Thursday, October 27, 2011

JALAN DAKWAH JALAN KITA


Mengapa perlunya jamaah?




mengungkap perjalanan jaulah mahabbah tempoh hari, saya seperti disuntik pemahaman yang lebih baik mengenai kehidupan berjamaah..pertemuan yang singkat dengan prof.Abdul Latif,yang merupakan consultant dan cardiologist di Annur Specialist dan keluarga membuka mata saya mengenai dunia yang di luar kehidupan sebagai pelajar,pergi dan balik kolej, kehidupan yang lebih luas membawa saya kembali ke dunia salafus soleh dan terkehadapan mengenai perancangan kita sebagai daie untuk menggunakan kelebihan dan ilmu yang kita ada demi membangunkan ummah..

terkesan saya dengan ceritanya 

"saya sentiasa memastikan sebelum backside teaching di hospital,kami akan mengambil masa bertazkirah .jika dia bukan Islam pun dia pun akan memberi sedikit kata-kata dari kefahaman dia..  "

benar,kadang-kadang kita melalui kehidupan seharian tanpa perancangan,tanpa meletakkan 'mind set'..ditambah lagi dengan kesibukan seharian sebagai pelajar perubatan dipenuhi lambakan nota dan lecture yang perlu difahami yang membuatkan kita lupa mengenai kehadiran kita di bumi ALLAH,peranan kita dan juga hala hidup kita..lebih memburukkan lagi jika kita melalui sehari-harian dan tiba-tiba kita ditimpa mehnah ujian dari ALLAH..seringkali kita tergelincir dari landasannya jika kita tidak 'direcharge' atau 'ditopup' imam kita..

seterusnya beliau menyambung perbualan mengenai dakwah..

Apa yang membuatkan orang terus bertahan dijalan ini?


TARBIAH

"Rasullulah ditarbiah direct oleh ALLAH"

sehingga ada cerita mengenai segolongan sahabat yang bertanyakan Rasullulah S.A.W tentang ashabul Kahfi..Rasullulah S.A.W menyuruh menunggu keesokan harinya,namun wahyu tetap tidak kunjung tiba..begitu juga hari seterusnya..sehingga turun ayat..


Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". (Al-Kahfi 18:23)
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (Al-Kahfi 18:24)


dan setelah itu turunlah wahyu mengenai ashabul kahfi..lihatlah betapa indahnya tarbiah dari ALLAH ini..

SENASKHAH AL-QURAN=SALAFUSSOLEH

"Rasullulah S.A.W tidak meninggalkan SENASKHAH Al-Quran kepada kita untuk kita membacanya sahaja.tetapi Rasullulah meninggalkan kita golongan salafussoleh,golongan sahabat-sahabat Nabi yang tidak duduk diam di rumah ,pergi ke seluruh dunia untuk menyebarkan risalah ALLAH..Nabi mencetak tinta bukan di atas buku-buku namun nur di hati para sahabiah..Rasullulah juga mentarbiah para sahabat dgn tarbiah yang luar biasa sehingga para sahabat seperti mencetak nilai-nilai yang ada pada Rasullulah S.A.W seperti akhlak,adab,ilmu Rasullulah S.A.W biarpun rasullulah S.A.W telah wafat di muka bumi.

BANGUNAN BERTINGKAT-TINGKAT vs PEMBINAAN MANUSIA

"Rasullulah tidak membina bangunan bertingkat-tingkat,tetapi rasullulah membina manusia"

TEAM BOLA SEPAK?

"golongan sahabat ini tidak terhenti disini sahaja,ia disambung tabi' tabiin,para solehin dan kini tinggal kita lah penyambungnya..kita tidak seharusnya berharap kita menjadi golongan yang biasa-biasa sahaja dalam kelompok masyarakat,seharusnya kita memohon untuk menjadi golongan yang 'istimewa'.golongan yang menjadi 'key player' dalam sesuatu  pasukan..kadang-kadang kita melihat perlawanan bola sepak,mana lebih mudah,menjadi penonton atau pemain? jika pasukan itu kalah,penonton memaki hamun pemain sedangkan kita tidak merasai keperitan bermain atas padang.namun jika pasukan itu kalah,kita bergembira mengalahkan pemain tp adakah kita diiktiraf sebagaimana pemain diiktiraf(insentif,pujian,media etc)..seharusnya kitalah yang menjadi keyplayer,memacu sesuatu pasukan ,menang tau kalah itu belum pasti,tp yg pasti kita tetap akan menang tapi cuma masanya yang masih samar-samar.."

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."(Surah Ali-Imran, ayat 104)


"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

DAKWAH ITU AMANAH


"dalam jalan dakwah ini,bukan kita bergembira dengan orang-orang yang bersama-sama di jalan ini,tetapi kita bersabar dengan mereka,kerana terdapat pelbagai ragam manusia.orang yang mengambil bidang medic akan dicabar dengan kelas yang panjang,lecture2 yang melambak-lambak,dan banyak benda yang perlu dihafal..ini adalah kerana doktor memikul AMANAH..patient menyerahkan kepercayaan kepada doktor utk merawatnya kerana dia tidak memiliki ilmu seperti doktor utk merawat dirinya sendiri..orang yang diberi amanah pasti akn diberi pelbagai cabaran..begitu juga orang yang diberi amanah oleh ALLAH di jalan dakwah ini..kita akan diberi direct ujian oleh ALLAH utk memperkuatkan kita di jalan ini..kerana kita membina manusia dan menegakkan kembali Islam,dan bukannya hanya melakukan aktiviti BERSAMA dengan akhawat.

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi 18:28) "

“ Tegakkan islam di dirimu, nescaya islam akan tertegak di bumimu.” (Hassan Al-Hudaibi)"

USRAH EXCLUSIVE




"jangan mengexclusivekan usrah,dengan hanya mereka yang baik,bertudung litup layak mendapat usrah..usrah adalah untuk semua..sesiapa yang dibersihkan hati boleh join usrah..dan kokurikulum utk usrah haruslah 'outcome based curriculum' dimana isi-isi usrah adalah utk outcomenya.."


FACEBOOK dan "LIKE" status

"kita seharusnya menjadi key player dalam sesebuah jamaah dan bukan hanya duduk diam  dan melaksanakan perjuangan menegakkan Islam dengan hanya meng 'like' status,group atau page di facebook.atau up lagi dengan membuat page di facebook dan mengumpul 'like' seberapa banyak yang boleh .atau menyertai sesuatu konvesyen melaung-laungkan agenda Islam dan kemudian balik dengan hati kosong..perjuangan kita lebih dari itu."

GOAL DAKWAH

"jalan dakwah ini bukan mudah,namun goal nya ialah KEMENANGAN UMAT ISLAM..itu adalah janji ALLAH pada kita..kita tidak tahu bila kemenangan itu ,mungkin ketika sudah menang ,kita sudah tidak ada lagi di dunia ini..

begitu panjang lebar bicaranya mengenai dakwah.namun saya cuba simpulkan sebaik mungkin..kami dihidangkan dengan makanan yang lazat dari isterinya,DR NURHIN..dia juga sempat berjenaka..

"you will remember the food,more than what i am talking"

kesimpulannya mudah juga,kita lebih mudah mengingati aktiviti-aktiviti usrah,program-program,kenangan bersama akhawat lebih dari apa yang kita dengar..jadi murobbi juga perlu lebih kreatif,inovasi untuk melekatkan penyampaian ke dalam diri mutorobbi

teringat satu kata-kata indah
"berubah untuk merubah"
"hanya yang ikhlas dapat menyentuh hati mutorobbinya"


KENAPA TIDAK BOLEH BERSENDIRIAN?

persoalan ini saya tanyakan pada diri sendiri.. apa bezanya kita bersendirian dan apa bezanya kita berjemaah..?dan ALLAH dah pun menjawab dalam Al-Quran kerana fitrah manusia yg ingin tahu..

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh” ( Assaff [61]: 4)


“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana kambing yang JAUH dan TERPENCIL. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid”(Hadis riwayat Ahmad)


“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jamaah walaupun sejengkal, sesungguhnya ia telah menanggalkan Islam dari LEHERnya. sekalipun ia solat, berpuasa dan menyangka dia Muslim.”(Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Hibban)



ALLAH mencintai hambanya yg berjemaah atau berkomuniti atau bergeng kerana dalam jemaah,kita terorganisasi,ada sistem  yang seterusnya akan melengkapi satu sama lain..ALLAH umpamakan orang yg dalam jamaah umpama bangunan yang tersusun kukuh..di dalam satu organisasi,kita menggunakan kelebihan masing-masing untuk saling membantu menaikkan Islam..

Apa kelebihan jamaah ini dalam konteks yang mudah?

1- Continuous tarbiah

Setiap jemaah akan ada sistem usrah atau halaqah setiap minggu. Maka, dengan halaqah inilah kita akan lebih fokus dalam menuntut ilmu, menjaga iman sesama kita, membincangkan perihal dakwah yang telah dilakukan dan masalah-masalah yang berkaitan. Tarbiyah merupakan proses pembentukan peribadi muslim. Dengan tarbiyah, seseorang akan diberi pemahaman tentang pentingnya membuang karat-karat jahiliyyah, melakukan mutabaah ibadah dan berdakwah. 


Proses tarbiyah bukanlah proses yang sekejap. Semasa melewati proses tarbiyah, seseorang itu akan diuji dengan bagaimana sikapnya dalam berkorban masa, jiwa dan harta. Tarbiyah yang berterusan bukanlah setakat di peringkat universiti, malah apabila sudah bekerja atau berkeluarga juga sistem tarbiyah ini tetap diteruskan.

2- Menegakkan islam dan berdakwah

Agak sukar jika mahu berdakwah berseorangan. Tidak dinafikan, jika berseorangan, kita memang masih boleh berdakwah. Tetapi sejauh manakah kita mampu bertahan? Mungkin pada hari kemudian nanti, kita yang terikut-ikut dengan arus permodenan. Bukan kita yang berdakwah, namun kita yang akan didakyah. Apalah yang mampu dilakukan jika kita hanya berdakwah berseorangan. Paling tidak kita hanya mampu menulis, menasihati  rakan yang rapat tanpa tindakan serius atau mengedar artikel. 


Namun, dengan berjemaah, kita akan melakukannya dalam kelompok dengan penuh strategi dan plan yang baik. Kita akan  tahu selok belok dalam berdakwah, bagaimana proses mengumpulkan objek dakwah dan dapat  mengelakkan kefuturan yang melampau. 


3- Program-program yang meningkatkan tsaqafah (kefahaman)

Program-program anjuran jemaah bukanlah suatu program yang suka-suka sahaja dilakukan. Namun, ia adalah program yang menjurus kepada permasalahan ahli dalam kalangan jemaah itu sendiri. Kebanyakan ilmu yang diperolehi daripada program tidak akan diperoleh daripada halaqah/usrah yang berlangsung setiap minggu. Dalam program, kita  mungkin akan didedahkan tentang pemantapan aqidah, pentingnya ibadah, mengapa perlu berdakwah atau bagaimana menjadi murobbiyah.

Setelah beroleh pemahaman, ahli di kalangan jemaah itu sendiri akan termotivasi untuk bergerak lebih jauh lagi, yakin dengan jalan yang mereka pilih dan sentiasa bersemangat dalam melakukan tugas sebagai seorang dai'e.

4- Berubah menjadi lebih baik

Dengan tarbiyah kita diajar untuk memberi. Sampai pada satu masa, kita perlu untuk mengajak manusia, setelah nikmat tarbiyah sampai kepada kita. Kita perlu menjadi murobbi/murobbiyah. Apabila kita menjadi daie’, sedikit demi sedikit kita akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan keteladanan kepada objek dakwah dan memperhatikan setiap perkara yang kita sampaikan agar kita lakukan.

Tidak mungkin tarbiyah menjadikan seseorang itu lebih buruk dari sebelumnya sedangkan proses tarbiyah itu hanya mengajarkan kebaikan kepada pesertanya. Peserta tarbiyah perlu berusaha untuk mencapai 10 Muwasafat tarbiyah yang telah digariskan. 

5- Baitud Duat ( Keluarga da’ie)


Dalam berjemaah akan ada pihak-pihak yang menguruskan pernikahan muslimin dan muslimat ( ikhwah dan akhwat). Dengan itu, kita akan dapat memilih pasangan hidup yang memahami diri kita dan prinsip kita kerana sebelum proses petunangan, seseorang itu akan dipasangkan dengan orang yang sesuai. Akan ada orang tengah yang menguruskan proses taaruf setiap pasangan yang ditemukan dan diawasi ikhtilat mereka. 


InsyaAllah pasangan yang kita peroleh itu akan membantu kita dalam istiqamah di jalan tarbiyah ini dan anak-anak yang terlahir adalah hasil didikan ibubapa mereka yang ditarbiyah.

2 comments:

  1. masyaallah..nice and well written sis!
    tarbiyah is a journey. long life journey. it is as as simple as attending usrah, then u are said to be well nurtured with tarbiyah.

    u will only learn what is tarbiyah when u are tested. U will be tested in numbers of trials that u never think about them. the trials that will absolutely make u sad, cry and devastated. But if u stay strong and never leave what u have believed, u will taste the sweetness of tarbiyah. u will learn millions of reminders inside the trials. but if u just give up and run away, it is a big sorry for u.

    u see, get to know about tarbiyah first. then u will be surprised that u are actually learning about dakwah and jamaah. because people who are illiterate about tarbiyah, they will never understand what is dakwah and working in jamaah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...