Friday, April 6, 2012

mencari Full Time Muslim


SIGN OF SINDROME HATI DOWN


cuma ana dok pikiaq dengan situasi sekarang bagaimana kita nak copy paste lagi kisah2 "love till jannah" "Al-Hubb Fillah" "full tym muslim" supaya dapat membanteras simptom dari hati yang part tym muslim yang melahirkan outcome2 macam anak luar nikah,ikut lelaki lari dari rumah,fesyen muslimah alsukahatikunakpakaiapa,dan lain2 lagi...memandangkan majoriti remaja malaysia suka tgk movie,tapi movie yang dihidangkan erkkkk tambah dengan,contoh sekeliling erkkkk,ibu bapa kat umah erkkkk jadi menghasilkan remaja yang erkkk....tmbh2 skang dgn cinta saranghaeyo which remaja pon visualize filem sendiri meletakkan diri sebagai heroin di tempat kejadian,heronya ikutla test dia sapa n then,test 123 dalam hidup sebenar..masya ALLAH..syndrome yang tak sihat meminggirkan remaja dari bernilainya masa muda untuk mencari dan memperbanyakkan ibadah kepada pencinta kita no 1,ALLAH S.W.T serta tanggungjawangjawab "balighu anni walau ayah" Sampaikanlah (dariKu) walau hanya satu ayat, dari Rasul tercinta??dan bagaimana pula dengan tuntutan "jom masuk syurga sama2??"


“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Q.S. An-Nahl: 125)


sampai mana dah hala tuju remaja kita?


ana perhatikan masyarakat di sekeliling kita lebih gemar ke arah isu2 furu' daripada isu2 usul..seperti kata2 ustaz pahrol juoi dalam ceramah baitul muslim,
"ketika di Malaysia remajanya diprovoke kan dengan isu valentine,haram ke tidak,sejarahnya ,di Gaza Palestin remajanya dengan isu jihad dan peperangan".. dalam kata mudah seperti soalan ini
"mana lebih penting,menutup aurat atau menyembunyikan aurat?"
" couple 2 haram "(its not really the declaration,but what they done after the declaration")
"islamiknya tudung labuh.songkok dan yang sewaktu dengannya"


kahwin 1st complication later??






ana tertarik membicarakan isu ini kerna melihat perkembangan isu cinta remaja kini lebih terarah kepada isu 'kahwin awal" atau "kahwin ketika belajar" atau sewaktu dengannya dan masalah asas yang menjurus kepadanya seperti anak luar nikah dan sebagainya..sebagai pemerhati dan ana sendiri mempunyai beberapa orang kawan yang turut memilih menamatkan zaman anak dara lebih awal,ana merasakan isu ini patut lebih diperincikan ..everything has pro and cons nya..ada satu kisah yang ana baca dalam blog http://ummuhani.com/ mengenai pssangan di mesir yang kahwin awal,,pelajarnya mestilah hebat kerna ada biasiswa ..namun di uji ALLAH gagal dalam perasaan dan terpaksa mengulang tahun..dan akhirnya makan,pampers,dan barangan anak terpaksa ditanggung ibubapa..itu belum lagi kisah di Malaysia di mana angka kes penceraian di Malaysia meningkat dimana menunjukkan setiap 15 minit,one couple divorced..sepanjang ana menulis ,agak2 berapa ramai couple di malaysia yang turun naik mahkamah syariah..dan sebabmusababnya kahwin dalam keadaan muda dan tidak matured menguruskan rumah tangga..ketika banyak universiti menggalakkan 'kahwin awal' dan promosi yang rancak dijalankan
,pada ketika itu juga harus diingatkan kes penceraian juga seiring meningkat..dan menyedihkan apabila alasannya bosan melihat wajah pasangan apatah lagi belajar bersama2..nauzubillah..


ana simpulkan jangan terlalu memandang usaha dalam menyelesaikan kes buang bayi,remaja lari dari rumah dan sebagainya pada surfacenya sahaja..harus melihat deeper lagi apatah lagi melihat banyak komplikasi daripada penyelesaian..pada mulanya ana juga ber setuju dengan kempen itu,tapi bukan semua orang layak melalui perkahwinan pada usia muda..jika akarnya goyah,bagaimana mahu membina pokok? seseorang lelaki mungkin tidak berharta,tetapi jika dia mempunyai sense of responsible yang menebal,dia pasti akan tetap mencari nafkah utk anaknya..tetapi jika dia sekadar berharta mungkin sense of responsible hanya pada nafkah sahaja,tidak pada isu lain..jika remaja sendiri tidak faham tujuan hidup iaitu khilafah dan ibadah,mana mungkin direction of the relationship itu akan menjurus ke arah tujuan hidup yang hakiki..




Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. [51:56]

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


apatah lagi jika remaja itu sendiri dhaif mengenai isu aurat dan solat, harus bagaimana generasi yang terbentuk dari pasangan yang ampuh ini mampu Memuslimkan diri dan bukan sahaja Islam hanya pada nama..jadi akar yang goyah itu perlu dikukuhkan kerana bagi ana perkahwinan bukan penyelesai segalanya..tetapi ia ALAT untuk kita mencapai tujuan hidup itu sendiri..bagi lelaki menyempurnakan separuh dari iman,dari wanita sendiri ianya alat untuk mendapat pahala berlemon2 walau sekadar melayan suami dengan baik..subhanaALLAH..


nikah umpama benih ..selepas itu kena baja dan baja untuk jadi pohon yang rendang.



Question:cantik gambar di atas? are you really2 ready for it?? mana lagi penting??hmmm..


begitupun caranya..ana tidak nafikan setiap manusia berbeza tahap kematangan..mungkin di usia 20 tahun,si A lebih matang dari si B walaupun mereka adalah sepupu..common sense..kita lihat bagaimana mereka menghabiskan masa lapang..dan bagaimana mereka merancang masa depan..jika si B asyik berhibur ketika cuti sedang si A menghabiskan masa menopup ilmu agama sebaik mungkin..maka ,common sense again,siapa agaknya yang lebih layak utk diikat utk tanggungjawab dunia akhirat iaitu perkahwinan..mengenal erti "tanggungjawab' itu bagi ana  lebih besar dari mengukur kelayakan dari segi umur...we know ourself right? n ALLAH knows best..umur mungkin boleh kira tetapi kematangan dan persediaan dari sudut dalaman tu mmg xde kayu pengukur ..sebab itu bagi ana kadang2 Allah tangguhkan jodoh kita bukan untuk menunjukkan kita tak layak atau tidak cukup cantik,tetapi maha kaya ALLAH ingin menyediakan kita menjadi yang terbaik sebagai penyeri dalam kehidupan zauj atau zaujah kita..subhanaALLAH..peraturanNYA sungguh terperinci..
pekerjaan juga amanah




a big mind/vision =problems smaller
a small vision=problem bigger


ini ana petik dari kata2 ustaz pahrol juoi dan prof Muhaya..seseorang yang tidak mempunyai visi yang besar akan dibebani masalah atau diberatkan oleh masalah walaupun sekecil2 masalah..adakah kita mahu "Al Hubb Fillah" atau "sayang ada sebab lah"?? jika remaja sebagai pelajar contohnya tidak nampak misi sebagai pelajar untuk mendapat the best of the best,mereka akan ditemani persoalan sekecil2 alam seperti isu "boifren girlfren","isu rindu miss u","frenship forever" dan mungkin isu kahwin???jika mereka tidak mampu mengvisualisekan masa depan mereka dengan teliti,mampu kah melangkah ke arah yang lebih seriyes? dan bagi ana hanya ALLAH S.W.T sahaja tahu tahap kita dimana..sebab itu ada orang yang kita tak pernah jangka akan kawen awal diberi izin oleh ALLAH utk melangkah ke alam perkahwinan dan ada orang yang dah bercinta bertahun2 namun masih stagnant dalam hubungan x sah sehingga berpisah..semuanya telah tertulis dalam luh mahfuz dan kita sebagai hamba yang lemah harus meletakkan ikatan ini sebagai alat untuk mencapai redhaNYA..mungkin pada pandangan ana ,remaja harus dilumurkan dengan view sebenar tenatng life mereka ,sebagai hambaNYA,daie,full time muslim,anak,syabab pewaris agama,dan lain2 lagi menerusi pendekatan 24 hrs menerusi sentuhan ibubapa,para guru, pendekatan usrah dan halaqah yang baik,program motvasi yang membina jati diri,laman sosial dan rombakan kepada pendekatan remaja yang gagal sebelum ini..sediakan remaja yang di alam cinta cintun ini untuk memahami erti sebenar hidup,siapa mereka di bumi ALLAH sebelum kita siapkan mental dan fizikal(erkk) untuk berkahwin..prepare them for JANNAH not heaven in marriage sahaja..


kita dan jahiliah tidak akan pernah sakapal
skeptikal ke kita?


n dont be such a judgemental yang lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang tuduh labuh,sekolah agama dan sebagainya..dan perempuan lihat pada songkoknya dan sebagainya..actually pada pendapat ana sekufu itu membawa erti lebih besar lagi dan "baik" juga besar ertinya,,jangan islamkan songkok,kelas agama dan menjadi orang yang mencari islam hanya pada akad nikah, ketika solat dan sebagainya dan Islam itu ditinggalkan ketika shopping,reunion sekolah,masa bercinta..sepertinya air punya kompenen hydrogen dan oxygen..cuba bayangkan air kita minum itu tiba2 transform jadi oxygen dan hydrogen..kan dah tak imbalance..Orang Islam ditindas dan diletakkan di tahap terendah keran memisahkan Islam dari diri mereka..sbg cth , seorang muslimah harus sentiasa membawa pakaian tarbawiy dalam diri mereka..bukan di luar menutup aurat,tapi bila di rumah,amek remeh hal solat,hal chatting2 24 hours dgn bukan mahram ,walhal menjemur baju di luar rumah pun diabaikan isu auratnya..maksudnya kita di luar ke atau didalam kawasan tertutp tetap membawa Islam dalam diri..dan ana merasakan selagi muslimah tidak faham tentang kwajipan "menyembunyikan aurat",maka tidak usah hairan dengan perkembangan fesyen semasa yang sekadar menutup bahagian yang perlu ditutup dan diinovasi menjadi suatu yang pelik..kadang2 kita terlampau rigid dengan sesuatu tanpa memahami melahirkan outcome yang mengelirukan..




dan akhir kalam,cintailah juga cita-cita dan perhalusi apa cita2 kita..selain pelajar atau pekerja,apa tugas kita di muka bumi ALLAH ini??letakkan vision itu dan drive la pasangan masing2 menuju redha Illahi..love is a work,not just word..jika kita sibukkan diri mencari cintaNYA..insya ALLAH dengan izinNYA cinta si dia akan menyusul kerana bagi ana sendiri cinta yang dicari itu baik,tetapi cinta yang ditemui itu lebih baik


bak kata ustaz hasrizal


"jangan dilihat cantiknya pelamin,tetapi cantiknya lampin(bila tua)"
"bukan siapa yang saya akan berkahwin tetapi siapa pasangan kita akan berkahwin"

2 comments:

  1. bagus article ni..cume yg pasal kawen awal lpas tu cerai tu macam kureng sikit lah..usahlah dijadikan isu mengenai perkara ini..bimbang ia menjadi penghalang kepada usaha murni tersebut..

    eloklah kawen awal, at least ada ikhtiar ke arah kebaikan daripada berlaku maksiat..yg berlaku slps kawen tu smue trpulang kpd ketentuan Allah dan usaha mereka sendiri utk mmcapai kebahagiaan dlm rumahtangga mrk..serta sokongan moral drpd keluarga dan rakan2 juga memainkan peranan penting..

    ReplyDelete
  2. trima kasih di ats komen..cuma jangan salah anggap..saya tulis balik setelah tersentak dengan ceramah ustaz pahrol juoi tempoh hari yang membangkitkan isu ini..dan beliau tidak merujuk pada student keseluruhannya apatah lagi educated student yang bole bawa tanggungjwab besar ini..lagipun hadith Rasullulah S.A.W juga saya pegang dalam penulisan artikel ni.
    Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

    maaf jika ada pihak yang ragu2 dgn penulisan ini..saya akan perbaiki

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...