Sunday, November 20, 2011

Ukhuwah Fillah Abadan Abada





ana mengenali jalan dakwah ketika memasuki dunia siswazah..dari situ ana mengenali beberapa insan yang banyak membantu ana dari semua segi..ketika ana baru masuk usrah,usrati /usrahmate ana begitu mengalukan ana..ana terpegun melihat naqibah ana yg sebelum ini ana tak begitu mengenalinya ..SubahanaALLAH,indah kata-katanya..begitu indah pemahaman tentang Islam..ana begitu gembira memasuki cyckle ini yang ana rasa begitu indah..namun perjalanan tak semudah itu..turning point ana hadir dari perasaan cinta kepada seorang yang begitu cintakan Islam..dan ana menafsir diri ana jatuh cinta kepada indahnya Islam..itu hanya tafsiran manusia kerdil seperti ana..ana juga ada jatuh bangunnya..namun yang indahnya tentang turning point ana bermula dgn solat malam..ana dapat merasakan keindahan yang indah membuai di dalam jiwa ana sehingga kekhusyukan itu menyebab ana tercari2 banyak perkara yang boleh mendekatkan ana pada jalanNYA..apa lagi ya? dan ana cari usrah..


selangkah demi langkah,ana dididik pula menjadi murabbi..ana mula belajar term2 baru..terkadang ana terasa ada sahaja perkara yang menguatkan ana untuk terus berjuang..apa ya? ya..dengan izin ALLAH, ia adalah UKHUWAH..

ana mengenali insan bernama Fatin Salehah dan Nur Hidayah..ana begitu sayang mereka..terkadang ana terfikir mengapa hati ana begitu terikat pada mereka sedang semasa di pusat asasi ana tidak kenal pun mereka,malah terjadi perkara yang membuat ana seolah-olah bermusuh dgn mereka..ia adalah ikatan harmoni yang tulus dari hati..ia adalah perasaan mawadddah warahmah dari Allah..ia adalah Ukhuwah Fillah Abadan Abada..Bila ana jumpa mereka ana peluk mereka dgn perasaan yang sungguh harmoni..kami mengikat tali persahabatan dengan melakukan aktiviti bersama,jaulah kekedah..di sepanjang jaulah,ana bercerita berbagai perkara dan begitu juga mereka..ini mengikat tali hati kami..jujurnya ana tidak awkward dgn mereka(yang terjadi juga pada akhawat lain),perasaan selesa sangat penting..ana sayang antum Fillah!!!


Hati ana sentiasa berkata ANA UHIBBUKUM FILLAH kepada mereka walau perkataan tidak terkeluar..tapi ana ingat pesan Rasullulah,kalau kita sayang seseorang,nyatakan kepada orang itu..insya ALLAH,ana akan sentiasa berusaha untuk ikut Sunnatullah..ya ALLAH,bantulah aku menyempurnakan syariat yang ditetapkan padaku dan mengikuti Sunnatullah..amin..


Selain itu ana mengenali pula senior bernama Norsyazwani..insan ini lah yang dekat di hati ana sepanjang mengenali apa itu dakwah..eratan tangan setiap kali kami bertemu mengalirkan cas2 positif yang membangkitkan rasa ingin berjuang,menyuntik semangat yang pudar..ya ALLAH,kau eratkan hubungan antara kami..kekalkan kemesraan kami di jalan dakwah ini..ya ALLAH,ana begitu menyayangi kak wani..kak wani banyak beri semngat pada ana bukan sahaja dalam wadah ini tetapi juga ketika ana menghadapi final exam,dia beri tuisyen pada ana terutama subjek pharmacology..dia suntik semangat pada ana..ya ALLAH Engkau bantulah aku dalam penghijrahan ini dengan menghadiahkan sahabat-sahabat solehah..


Ya ALLAH Engkau eratkan hati-hati kami..Ana juga teringat pesan Syeikh Hamid,Syaitan akan berduka cita teramat sangat bila umat Islam bersatu,dan akan bergembira bila umat Islam berpecah..dan ana sedar dalam Ukhuwah juga pasti diuji,cemburu,tersisih..tapi ana ingat juga pesan Syeikh Hamid



“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana kambing yang JAUH dan TERPENCIL. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid”
(Hadis riwayat Ahmad)
Ana begitu mengagumi Cara Rasullulah berukhuwah dengan sahabatnya.. dan semoga kami dapat mewarisi keindahan keharuman ukhuwah oleh Rasullulah S.A.W,junjungan kita..




Taklupa kepada naqibah ana,kak Syarifah Aqilah,ana melangkah sedikit demi sedikit juga di bawah bimbingannya..masakannya yang menyengat juga memikat hati ana terutama bihun singapore..ana kagum sangat dengan sifat keibuannya yang terserlah,sentiasa berusaha memastikan mutorobbi tidak jatuh..ana lihat dia hasil tarbiyah yang baik..


Dan kepada kak Syameem,kakak yang meminjamkan buku 'Jagalah ALLAH' yang ana tak pulang2 lagi..emm..ana sayang buku tu sangat2..terutama dari kakak yang mantap jiddan..kak Lem sang musician,kak shasha yang famous,setiap kali program ramai adik2 yang 'melekat' dgn kak shasha,kak Asilah yang comel dan artistic..dan kak Alyaa yang bak kata kak wani 'Idola saya'..kak aina=) semua pun idola saya selagi kita berada dalam jalan Allah..ana begitu merindui kakak2..


Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah
Terjemahan:  
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

dan kini ana sendiri melangkah menjadi murobbi..ana sedar banyak lagi perkara yang ana tak clear namun dgn izin ALLAH ana masih diberi kekuatan..ditambah lagi dengan kehadiran Kak Athirah,Naqibah ana untuk hurun maqsuuro..ohh ana lupa memperkenalkan usrah ana 'HURUN MAQSUURO' nama-nama yang diatas hanyalah separuh dari jumlah sebenar..ini adalah hasil tangan ana yang pertama sebagai tanda cinta yang kepada kehadiran insan-insan baru yang bakal menyinari hidup ana.. munirah,fina,hayati,hazirah,elis,faezah,aslah,alia,hafizah(kalau ana lupa maafkan ya).. dan terutama pada naqibah ana sendiri Puan,eh,,ukhti Athirah..ana kagum dgn enti,semangat perjuangan enti memperjuangkan dakwah fardhian..ana sendiri banyak ditarbiah olehnya..
Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
para bakal doktor yang dikasihi sekalian..moga kita semua bertemu di syurga kelak sebagai hambanya yang dinaungi..ya ALLAH..makbulkan doaku...
ANA UHIBBUKUM FILLAH=)
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA

*kepada yang ana tak tersebut namanya,insya ALLAH ana ingat dengan izin ALLAH..


1 comment:

  1. MashaAllah, kagum dgn perubahan dan apa yang enti miliki sekarang. Semoga terus istiqamah smpai bila2 lillahitaala.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...