Sunday, November 18, 2012

free burger??

free burger??
x heran!!


still ignored?
well,
how cheap your humanitarian dignity is..!
ini bukan isu umat Islam..
ini isu kemanusian..
cukup2 la..

satu perkara yg ana sgt faham ialah..
terlalu byk hikmah..
ajar kita jgn hadi BOROS!!
bukan hanya mcd,malah perkara lain juga..
starbucks,nestle,kfc dan lain2..
ada sesetengah tak menyumbang pon kepada israel directly..
tp menyumbang kepada kekikiran dalam jiwa..

Jauhilah kekikiran. Sesungguhnya kekikiran itu telah membinasakan (umat-umat) sebelum kamu. (HR. Muslim)

kita berjimat..
bukan hanya untuk diri sendiri..
simpan duit beli ipad,ipod samsung galaxy bla bla..#dushhh!
tetapi menyumbang kepada penerusan jalan yang dimulakan Rasullulah..
membantu ekonomi umat Islam...
memeriahkan tarbiyah dan dzatiyah..
menderma utk membantu saudara2 kita disana..
dari memilih makanan yg mahal2..
byk lagi pilihan makanan yg kita ada..
yg pntg "halalan toyyibah"


Dari Abu Hurairah, Rosulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah menyayangi tiga perkara untukmu, dan tiga perkara pula membencimu, tiga perkara yang dia senangi adalah :1) jika kamu menyembah Allah, 2). Jika kamu berpegang teguh pada agama Allah secara keseluruhan, 3). Jika kamu bersatu padu tidak memberontak. Sedangkan tiga perkara yang dia benci ialah banyak bicara, banyak bertanya, dan banyak menghambur-hamburkan uang (boros dalam pembelanjaan)” (HR Muslim)

spend less!! donate more!!
#peacenowar!
muhasabah diri..
mujaheedah seorang gadis

Thursday, November 15, 2012

1 muharram 1434 : questioning about boycot?



pagi subuh satu muharram 1434 hijrah...
dan kita menerima berita dari bumi para anbiya..
Pemimpin HAMAS Ahmed Jabari syahid oleh tembakan peluru berpandu Israel dan beliau merupakan pemimpin No 2 Izzudin al Qassam dan bertanggungjawab dalam pembebasan Gilad Shalit .Pemimpin tertinggi HAMAS yang dibunuh selepas Sheikh Ahmad Yassin dan Dr. Abdul Aziz ar Rantisi. Janjinya pada ALLAH telah tertunai dan moga ALLAH merahmati roh beliau..
" Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)





hari ini di malaysia cuti umum..
dan di fb sendiri bertal post yang menyatakan sokongan pada palestin..
ask urself..
do u ever find the facts behind it and how many percentages the products contributed to israel laknatullah?
do u ever read the history of palestine and why they're suffering ?
do u ever care about our brothers and sisters ? 
do u ever read article about the palestinian and what happen in gaza?
do u took islam as the way of life? erkkk!!!
do it first before u start questioning..
#save gaza now!


and masih mengutamakan diri sendiri dalam doa anda??


namun di Gaza,mereka tak pernah cuti dari bedilan peluru
sedang kita menikmati lenanya tidur..
mereka menangisi pemergian sadara tercinta..
arggh,pahit realiti utk ditonton..
namun mahu mereka melaung pada kita??
wake up my brothers and sisters!!


and of coz boycot will be the famous choice..

tapi faham ke kenapa kena boycot?
then why questioning ?
if u're questioning why we have to boycott this and that..

ada satu article dari akif basri..
perihal notis dari mc D malaysia..
mahu jadi kijang kah??
atau singa??
fikirkan ,jgn seban notis kita diperbodohkan



and ada yang bertanya tentang...ana masih berminat dgn jawapan akhi akif basri yang berbunyi
"KFC memang dari US, tapi tidak terbukti sokong Zionis. Musuh kita adalah Zionis, itu mesti jelas. Skrg belum masa umat Islam boikot semua produk US wpun US tentunya menyokong Zionis, kerana akan membebankan umat Islam & sgt sukar dilaksanakan. So buat masa ini kira boikot 4 produk dulu: McD, Coke, Loreal, Nestle. Sbbnya, 4 produk ni terbukti sokong Zionis, kita boikot berperingkat agar tidak membebankan umat Islam & produk2 ini adalah consumer produk, iaitu produk yg digunakan oleh semua lapisan msyrkt, so kalau dpt boikot inshaAllah dpt melemahkan ekonomi Israel. Ini yg ana faham drpd dgr talk2 Dr. Hafidzi. "

bagi yang masih mahu pencerahan,ana shorkan merujuk pada fb akhi ini.

so,masih rasa ragu lagi??
di sini ada satu baris doa yang harus kalian sebutkan2 dalam doa..

 sabda Rasulullah saw yang bermaksud,“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”


doanya ialah..

"Allahummansur Ikhwaanina al Muslimiin, Wal Mujaahidiin Fi Falistiin, wa fi Ghaza, Wa fi Misr, wa fi Suriiya, wa fi Kulli Makaan, wa kulliz zamaan.."

"Ya Allah, bantulah saudara2 kami yang beragama Islam dan para pejuang di Palestin, di Ghaza, d Mesir, dan di Syria, dan di seluruh tempat dan masa...

dan doa qunut nazilah

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


sedang bangun pagi kita dibusykan di pelbagai terjahan fikiran..
please~!
include them in ur minds..
they are your brothers sisters!!
kita dihujani hujan air,musim tengkujuh..
mereka dihujani hujan peluru,musim demi musim..
ALLAH..
ampunkan aku..

the inception

the inception..
hari itu cuti..
dan tiba2 murobbi ajak ke program itu..
kita bertanya ..program ? the inception? apekah .?
ape kena mengena dgn 1 muharam..
masya ALLAH..pagi2 lagi di fb penuh dgn berita berdarah di gaza..
peluh debar lagi..
dan bila sahaja tiba,riuh rendah bertemu akhawat pelbagai phase..
dan ia bermula..
video ditayangkan..
peluh debar lagi..
dan tetibe bangun seorang akhawat..
puisi diperdengarkan ..
nukilan penulis muharikah..
tersentak jiwa,luruh air mata..
moga ia bukan pertama dan terakhir akhawatku..
ini permulaan utk kau mengenali raungan mereka..
raungan dari bumi berdarah..
mereka tidak lemah!!
namun mereka pasti menuntut janji..
kau baca firman persaudaraan..
"sungguh,tiap mukmin itu bersaudara"
ya..saudara
nanti bila ALLAH bertanya pada kita..
mana janjimu??
mana janjimu??
mana janjimu pada saudaramu..?
Allahurabbi..
syukran ya ALLAH utk hari ini..
dan bukalah pintu hatiku utk melihat dgn mata hati sebenar..
mata hati yang kau bimbing..





sajak ini yang diperdengarkan ukhti ika dan alia..





Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

hijrah peminat tegar!

kalau dulu sy peminat tegar mcd..
kalau dulu sy minum milo tetiap hati..
kalau dulu asal lepak shopping mall starbuck wajib beli..
kalau dulu sy layan avenged sevenfold sampai pagi..
kalau dulu,doa 5 minit baca,pahtu lari..
hari ini...aku lawan semua ini..
aku perang dengan hati..
wahaiii!! nak perang guna senjata sana sini..
perang dulu kau punya hati..
baca facts sana sini..
tp..
isu palestin??siria?? burma??erkkk mcd??
berapa percentages mc d bagi??
erkkk..
taktahu??
bingung??
xmungkin kot??
tgk "video" itu tetiap hari..
masih ragu lagi???
ke nak rasa sendiri???
erkkk..
-muhasabah diri-
2 tahun hijrah






*avenged sevenfold?? ade kena mengena?? xde..cuma teringat zaman jahiliah dulu..argghhh..nasyid n lagu2 rohani lagi best,xley celen!! erkkk..rasanya hijrah lagu pun haruslah!! 

circle of hearts


circle of hearts
dapat mengenali mereka ketetapan ALLAH yang indah..
subhanaALLAH..
rindunya keletah mereka..
walau ada ketika bercampur baur ..
ada kalanya lintasan hati
 "errrr,ape awak buat tu?"
"errr,awak cakap ape nie?"
"err,awak kat mana dah nie"
itu semua gula garam ,perencah dalam ukhuwah kita..
singkat perkenalan kita..
belum sempurna rencah ukhuwahnya..
sudah tiba saat berpisah..
arghh,itu ukhuwah dasar sahaja..
hakikatnya,ia xpernah putus sekelip mata..

bila rancak fikiran ini memikirkan planat utk mereka..
bila rancak aku merencana momentus unik utk hati2 mereka
namun ALLAH memilih tangan dan jiwa ini utk hati2 lain pula..
argghh,kekadang terasa cepat masa berlalu..
terasa kerdilnya diri dalam menyampaikan ayat2MU kepada mereka..
moga yang terjalin itu juga mendekatkan mereka padaMU..
kupohon ya ALLAH..jika jiwa ini masih terbelit dosa yang menghalang hidayah itu kepada yang digelar mutorobbi....
maka kau sampaikan hidayahMU,pertolonganMU,kasihsyangMU,perlindunganMU pada mereka..
yang tidak terhingga..
kaulah sebaik2 penjaga..
aminn...

pesananku...
jangan putus pernah berhenti dari universiti tarbiyah..
jangan pernah ..
graduation day kita syurga sayangku..
bilamana kau makin faham...
maka kau juga di tempatku insya ALLAH

ana uhibbukum fillah..



love,
murobbi kerdil..

Friday, October 12, 2012

bila kau berbicara mengenai syahadah

dengan hanya kalimah La Ilahaillallah..
Bilal menahan siksaan sebat..
tahan panas dijemur..
tidak berhenti mengalunkan "ahad..ahad..ahad"
mengapa "ahad" yang bilal sebut?
kerna itu sahaja yang dia faham mengenai ISLAM..

jadi sampai mana pengetahuan untuk kita agungkan ketika diuji?

ini kisah bilal..
mana kisah kita..

dengan hanya kalimah LAILAHAILLAH..
sumayyah mempertahankan agamanya..
sedang dia hanya tahu ALLAH itu TuhanNYA..
dengan hanya pengetahuan itu,dia mempertahankan syahadahnya..
tahan siksaan fizikal diseksa..
tahan siksaan mental melihat suami dan anak diseksa..

ini kisah sumayyah..
mana kisah kita?

betapa hebat syahadah mereka...
belum lagi kita selusuri syahadah assabiqun al awwalun..
dimana syahadah kita?


Friday, September 28, 2012

duka september


rasa kering sangat pada ketika kereta api itu sedang bergerak laju..
ALLAH..ALLAH..
pujuk hati...
Allah bagi peluang utk menyelam ke dunia mencari ilmu..
bila hati gusar,cepat2 menyelam kembali..
cepat2 mengadu padaNYA..
ALLAH...ALLAH..
jangan lepas aku dalam dekapanMU..
jangan sesekali lepaskan aku..
aku takut ya ALLAH..
aku takut dalam perjuangan mengejar ilmu..
aku lalai tentang tujuanku..
ALLAH..ALLAH..
takdirkan segala yang terbaik untukKU..
biar apa pun kata mereka..
biar aku tak layak untuk gerabak itu..
aku tetap berdiri ya ALLAH..
berdiri untuk terus mengejar gerabak ..
terus mengejar..
dalam senyuman dan jiwa yang sentiasa memujuk diri..
ALLAH..ALLAH..
jangan biarkan aku tertinggal lagi...
biar didunia ini begini..
asal aku tak pernah lewat dalam gerabak ke kampungku ..
kampung akhirat yang kekal abadi..
ALLAH..ALLAH..



redhailah ,berkatilah...
ALLAH..ALLAH..

Thursday, June 14, 2012

Monolog seorang muslim


"Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmaakirin"
-dan manusia merancang,Allah merancang,sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.(3:54)

aku merencanakan masa hadapan dalam pelbagai segi..
maka kadang kala dalam rencana-rencana itu ...
ada onak duri yang menemani aku diperjalanan..
sehingga aku begitu  rindu ingin kembali kepada pencipta..
maka jiwa yang kering ini terpaksa aku basahkan dengan segera..
supaya aku berjalan dengan ruh..
bukan sekadar jasad lesu..
lesu..

seringkala mudah untuk mulut ini menyebut 'kebetulan'
sedangkan..

Sayyid Qutb berkata," Di bawah bayangan Al Quran aku juga dapat mempelajari bahawa di dalam alam Al Wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak,kerana Allah telah berfirman dalam surah al Qamar,ayat 49 'Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi" 

maka dengan itu segala yang aku lalui sekarang..
bukan lah kebetulan..
ia aturan..
bukanlah bidang perubatan ..
perkara yang mendabikkan dada..
tetapi dengan kalimah thoyyibah.,
kuniatkan untuk ya Rabbul Izzati..

maka kali aku diusik dengan ujian-ujian..
maka berbisiklah iman..
Innallahama'ana...
kerana sememangnya ALLAH bersama kita..
akhawat Fillah juga berbisik..
La tahzan ya sohbati..
dan sesungguhnya ALLAH juga setia menemani kita..
dengan ayat-ayat cintaNYA..
Wa lirobbika fasbir." -Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.

maka dengan itu aku percaya..
muslim wal muslimat..
ALLAH sedang menyediakan 'core' yang hebat..
Dengan menyediakan ujian class A..
untuk melahirkan Jundullah9tentera ALLAH) class A..
seperti hebatnya para sahabat Baginda..
yang tak luntur dek penangan ujian dasyat..
para sahabat qaidah sulbah serta muhajirin..

setelah mana pekatnya jahiliah kita disinari cahaya tarbiyah..
setelah mana kita ditarik dari lumuran dosa..
maka aku mengangkat tangan bersyukur atas nikmat muslim wal muslimat ini..
sabda Rasullulah S.A.W
"Jika Allah mengkehendaki kebaikan pada seseorang,maka diberinya kefahaman di dalam Islam."
dengan jalan ini aku mencari kemuliaan di mata ALLAH..
maka ,tetaplah dalam manhajmu..
menggunakan wasilah yang tersedia..
dalam proses tanwin ummah..
menjulang agamaNYA..

maka aku tidak menyesali jalan yang tidak ditaburi kelopak-kelopak mawar..
dan kadangkala disirnakan dengan mehnah ujian..

Sayyid Qutb," Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri,usianya amatlah pendek.Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut.Akan tetapi bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN,usianya panjang,sepanjang perjuangan itu.Bermula dari hari diciptakan Adam dan berakhir sehingga Dia memusnahkan alam."

kerana hidupku satu perjuangan..
“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku  dan ibadahku dan hidupku dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan bagi sekalian alam”(Al – An’am, Ayat 162)

Dunia Hari Ini


Bismillah...
aku melihat dunia hari ini
orang-orang Islam ibarat digenggam
belenggu orang-orang kafir
akhirat mereka luput
dunia pun tercicir

budaya jahil tidak diambil peduli
melampau-lampau dalam hiburan
khayalan keterlaluan
luas...luas membanjir
teruk..tak tertaksir orang-orang yang karam

Barus,Singkel,Pasai.Ranir,Cordoba,Baghdad,Andalus
hilang..hilang ditelan zaman
kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan
yang mahir dihafal
mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?

setengah-setengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
cerita-cerita lampau dihurai,dipanjang-panjangkan
bila tamat,diulang...dan diulang...ulang kembali
itulah sejarah

kalau begitu takkanlah mustahil
untuk giliran Islam pula yang mendatang
tamadun kita yang lama dahulu indah gemilang
hidup semula,kembali segar bugar terbentang,di dunia yang luas..

puisi nukilan Syed Naquib Al-Attas 

dengan jari aku mengangkat shahadah




Penghambaan diri hanya kepada Allah SWT merupakan bahagian pertama dari Rukun Pertama, dalam kepercayaan Islam yang dilambangkan dalam syahadah : La ilaaha ilaha Allah. Menerima cara menghambakan diri ini dari Rasulullah SAW, merupakan bahagiannya yang kedua, dilambangkan dalam syahadah, Muhammad Rasulullah.”
Syed Qutb




apabila aku bicara mengenai jariku..
maka terbayang daku mengenai solat 5 waktu..
jari yang aku naikkan..
sambil melafazkan syahadah ku..


jujur aku masih kering..
sedangkan jari jemari sentiasa menuntut untuk meyampaikan..
jujur aku masih belum basah dengan pekatnya tarbiyah..
mampukah aku menjadikan tarbiyah mad'uku punya taghyir..


dan jari ini akan dipersoalkan kelak...
dipersoalkan atas segala yang kutaip..
maka dengan itu,aku sering teringat kisah Jundullah setia..
Syed Qutb yang syahid di tali gantung..
kerana pertahankan kesucian jarinya..
mampukah aku menjadi sepertinya?


namun,bernafasnya aku sebagai daie..
kadang-kadang kering diulit kefuturan..
ditiup angin mehnah dunia..
maka ada tangan-tangan yang menghulur bantuan..
bernafas bersama-sama..


dan mereka tetap berbisik..
islih nafsak,wad'u ghairak,
perbaiki dirimu dan serulah orang lain..
"Tanganmu sedang mengukir sebuah sejarah.Sejarah perjuangan umat,sejarah menegakkan cita-cita dan agama.Benang yang engkau sumbangkan itu telah memperindahkan sulaman dari umat ini." -As Syahid Imam Hassan Al Banna

akn kuukir sejarah demi sejarah..
dan kukikir segala jahiliah
kerna aku belajar..
menjadi insan rabbani..
yang bukan bebas cacat cela..
tetapi pantas bertaubat apabila melakukan dosa..
kepada para daie yang menggunakan pena asing ini..
selamat berjiddiyah dan himmah dalam perjuangan ini..

Wa jaahiduu fillahi haqqa jihaadih, huwajtabaakum wamaajaa'la a'laikum fiddiini minharaj.-Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (22:78)

Maka,tetaplah dalam hati wahai Jundullah..
jari yang mengangkat tasyahud ini tidak akan tunduk pada taghut..
ALLAHUAKABAR!




Wednesday, June 13, 2012

hal nahnu qaumun amaliyyun?

(adakah kita bekerja kerana ALLAH?)
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...


Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."


-At Taubah, 9:111


*berkongsi artikel yang membangkitkan semangat yang kering dalam jiwa ana ini



Di mihwar mana sekalipun kita berada, dakwah & tarbiyah adalah 'core business' kita

Asolah dakwah perlu dipelihara dalam semua ‘mihwar dakwah’.

•Pertama: Ukuran kemenangan pada kesolehan.
 - Bahawa kemenangan tidak ditentukan oleh hal-hal yang bersifat lahir semata-mata.
 - Nasihat Umar RA pada pasukannya ketika melepaskan mereka berperang -  "... Aku lebih takuti dosa-dosa kamu lebih dari kekuatan musuh yang akan mengalahkan kamu ...."
 - Kita berjuang dengan amal-amal kita sebelum dengan keahlian, strategi, dan senjata kita.

•Kedua: Pengaruh taqarrub kepada Allah.
 -“Sebesar apa kesibukanmu terhadap Allah, sebesar itu pula kesibukan makhluk terhadap dirimu.” (Yahya bin Mu’adz).
 - Sebesar apa keseriusan kita dalam mendekati Allah, sebesar itu pula respon masyarakat terhadap dakwah kita. Jika kita bersikap santai dan dingin dalam perjuangan ini, maka begitu pulalah sikap masyarakat terhadap seruan kita..
 - Jika iman kita lemah, hati kita keras, maka kita akan melihat usaha kita kurang memberi manfaat meskipun kita banyak bergerak dan banyak melakukan aktiviti…

•Ketiga: Refleksi Kebaikan Diri.
 - “Yang pandai berbuat baik untuk orang lain hanyalah yang yang pandai berbuat baik untuk dirinya sendiri.” (Abdullah bin Wahhab).
 - Seorang da’i tidak mampu mempengaruhi orang lain selama ia sendiri tidak terkesan oleh apa yang diserukannya itu.
   (Kitab Al-Masaar, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid).
•Boleh dikatakan bahawa yang terpenting kita siapkan adalah kebangkitan rohani, hidupnya hati, serta kesedaran penuh yang ada dalam jiwa dan perasaan...
•Kami menginginkan jiwa-jiwa yang hidup, kuat, mantap, hati-hati yang segar serta memiliki semangat  yang berkobar-kobar, perasaan dan ghirah yang sentiasa bergelora, roh-roh yang bersemangat, selalu optimis, merindukan nilai-nilai yang luhur, tujuan mulia serta mampu bekerja keras untuk menggapainya...”  (Risalah Da’watuna Fii Thaurin Jadiid)

TIGA KESEDARAN JIWA DAN PERASAAN YG PERLU DIBINA
•Perasaan Pertama: Keimanan pada keagungan risalah, bahawa risalah yang kita perjuangkan adalah risalah Allah, adalah kebenaran, adalah sebaik-baik fikrah dan seutama-utama manhaj.
•Perasaan Kedua: Kebanggaan dalam mengembangkan  risalah. Selama kita menjadi pendokong kebenaran, maka kita adalah pemimpin bagi manusia. (QS Ali Imran: 110)
•Perasaan Ketiga: Optimis terhadap dokongan dan pertolongan Allah. Bahawa selama kita beriman pada kebenaran dan bangga menjadi pendokongnya, maka Allah akan selalu bersama kita. Dia akan memberikan dokongan, bimbingan dan pertolongan. Dia akan selalu bersama kita di manapun kita berada. Dan bila tak ada penduduk bumi yang sedia membantu kita, maka Dia akan menurunkan pasukan dari langit untuk membantu kita...(Prof. Dr. Abdul Hamid Al-Ghazali, Haula Assasiyat Al-Masyru’ Al-Islamy Li Nahdhatil Ummah)

KESIMPULANNYA
“Kader adalah rahsia kehidupan dan kebangkitan. Sejarah umat adalah sejarah para kader jundi yang memiliki kekuatan jiwa dan kehendak. Sesungguhnya kuat lemahnya suatu umat, diukur dari sejauh mana umat tersebut dapat menghasilkan kader-kader yang memiliki sifat kelelakian (kader berkualiti)...” (Risalah Hal Nahnu Qaumun Amaliyun)

SIFAT KADER YANG BERKUALITI
1. Pemahaman Islam yang menyeluruh dan benar bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.  (Al-Fahmu)
2. Keikhlasan yang tinggi, sehingga ia menjadi pembela fikrah dan aqidah bukan pembela kepentingan dan keuntungan peribadi. (Al-Ikhlas)
3. Mengutamakan kerja dari pada berbicara. (Al-Amal)
4. All-out untuk da’wah (At Tajarrud)
5. Selalu siap jihad dalam rangka menegakkan syari’at Allah. (Al-Jihad)
6. Siap berkorban dengan segala potensi yang ia miliki. (At Tadhiyyah)
7. Tegar di jalan untuk mencapai cita-cita da’wah, sekalipun lama waktunya, panjang perjalanannya dan berat tentangannya. (At-Thabat)
8. Membiasakan diri untuk selalu taat kepada qiadah dan jama’ah. (At-Taah)
9. Thiqah kepada kepada qiadah dan jama’ah. (At-Thiqah)
10.  Selalu memelihara kemurnian ukhuwwah yang berdiri di atas kasih sayang dan cinta mencintai.   (Al-Ukhuwwah)

CARA MEWUJUDKAN KADER YANG BERKUALITI ITU
Sampai saat ini, satu-satunya cara yang diyakini mampu untuk mewujudkan kader yang berkualiti adalah tarbiyah !
·Tarbiyah adalah “tsawabit” (pekara yang tetap) dalam manhaj kita.
·Tarbiyah adalah jalan kita, ciri khas kita. Dengan tarbiyah kita tumbuh, dengan tarbiyah kita berkembang dan dengan tarbiyah kita meraih kemenangan.
·Jantung dakwah kita ialah Tarbiyah

BEBERAPA NOKHTAH PENTING TENTANG TARBIYAH:
•Kader yang proses tarbiyahnya bermasalah akan menjadi masalah dan menimbulkan banyak masalah, baik masalah peribadi, keluarga, sosial, da’wah dan jamaah/harakah.
•Kegiatan tarbiyah bagi kader da’wah bukan kegiatan sampingan atau aktiviti sekunder yang boleh diabaikan dan ditunda atau diganti dengan kegiatan yang lain, tetapi ia harus menjadi kegiatan yang asasi baginya yang harus diutamakan dari kegiatan yang lain, dari kegiatan da’wah sekalipun.
•Bagi kader da’wah tidak boleh meninggalkan tarbiyah dengan alasan sibuk berda’wah atau cuti tarbiyah karena kuliah atau kerja cari maisyah (pendapatan).
•“Saya tegaskan kepada saudara-saudara  yang memilki ghiroh Islam, bahawa setiap jama’ah islamiyah pada saat ini sangat memerlukan kader yang aktif bekerja (amil) , pemikir (mufakkir) , berani (jari’) , produktif (muntij) . Maka haram hukumnya bagi kader da’wah lambat memenuhi panggilan da’wah walaupun hanya satu minit saja“.  (Risalah Hal Nahnu Qaumun Amaliyyun)
•“Kader da’wah yang di perlukan hari ini berbeda dengan kader da’wah kelmarin, kader da’wah hari ini harus memiliki wawasan intelektual yang luas (mutsaqqofun) , berketrampilan dan berbakat (mujahhazun) , terlatih (mudarrobun) dan profesional (mutakhasisun)...” (Risalah Da’watuna).

cara-cara mengikuti kuliah baitul muslim


dan bagi sesiapa yang berminat mengikuti kuliah bersama ummu atifah
jom baca apa itu kuliah baitul muslim dan cara-cara mengikutinya

Apakah itu Kuliah Baitul Muslim (BM)?
Kuliah BM ialah salah satu usaha untuk memastikan Baitul Muslim dapat dibentuk agar mencapai tujuan sebenar Baitul Muslim dan juga untuk menuju ke arah kebangkitan Islam.

Fasa-Fasa Kuliah BM :

- Fasa 1: Bujang dan berkeinginan untuk berkahwin
#Kuliah Fasa 1
#Siri Ketaqwaan Jundi Menuju Syurga Allah

- Fasa 2: Seminggu sebelum nikah

- Fasa 3: Pasangan baru nikah, anak kecil 0-3 tahun, anak 4 tahun ke atas
#Charting Your Du'at Family Blueprint

- Fasa 4: Duda dan janda

- Fasa 5: Pendidikan cucu

Bilakah Kuliah BM diadakan?

Hari : Setiap Selasa dan Rabu, setiap minggu

masa : 9.15 - 11.15pm (waktu Malaysia)

*Hari Selasa akan menyentuh tentang Fasa 1, iaitu pengenalan kepada perkahwinan.
*Hari Rabu akan berselang seli antara Ketaqwaan Jundiy dan Charting Family Blueprint.

Medium apakah yg digunakan utk mendengar kuliah ini?
1. Paltalk
- install
- sila add id : moderator_kuliah
- sila klik link : Kuliah Baitul Muslim
2. Skype
- alternatif bagi mereka yg tidak dapat menggunakan paltalk (spt di negeri China, Jordan, Mesir..etc

Siapakah gerangan Ummu Atifah ini?
Ummu Atifah (Kak Ina) merupakan seorang aktivis Islam dan Dakwah yang gigih di Malaysia. Beliau menjadi penasihat dalam bidang Baitul Muslim [Keluarga Islam] di mana beliau sering menganjurkan seminar-seminar dan kuliah kepada semua lapisan masyarakat.

Boleh emailkan kepada jeddijiddah@gmail.com untuk bertanyakan soalan.

"sebenarnye kita tak layak dpt kebaikkan drpd Allah tp dgn redha Allah kita dapat kebaikkan kerana keikhlasan itu rahsia antara hamba dgn kholiq nye" -ummi

bagi ana ,penting untuk ana dapat pengisian ini sejak muda..kerana

"marriage is not about love,it is about making ummah"


Kuliah Baitul Muslim bersama ummu atifah


sharing untuk minggu ini di kuliah ummu atifah..


orang yang bercinta dengan  ALLAH,tidak akan selesa melihat maksiat,dan akan all out untuk membasminya..dia juga akan memastikan kemanisan cintanya bersama ALLAH akan dapat dirasa oleh orang lain juga,tidak kisah untuk bermadu kasih dengan orang lain untuk ALLAH..


diselitkan juga pengisian mengenai mengapa solat sering tak khusyuk..kerana manusia tidak menjaga adab2 sekecil2nya seperti keluar masuk toilet tanpa membaca doa..maka syaitan akan melumurkan najis di bdan hingga dia was2 sbg contoh.."eh,dah rakaat keberapa ea?"


emm..begitulah halus ALLAH memelihara kita dan yang pastinya dengan doa..


juga pengisian mengenai jika dari sekarang bakal2 ibu melakukan maksiat,kesian roh bakal anak2 kita yang belum melihat dunia melihat murobbi pertamanya melakukan maksiat..


dan tips utk bakal ibu..
selalu membisikkan kepada anak2 tarbiyah bermula dari sekarang kerana mereka sedang ditarbiyah bermula dari sekarang..dan jangan  bisikkan "anak ummi.."
bisikkan juga "anak ummi dan  abi..." kerana anak2 juga menilai berdasarkan bisikan kita..




sekiranya kita terjaga untuk tahajjud ,maka bersegeralah bangun kerana itu adalah panggilan agung Allah kepada kita untuk terus bangun mengadapnya..


tips2 menghadapi hari yang bahagia


1) before tidur,solat taubat,bersihkan diri dari dosa
2) bersihkan minda separa sedar dari dendam..set minda apa yang kita untuk blue print keluarga du'at..
3)bangun tahajjud..hikmahnya menguatkan badan,dimakbulkan doa..
4) bangun,membaca Al-Quran kerana apabila kita bangun tido,syaitan tukar shift,maka apabila kita bangun nak membaca AL-QURAN dan mathurat,maka itu akan memutuskan tali syaitan,teringat hadis..


"Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: "Syaitan mengikat ubun-ubun salah satu dari kamu di saat dia sedang tidur dengan tiga ikatan, yang telah ditempatkan padanya tiap ikatan: 'kamu sedang dalam malam yang panjang untuk itu tidurlah', jika ia bangun lalu menyebut Allah SWT maka ia telah melepaskan satu ikatan, jika ia berwuduk maka satu ikatan lagi terlepas darinya, dan jika ia mendirikan solat maka ikatan yang satunya pun terlepas sehingga ia menjadi giat dan merasa senang, jika ia tidak melepaskan ikatan itu maka ia merasa malas."Imam Bukhari (1/355), Abu Daud (1306), melalui Imam Malik dari Abu Zanad dari Al-a'raj dan melalui riwayat Abu Hurairah.

5)solat qabliyah dan solat subuh..

insya ALLAH,ana adalah hamba yang bermujahadah..maka doakan ana kuat dalam mujahadah ini..


hadiqatul jannah saya

ini bulatan gembira kami!

assalamuailaikum w.b.t
hari ini ana terasa sangat merindui akhawat ana di hadiqatul Jannah..ape khabar singa2 di siang hari,abid setia di malam hari..para murobbi yang bersengkang mata menyediakan taujih basah untuk mad'u nya serta  berkerah minda memikirkan bahan yang terbaik utk para penggerak serta para daie yang tak lekang membiarkan masa berlalu tanpa amalan padaNYA serta saling mengingati..ya ALLAH rindunya mereka..pertemukan kami di syurga..bila skroll di bawah, berikutlah aktiviti yang berjalan sepanjang tahun,yang bukan takwim tahunan,tetapi takwim yang direncanakan ALLAh untuk Jundullah yang bekerja untuk agamaNYA..indah sekali perancangan ALLAH,tanpa perlu lambakan program,inilah tapisannya yang membasahi jiwa2 daie yang sentiasa dambakan tarbiyah dariNYA..



memorable Jaulah ever..i miss every moment..sayang,tidak mengikuti utk tidur bersama..bertemu dgn para ilmuwan Islam seluruh dunia,ada yg bercerita mengenai dunia Islam,bagaimana mendapat hidayah .kami menginap di rumah sisters di bangi yg dinamakan RI Fateh.gembira dapat bermuayashah bersama akhawat,tidur,makan dan beraktiviti bersama..lebih best sepanjang jaulah,kami keep sharing apa yg didapati dari aktiviti2 tersebut..moga ALLAH basahkan hati kami dengan cahaya keimanan..lebih manis,sis wardian safiyyah dan prof harlina juga turut seta memberi bengkel..seronok bertemu RIBUAN umat Islam dari seluruh negara yang turut join aktiviti ini dari pelbagai rupa,warna kulit serta solat berjemaah bersma mereka..indahnya pertemuan kerana ALLAH




program seterusnya setelah bercuti tentulah ISK atau Ini Style Kita..sengaja memilih phase 2 sebgai peserta utama kerana ingin membsahkan hati2 yang kering tanpa HIMMAH dan TUMUHAT dalam jalan dakwah ini utk mengenali the real us..the real Islam..reaching you inside out ..bkn sekadar luaran sebagai muslim,juga dalaman kita itu sendiri..yang membezakan kita muslim dan kafir..
ini sejarah kita:11-13 mei


program yang bukan sejarah umum tetapi mengenali hero2 sebenar kita,.tariq bin ziyad,salehuddin al ayyubi,serta sultan muhammad al-fateh..siapa mereka??satu demi satu persoalan dibongkar..juga mendiscover relation antara course yg kita amek sekrang dengan realiti ummah..selama 3 hari kami dibasuh dengan semngat,lagu2 perjuangan...masih terngiang lagu 'ini langkahku' sehingga sekarang..


selepas berprogram,ada satu sesi lakonan bisu yang melibatkan sis nailul,sol,cam,dayah,dan kak aina yang membongkar perasaan gelisah diselubungi jahiliah..ataupun "sayonara jahiliah" ..ana juga terbabit dalam sesi lakonan ini..ana mmg x pandai berlakon jujurnya..namun setelah menjalani sesi latiha,bukanlah skill lakonan itu yg ana perlukan,tetapi hati yg menunduk pada ALLAH,maka air mata itulah yang dikeluarkan oleh kami dalam sesi bercerita tanpa suara..kami juga dikejutkan dengan himmah beberapa sis yang bangkit memukul jahiliah(yg dilakonkan sis cam)  ..alhamdullilah,kami bercurhat utk membangkit serta mengenang semula diri kami serta tindakan seterusnya..
daurah mini:interaksi dengan AL-QURAN




daurah baitul muslim bersama Ust Maznah daud..ramai yang sangka pengisian mengenai kahwin  dll..tetapi ia lebih kpd bagaimana nak bentuk diri sebelum kahwin..adab merisik,berkenalan,bertunang..lebih manis lagi apabila dapat berjumpa ummu atifah ,yg kami ikuti kuliah onlinenya setiap mggu..umi bagi pengisian simple,tp teringat sampai sekarang.."lihat bagaimana cara kamu bertemu jodoh,adakah dalam keadaan soleh/solehah atau sebaliknya"..muhasabah=.=




daurah osem ,ramai yang join ketika ini hingga rumah ibu singa ana(hehe)..kak wani dibanjiri ..subhanaALLAH..walaupun hari tu,ramai yang habis kelas lambat,namun dgn izinNYA,ramai yang berpeluang hadir..lebih best apabila kami celebrate hari kelahiran sis hayati yg menyambut beday pd hari itu..emm,xde kek,roti yang ditulis sanah helwah pon jadi la..sanah helwah sayangku haayati..moga berbahagia dunia akhirat..








baju sulung kami rekaan sis fiena dan Hurun Maqsuuro..alhamdullilah baju sulung kami siap juga..walaupun warnanya agak x menepati spesifikasi kami,namun itu yg terbaik ALLAH beri..x sabar nak bersedondon=)


temukan kami di JANNAHMU ya ALLAH..
keluarga hadiqatul Jannah lebih besar ,ramai dan masing mengasihi each other kerana ALLAH..dahulu kami bertemu di lecture hall hanya kerana batchmate,junior/senior..sekrang kami bertmu kerana ALLAH..maka lebih indah masa yang kami spent bersama atas nama ukhuwah..makan ya ALLAH,ikatkan antara kami ikatannya..tunjuki jalan-jalan yang benar ya ALLAH...pandulah hati2 kami.




17 april 2012,ana serta akhwat hadiqatul jannah berjaulah safariyyah ke tmpat kami pernah menuntut ilmu dahulu,kuala nerang..malam itu kami beramai2 membuat muffin utk adik2 yg kami xpernah jumpa,tapi ALLAH kurniakn perasaan rindu itu pada adik2 kmkn ni..solat hajat serta doa kami pohon pada ALLAH utk mudahkan perjalanan..alhamdullilah,walaupun akak2 clinical year  dihimpit kesibukan ,namun ALLAH anugerahkan masa itu utk kami bermai2 kesana..gembira melihat keriangan di wajah adik2 yg menyambut kedatangan kami..walaupun kami datang tidak lah seberapa,hanya dengan hati,namun mereka telah mengajar kami erti ukhwah yg sebenar sehingga adik2 telah membuatkan kakak2 ini turut mengalirkan air mata mendengar curhat mereka..sungguh kami rindukan adik2 serta tak sabar menanti kalian ke sini=)


SELAMAT DATANG ADIK2 KU..KAKAK2 DISINI TAK SABAR MENANTI ADIK2..TAK SABAR UNTUK BERBULATAN GEMBIRA BERSAMA..MOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALANYA..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...