • sesetengah melihat,berfikir dan mengambil ibrah dalam kehidupannya dan tindakan yang diambil seterusnya lilliahitaala..
begitulah beberapa ciri manusia.wallahuallam diri ini dalam  golongan mana..namun kisah yang ingin diceritakan mengenai 'ikhtilat' perkara yang dipandang remeh temeh oleh golongan remaja..



Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).17:32


begitu halus pesanan ALLAH pada manusia..jangan menghampiri zina kerana dia antara lelaki dan perempuan ada syaitan yang ketiga..itu juga halnya berdua..kalau beramai2??? ini adalah alasan yang selalu diutarakan kepada kita..




  • kalau dengan lelaki lebih selamat
  • aku bukan apa,tumpang sahaja dia..murah sedikit..
  • kitorunk salu kelar bukan buat apa2 pun,kalau aku ajak korunk,korunk taknak teman
  • ala,apa salahnya,dia salu tolong kita
  • kitorunk selalu berbincang soal agama


dan bla2...pelbagai alasan yang aku dengar..namun aku diamkan..antara jimat atau takutkan fitnah? mana yang korunk pilih..


orang tua2 selalu melarang kita keluar dengan lelaki puncanya tidak manis..benar!100% aku setuju! kerana FITNAH ..kita marahkan orang yang menfitnah kita tapi pernah tak kita terfikir yang kita yang mendekatkan fitnah tersebut..? perlu diingatkan hubungan lelaki dengan perempuan asasnya haram tetapi dibenarkan jika terdapat urusan..


"... Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah."  33:53
di dalam Al-Quran qareem sendiri menceritakan tentang perintah ALLAH agar isteri2 nabi(wanita) meminta di sebalik tabir..bermaksud tidak mendedahkan..seorang wanita solehah yang tinggi sifat malu tidak akan mudah bergaul dengan yang bukan mahram tanpa sebarang urusan yang sah..


kadang manusia sering mempersoalkan soalan yang remeh temeh dalam agama seperti potong kuku di tengah malam,pemakaian inai yang kononnya mengikut agama hindu,dan juga keluar di malam hari...sedang soal ikhtilat bersama kaum lelaki ,aurat yang sudah nyata di dalam kitab AL-QURAN tidak pula mereka persoalkan atau ambil berat..sedang ALLAH tidak mahu memberatiMU malah memudahkanmu.memanglah setiap suruhanNYA memerlukan pengorbanan melawan hawa nafsu tetapi sedarlah perintahNYA tidak lain demi menjaga keselamatan kaum hawa..seperti firman ALLAH dalam surah Al-Ahzab ayat 59


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


betapa ALLAH itu maha pelindung...namun ada juga yang mempersoalkan kenapa kita harus memberati sedang Islam itu agama yang mudah dan memudahkan? benar! Islam agama yang mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan hukumnya..arus modenisasi yang berlaku menyebabkan aurat juga terevolusi..pelbagai fesyen yang kononnya muslimah dipamer demi membuktikan fesyen tiada salahnya dalam islam..namun di mana letaknya ayat2 suci Al-Quran mengenai soal aurat?




“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)


 Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
 begitu juga soal ikhtilat..arus modenisasi memerlukan wanita dan lelaki berurusan..namun,adakah itu membenarkan sewenang-wenangnya kita menghalalkan yang haram? tiada istilah berpegangan tangan,bersalaman yang bukan muhrim,belajar bersama sehingga lewat malam dan menimbulkan fitnah..ALLAH mengetahui fitrah manusia yang curious,gelisah dan mudah bersangka..sebab itu ALLAH memberi amaran kita untuk menjaga maruah terutama kaum hawa..tidak ada salahnya berurusan namun letakkan malu yang merupakan sebahagian dari iman sebagai guideline untuk berurusan di bawah redhaNYA bukan penghalang kepada kelancaran urusan..sedang Rasullulah S.A.W adalah manusia yang pemalu,inikan pula kita kaum hawa..fikirkan..bukan kolot tapi mardhotillah..


Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.” (Hadis riwayat Imam Malik)




aku sedar wanita kaum yang lemah,kita juga memerlukan pertolongan dari kaum adam,namun fikirkan .. jika kita tebal soal malu,kita tidak sewenang2 nya mengutamakan pertolongan bukan mahram sedang pertolongan ALLAH yang utama..banyak lagi mahram kita yang kita boleh minta pertolongannya..memanglah kaum hawa sedikit cerewet dalam banyak hal,namun fikir dan fikir...kita sanggup mendedahkan diri kepada fitnah dari melalui sedikit kesusahan??? fikir kaum hawa..fikir...




mengenai soal ikhtilat..aku mula mengambil serius apabila aku mendengar dari seorang rakan lelaki mengenai kisah teman serumahnya yang berkasih dengan temanku..wallhuallam..aku menyerahkan kebenaran mengenai kebenaran cerita ini kepada ALLAH..kisahnya,ada satu gambar di dalam telefon bimbit teman serumah kawanku ini mengandungi gambar separuh bogel temanku..MASYA ALLAH..hampir menangis aku mendengar kisah ini..gambar ini diperoleh ketika mereka berwebcam..dan yang paling menakutkan apabila teman serumahku sewenang-wenangnya membiarkan gambar2 dalam telefon bimbitnya di tatap orang lain..mangsanya adalah rakan lelaki ku yang ternampak..dia mempersoal mana maruah temanku sekarang setelah gambar itu tersebar..aku malu dan aku begitu kasihan kepada rakanku..walaupun aku masih ragu2 tentang kebenaran cerita ini dek kerana aku juga masih baru sahaja mengenali rakan lelakiku itu,namun perkara ini menyedarkan aku tentang firman ALLAH dalam ayat 32..apabila kita meremehkan hukum ALLAH,bagaimana ALLAH mahu menjaga kita dan maruah kita..sedang gambar orang bertudung boleh sahaja dibogelkan melalui kecanggihan teknologi..jadi siapa yang menjaga kita melainkan penjaga yang agung iaitu ALLAH..kun fayakun..dan ingatlah..IHFAHZILLAH YAHFAZHKA..jagalah ALLAH maka ALLAH menjagamu..aku terpaksa menutup sambungan kepada apa yang terjadi demi menjaga maruah rakanku..yang paling penting dia masih buta terhadap cintanya..masya ALLAH..


berdasarkan penulisan aku,aku mengaku yang aku begitu tegas dalam soal ikhtilat...kerana maruah wanita itu tinggi nilainya,tidak sewenang2 nya dipamer di muka umum...kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..kalau kita mengambil mudah soal ikhtilat,maka anak2,generasi akan datang juga mengambil mudah soal ini..sedang hubungan silaturrahim antara yang mahram bagi kita seperti ibu bapa,adik2,dan akhwat2 belum kita eratkan sepenuhnya demi mencari redhaNYA,mengapa pula kita harus terhegeh2 mencari yang bukan mahram bagi melengkapkan urusan seharian..?? jika sesama kaum hawa kita mampu teguh,insya ALLAH,ukhuwah yang terjalin mendapat kemanisan iman dan balasan seindahnya di akhirat..namun jika di dunia kita mengambil mudah soal ikhtilat,perhubungan yang tidak sah? fikirkan ada nilainya kah di akhirat sesuatu yang belum halal bagi kita? fikirkan ! dan jangan melenting jika ada yang menegur kerana seorang muslimah tidak akan membiarkan muslimah yang direndahkan maruahnya..


jemput baca fikh mengenai ikhtilat adam dan hawa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...